Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar
Dia lom p, sbb tu terkejut.
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - "Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha) dan ia sama sekali bertentangan dengan matlamat kerajaan." Demikian reaksi angkasawan kedua negara, Dr. Faiz Khaleed terhadap pandangan Sheikh Muszaphar yang menyarankan kepada kerajaan agar menghentikan sementara misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas.
Sebaliknya, ujar angkasawan pertama negara itu, adalah lebih baik jika kerajaan memberikan perhatian kepada bidang pendidikan dan menarik minat golongan muda. Mengulas lanjut mengenainya, Faiz berpendapat, Sheikh Muszaphar tidak berhak berkata demikian kerana menurutnya, hanya kerajaan saja yang boleh memutuskan perkara itu. "Saya rasa kenyataan seumpama itu sepatutnya datang daripada kerajaan dan kerajaan kini masih dalam proses mengkaji sama ada perlu diteruskan Program Angkasawan Kedua yang dijadualkan akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi," katanya kepada Kosmo! semalam.
Mengenai kos penghantaran yang dikatakan mencecah hampir RM100 juta yang menjadi kekangan, Faiz berkata, kerajaan perlu melihat usaha memajukan industri angkasa melibatkan pelaburan seperti negara lain di dunia.
Justeru, menurutnya, adalah wajar sekiranya program itu diteruskan dan perlu ada kesinambungannya kerana ia bukan saja menguntungkan malah dapat meningkatkan kajian dan pembangunan.
Ditanya tindakan selanjutnya, Faiz berkata beliau akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili di Putrajaya hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment