Mahasiswa UKM kecewa TNC halang MB Kedah ke majlis makan malam
Intan Abdullah
Thu Apr 03, 08 4:26:49 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Hasrat mahasiswa Kedah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak kesampaian apabila pertemuan mereka bersama Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam satu majlis Makan Malam Darul Aman 2008 (MDA 08) dihalang Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof Dato Dr Mohd Wahid Samsudin.
Program anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) semalam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) UKM tidak dapat diteruskan mengikut perancangan atas alasan ianya berkaitan dengan parti politik."Alasan yang diberikan adalah parti politik tidak boleh dibawa masuk dalam universiti," demikian menurut sumber kepada Harakahdaily.
Sebahagian daripada mahasiswa anak jati kelahiran negeri Jelapang padi itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak pentadbir universiti yang dirasakan bersifat 'double standard' serta tidak masuk akal."Alasan ini tidak munasabah kerana kenapa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dibenarkan masuk ke UKM untuk merasmikan Majlis Perasmian Institut Islam Hadhari, sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan Presiden Umno."Persoalannya, kenapa Pak Lah boleh, tapi Azizan tak boleh?" kata salah seorang mahasiswa anak Kedah yang enggan dikenali kepada Harakahdaily.
Perasmi Majlis makan malam tersebut terpaksa digantikan oleh Penasihat Agama Islam Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Dr Abdul Hamid Othman.Menurut sumber, jemputan kepada Azizan Razak dibuat atas dasar beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang diberi kepercayaan oleh rakyat Kedah dan diperkenan oleh Sultan Kedah."Ia bukan kerana beliau Pesuruhjaya PAS negeri Kedah atau pemimpin BA, kerana pihak penganjur faham dan mengerti peraturan universiti yang tidak membenarkan sebarang pemimpin parti politik untuk masuk ke dalam kampus," tegasnya.
Mereka yang kecewa dengan keadaan tersebut mendakwa keputusan yang dibuat oleh Dato' Dr Mohd Wahid Samsudin ini merupakan penyalahgunaan kuasa sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA)."Pendirian yang ditunjukkan oleh Mohd Wahid seumpama tidak menghormati kerajaan Kedah dan Sultan Kedah itu sendiri," katanya.Sebelum ini, sumber tersebut mendakwa Mohd Wahid yang baru disambung kontraknya sebagai TNC HEPA turut terlibat dalam strategi membantu Umno menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini dengan menghantar 1500 mahasiswa.
Selain itu, pada 15 Julai 2007, Puteri Umno Serdang dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Kompleks Bestari (sekarang dikenali sebagai Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh).Selepas itu, pada 29 Julai pula Umno Serdang dibenarkan membuat program yang sama iaitu Mesyuarat Agong Tahunan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar)."Mereka juga bebas menggantung bendera Umno dengan megahnya dari luar pintu masuk utama UKM hingga ke hadapan Dectar.
Pada saat itu, alasan tadi tidak pula digunakan pentadbiran UKM, iaitu Mohd Wahid terhadap program-program tersebut."Persoalannya, kenapa Umno sahaja yang boleh malangnya parti-parti lain tidak boleh? Inilah yang dikatakan sebagai 'Umno dominant' yang meresap dalam pentadbiran universiti," kata sumber itu lagi.
Bahkan, apa yang menghairankan ialah Persatuan Mahasiswa UKM yang diterajui kumpulan pro Aspirasi hanya berdiam diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment