Pengakuan Sufiah gembira jadi pelacur


GADIS yang pernah menggemparkan dunia kerana memasuki Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun pada 1997, Sufiah Yusof membuat pengakuan mengejutkan berhubung kerjayanya sebagai teman sosial dan jual tubuh.

Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

"Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

"Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka," kata Sufiah.

"Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman," tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307).

SUFIAH (tengah) bergambar bersama bapanya, Farooq dan kakaknya, Aisha pada tahun 1997 di Universiti Oxford.

Ganjaran besar yang dijanjikan oleh bos agensi itu cukup menggoda dirinya.

"Saya sudah belajar bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun saya mahukan kegembiraan," katanya.

Sufiah mengaitkan dirinya dengan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen, Belle De Jour yang dilakonkan oleh aktres Billie Piper.

"Saya pernah membaca diari De Jour iaitu seorang gadis teman sosial di London dan kisahnya mempesonakan.

"Ketika seorang wanita yang memakai sut bertanya jika saya menimbangkan untuk menjadi teman sosial, saya mendapati ia menarik.

"Saya kemudiannya pulang, melakukan penyelidikan agensi (teman sosial) di internet dan mendapati sebuah agensi yang saya anggap kelihatan seperti profesional.

"Saya menghantar gambar-gambar dan mereka (pekerja agensi teman sosial itu) meletakkan gambar saya di laman mereka," akui Sufiah.
Beberapa hari selepas gambar itu disiarkan di laman web, dia memperoleh pelanggan pertama.
"Saya berasa gementar tetapi teruja," katanya yang kini berumur 23 tahun.

Menurut Sufiah, pelanggan pertamanya berumur lewat 20-an, tinggi dan tampan.

"Saya berpendapat, saya tidak mempercayai saya memperoleh bayaran kerana tidur dengan lelaki tersebut," katanya.

Sejak itu, dia mula membina tapak untuk pelanggan-pelanggan kaya dan bertemu antara lima atau sepuluh lelaki pada setiap minggu.

Sugar dady Sufiah memberi layanan kepada dirinya dengan memberikan pakaian, beg, undangan menaiki kapal layar dan helikopter.

Menurutnya, dia boleh memperoleh lebih £1,000 (RM6,373) satu malam termasuk makan dengan seorang pelanggan dan bersamanya.

"Ia kelihatan seperti mereka mahu menyelamatkan saya. Seorang lelaki bertanya kepada saya berapa banyak saya peroleh setahun.

"Saya menyatakan £60,000 (RM382,412)." katanya.

Menurut Sufiah, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia akan membayar wang dalam jumlah itu dan masukkan ke dalam bank serta membeli sebuah flat di mana dirinya bakal menjadi perempuan simpanan.

"Namun, saya tidak mahukan semua itu kerana saya gembira apa yang lakukan sekarang," katanya.

"Kerja sebagai teman sosial memberikan saya satu kehidupan menakjubkan.

"Saya masih seronok belajar dan ia meletakkan saya dalam rangka pemikiran betul untuk perbualan bijaksana dengan pelanggan saya," jelasnya.
Bagaimanapun, dia mengakui tidak semua tugasnya itu berjaya.

"Pada akhir pertemuan, anda tidak perlu tidur dengan seorang pelanggan jika anda tidak mahu melakukannya.

"Saya sudah melakukannya dua kali. Dua lelaki yang saya tidak tidur bersama mereka adalah lelaki yang terlalu muda dan gementar. Saya meninggalkan mereka kemudiannya," kata Sufiah.

"Pelanggan paling membosankan yang saya pernah temui adalah seorang lelaki kaya yang bercakap mengenai kereta sepanjang malam," katanya.

Bercakap mengenai perpisahannya dengan ibu bapanya, Sufiah berkata: "Saya boleh menggambarkan hubungan kami sebagai renggang.

"Kadang-kadang, saya menghubungi mereka tetapi saya tidak dapat membuat spekulasi mengenai apa reaksi mereka mengenai hidup baru saya.

"Saya tidak berasa sebarang perasaan kesal. Saya berasa lebih berkeyakinan berhubung tubuh saya," jelasnya.

Ibunya, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Farooq Yusof ketika ini dipenjarakan 18 bulan kerana mencabul dua gadis ketika mereka mengikuti tuisyen matematik.

"Dan saya tidak percaya pendidikan saya membazir secara faktanya, pada kebiasaannya saya menyelesaikan masalah pembelajaran saya sebelum melakukan temu janji," katanya.

"Pelanggan saya menyukai fakta bahawa saya boleh merangsang pemikiran dan tubuh mereka," jelas Sufiah.

Ketika akhbar News of the World mendedahkan Sufiah bekerja menjual tubuh, gadis itu mendakwa dia sedang belajar sarjana ekonomi. Sufiah juga mendedahkan bahawa semakin membesar, dia bergaduh dengan bapanya kerana dia mendesaknya supaya berjaya dalam akademik.

"Dari umur 11 tahun, saya belajar matematik pada setiap masa. saya tidak mempunyai kawan-kawan," katanya. - Agensi

No comments: