AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular
Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.
Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point').
Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.
Namun kali ini kami mengambil langkah proaktif memberi amaran secara lebih terbuka kepada anda disebabkan beberapa faktor penting :-
-Supaya anda tidak tertipu dan terjebak dengan skim-skim ini. Jangan percaya dengan segala kata-kata manis 'orang tengah' yang sibuk membuat promosi. Biasanya 'orang tengah' tidak akan mengaku mereka mempunyai hubungan dengan penganjur.
-Kebanyakan orang ramai di luar sana masih tidak memahami dan tidak dapat membuat perbandingan, apa itu pelaburan sebenar, apa itu skim piramid. Ini adalah kerana mereka :-
- tidak tahu apa itu pelaburan sebenar tetapi mempunyai keupayaan untuk terus merujuk ke Bank Negara Malaysia tetapi TIDAK MAHU disebabkan samada semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau telah kabur dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Majoriti golongan ini adalah terdiri dari pelajar, orang biasa, kakitangan kerajaan mahupun juga golongan profesional.
- tidak mempunyai sumber untuk dijadikan rujukan dan kurang berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat. Golongan ini biasanya terdiri daripada pakcik, makcik, haji, hajah, dan sebagainya. Pihak penganjur dan orang tengah lebih menumpukan kepada golongan ini kerana mudah dipengaruhi.
-Golongan penganjur ,"askar-askar upahan", pihak ketiga (merchant). Sesiapapun tidak akan tahu siapa mereka ini sebenarnya. Merekalah salah satu golongan yang membuat aduan, menyalahkan forum perbincangan semata-mata. Ini adalah kerana mereka marah setelah pihak forum mengharamkan sebarang transaksi jualbeli epoint satu ketika dahulu.
-Statistik forum ini dan diperkuatkan dengan sumber-sumber sahih mendapati terdapat peningkatan aktiviti penjualan tanah, rumah & perniagaan semenjak September 2007. Analisa tidak rasmi ini dapat menyimpulkan bahawa orang ramai khususnya ORANG MELAYU telah banyak rugi setelah ditipu oleh skim-skim cepat kaya khususnya buatan Malaysia mula aktif pada penghujung tahun 2006.
Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-
Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)
Anda juga dialu-alukan berkongsi maklumat dengan kami di sini tidak kira anda dari pihak mana sekalipun.Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim cepat kaya di siniKami memohon maaf sekiranya mana-mana perkataan di atas yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak dan individu.
Harap Maklum.
Kunci Kaabah 1,200 tahun dilelong RM57 juta
Kunci tersebut diperbuat daripada besi demgan ukuran 37 sentimeter panjang dilelong di sebuah rumah lelongan di London, Britain.
Harga kunci itu adalah 18 kali lebih tinggi daripada harga yang jangkaan awal dan dibeli oleh seorang pembida yang enggan dikenali.
Kunci kepada tempat paling suci kepada umat Islam itu merupakan salah satu yang masih berada dalam simpanan peribadi.
Kunci itu juga mempunyai ukiran yang tertulis: "Kunci ini diperbuat untuk rumah suci Tuhan ketika era pemerintah kami Imam anak kepada Imam al-Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas 573".
Lelongan kunci itu merupakan kemuncak kepada satu lelongan untuk hasil seni Islam yang berjaya mencapai jualan berjumlah £21.5 juta (RM133.77 juta) melebihi jangkaan awal jualan £13.1 juta (RM81.51 juta). - Reuters
Produk Belanda tetap laris
KUALA LUMPUR - Permintaan terhadap jualan barangan dari Belanda di pasar raya-pasar raya tempatan sekitar ibu negara didapati tidak terjejas walaupun terdapat dedas-desus bahawa ia akan diboikot oleh pengguna Islam.
Tindakan boikot itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang mengarah dan menerbitkan filem berjudul Fitna yang menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya besar sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pengguna tetap membeli produk dari negara berkenaan seperti biasa.
Malah, pelbagai barangan dari negara tersebut masih menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi produk tenusu yang sudah menjadi satu keperluan terutamanya untuk keperluan bayi dan kanak-kanak.
Paling ketara, permintaan terhadap susu meningkat malah Kosmo! mendapati beberapa jenama produk tenusu di beberapa pasar raya besar kehabisan stok buat sementara waktu.
Menurut jurucakap pasar raya berkenaan, jualan barangan produk dari Belanda itu berjalan seperti biasa dan tiada tanda-tanda menunjukkan orang ramai memboikotnya.
Sementara itu, tinjauan di pasar raya Mydin pula mendapati, premis itu menghentikan pesanan stok barangan dari Belanda buat sementara waktu.
Menurut Eksekutif Pengiklanan dan Promosi Mydin, Nazlin Mohd. Noor, pasar raya terbabit hanya menjual barangan Belanda yang masih ada dalam simpanan mereka sahaja.
Mydin merupakan pasar raya besar pertama di negara ini yang memboikot produk dari Belanda dan usaha itu mula menampakkan hasil apabila jualan produk tenusu dari Belanda akhir-akhir ini tidak begitu memberangsangkan selepas meletakkan label merah yang memberitahu barangan tersebut produk Belanda.
"Buat masa ini Mydin tidak menambah stok barangan dari Belanda sebagai tanda sokongan kami terhadap usaha memboikot barangan dari negara tersebut.
"Kebiasaanya kami akan menambah stok pek susu tepung dari Belanda di rak, tetapi selepas diletakkan label merah, produk ini kurang laku bahkan kami juga tidak perlu menambah stok di rak seperti biasa," ujar Nazlin.
Selain meletakkan label merah di rak barang, Mydin juga meletakkan satu kenyataan yang menunjukkan pendirian mereka memboikot barangan Belanda di setiap kaunter juruwang di pasar raya terbabit.
Setiap Manusia Mempunyai PELUANG menjadi Jutawan!!
Kebanyakan Manusia merasa dan menghadapi masalah seperti di bawah:-
1. Kerja yang banyak dan di bayar gaji yang murah(overworked and under paid)
2. Cukup tak cukup dari sebulan ke sebulan(Surviving from month to month)
3. Kehabisan duit sebelum akhir bulan.(Run out of money before month ends)
4. Tiada wang untuk simpanan(Do not have money for savings)
5. Terlalu banyak bil untuk dijelaskan(Have too many bills to pay)
6.Always behind credit card payment
7.Tiada masa bersama keluarga
8.Never time for hobbies.
9.Kerap tak boleh buat apa yang kita suka...
---tetapi---
bila anda dah mula cari kami nanti..anda pasti akan >>>
>boleh buat apa yang anda suka.....
>nak kemana pun pergilah...
>nak beli apa beli je...
>nak melancong kemana...melanconglah...
anda hanya perlu sms ke 017-6021920/ 017-2744710(firdaus)sertakan alamat,nama dan contact no.yang senang dihubungi kelak..
anda yang merancang masa depan anda..bayangkan bonus harian RM600>> RM1000 atau lebih...anda yg pilih sebenarnya..
tak percaya takpe..
sebab kami tidak memerlukan kepercayaan dari anda kerana kami sedang menjalani kehidupan tanpa memikirkan tentang wang dan masa lagi..