berat badan anda masih ideal ke?

Bagaimana anda ketahui berat badan anda Ideal atau Berlebihan?

Indeks Jisim Badan atau "Body Mass Index"(BMI)

Indeks Jisim Badan (BMI) adalan kaedah yang diiktiraf dalam mengenal pasti berat badan yang sihat. Ianya diukur berdasarkan kepada ketinggian dan berat badan anda. Untuk membantu anda mengenalpasti berat badan ideal, Kalkulator BMI berikut disediakan bagi membantu pengiraan BMI anda. Ukurlah ketinggian dalam sentimeter dan berat dalam kilogram serta masukkannya ke ruang yang disediakan. Kemudian tekan butang Kira BMI.

Kalkulator BMI

Berat(kg) Bahagi Tinggi(cm) Bahagi Tinggi(cm)

Kategori Anda :

Bawah 18.5 Kurang Berat Badan
18.5 - 24.9 Berat Badan Tepat
25.0 - 29.9 Berat Badan Berlebihan
30.0 dan Lebih Gemuk atau "Obese"


Bandingkan nilai BMI anda dengan carta di atas untuk mengetahui pada kategori mana anda berada sekarang. Contoh jika nilai BMI anda disekitar 18.5 hingga 24.9, ini bermakna berat badan anda dalam keadaan normal. Berat anda dikira berlebihan jika ianya melepasi nilai BMI bersamaan atau lebih daripada 25.

Masalah Biasa yang dialami oleh kebanyakan orang yang mengalami berat berlebihan:

1) Anggota badan yang mengalami kadar metabolisma yang rendah. Apa yang dimaksudkan disini bila seseorang yang berlebihan berat badan akan sukar untuk melesapkan tenaga hasil dari makanan yang dihadamkannya disebabkan kadar pembakaran kalori yang rendah. Biasanya seorang yang kurus mempunyai kadar pembakaran kalori yang tinggi. Ini merupakan antara sebab kenapa kebanyakan usaha untuk menguruskan berat badan anda yang akhirnya gagal.

2)Tahap selera yang tinggi atau keinginan untuk makan yang tidak terkawal. Jarang seseorang yang kurus memahami perkara ini. Biasanya seseorang yang berlebihan berat badan akan lebih terdorong untuk menjamu selera berbanding orang yang kurus.

3)Makan bila anda dalam emosi Marah. Seseorang yang berlebihan berat badan juga dikaitkan dengan "emotional eating or craving". Kemungkinan kadar pengambilan makanan terlampau. Makan untuk mengisi keperluan emosi yang pada asasnya fisikal tidak lapar.

Wujud faktor lain yang menyebabkan kegemukan seperti faktor genetik tetapi ianya bukan sebab utama menyebabkan kegemukan. Di antara faktor lain patut dihindari oleh kita ialah terdapat makanan tertentu yang menyebabkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

Amaran mengenai amalan diet yang keterlaluan:

Anda kehilangan berat begitu juga hilang kepadatan otot(muscle mass). Jenis diet tidak sihat ini bukan saja memberi kesan teruk kepada kesihatan anda jugak memusnahkan tisu-tisu sihat anda.

Kebanyakan diet yang keterlaluan menyebabkan kehilangan air dari “burned off muscle rather than calories lost from burned off body fat”.Kesan fisikal yang ketara, biasanya kulit anda hilang “elasticity” dan badan anda hilang “firmness”. Apabila anda kembali kepada pengambilan makan anda yang biasa, besar kemungkinan berat badan anda akan naik mendadak.

No comments: