Melayu oh Melayu...

MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi.Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu. Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim. Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Nueklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia. Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan.Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.

Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan. Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BODOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!... ... ... ..

Tapi... ... . Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BODOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bodoh, Bangang, Angguk-angguk, geleng-geleng.... Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu... .. Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, itu bukan persoalan yang ingin dilontarkan.

Jadi... . Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah... ... ! Peduli apa aku... ... ! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya... .. Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran... .nya wahai Melayu.

Ianya semakin menampakkan dirinya... ... "

4 comments:

Anonymous said...

Ya, bak kata HAMKA, "Melayu tanpa Islam, hilang 'me'-nya, tinggal layu sahaja.

Saya agak bersetuju dengan artikel ini, kecuali ayat yang mengatakan Yahudi merupakan bangsa yang amat pintar. Melihat apa yang dilakukan sekarang, saya berpendapat bangsa Yahudi bukannya pintar tetapi licik. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Walaupun dengan cara yang melangkaui etika kemanusiaan dan maruah diri. Kalau hendak dikatakan mereka pintar dalam perniagaan, memanglah kita nampak banyak syarikat-syarikat yahudi yang menguasai pasaran dunia tetapi dengan cara apa mereka melakukannya? Sedangkan demi membentuk negara sendiri pun manusia sanggup ditindas dan dibunuh. Jadi apalah sangat kalau melakukan tipu helah yang keji dalam perniagaan. Pintarkah anda jika mampu berdiri tetapi pada masa yang sama memotong kaki orang lain?

Anonymous said...

Salam saudara...saya harap saudara kaji dulu fakta sebelum melenting...

Di mana letaknya agama kalau bukan pada bangsa dan siapakah bangsa itu?

Bangsa itu adalah Bangsa Manusia (tolong kaji kitab sikit)

Kalau di Arab, dipanggil bangsa Arab.

Dari mana bangsa Melayu, apa itu Melayu..dan apa kaitannya dengan Islam? itu saudara carilah sendiri...jangan ikut hati nak buat blog sahaja...

SAya tak takut tegak kebenaran...apakah saudara juga berani?

Salam persaudaraan

Waliy al-malayu ad-dienul islam

Anonymous said...

Melayu yang saudara lihat skarang..yang bodoh dan ngok tu..sebab tak nak letakkan landasan Islam atas dirinya...

Kata sahaja menegak Islam..tapi tak tahu cara...

Pisahkan agama dengan bangsa - ini kerja siapa? (ada dua parti yang buat begini..DUA-DUA PUN RUGI) - itulah akibatnya kerana tak nak belajar sejarah!!!

Sekular..ini kerja siapa?

salam sejahtera

Anonymous said...

Kaum melayu dahulu-kala memang hebat kerana cintakan bangsa, tanah air dan bekerja keras untuk hidup...apalagi banyaknya campur tangan daripada penjajah...tetapi zaman sekarang kaum melayu memang lemah kerana tidak mahu bersatu...tidaklah hairan kalau dikatakan melayu hilang didunia sebagaimana dahulu takkan hilang melayu didunia...pepatah ini sudah hampir hilang ertinya...aku pun seorang anak melayu 100%...tetapi aku tahu dan mengaku bahawa melayu suka bercakaran sesama sendiri, malas tidak mahu berusaha, lebih suka cara mudah mendapat kesenangan walaupun tanah dan maruah tergadai, lebih suka jadi pengikut orang2 tertentu walaupun ternyata mereka2 tu penyangak, malas membaca atau membuat kajian sendiri, suka bersembang2 diwarung membuang masa, suka merasa dengki sesama sendiri apalagi gunakan hantu/syaitan untuk merosakkan seseorang, amat percaya pada tahyul/bidaah walhal zaman dah berlalu dan malas berfikir walhal Allah kurniakan otak untuk berfikir merenung setiap kejadian...melayu juga suka berperangai terlalu taksub pada seseorang yang yang kononnya warak, alim dan sebagainya terutama dalam politik...sebab itulah melayu berpecah bercakaran sesama sendiri...namun tanpa disedari bangsa2 lain mengambil kesempatan atas kebodohan kaum melayu sendiri...ternyata mereka mengganggu-gugat akan kedaulatan tanah melayu...kita melayu juga terlalu 'baik hati' memberi jalan apa yang diminta oleh mereka2 yang asal nenek-moyangnya adalah pendatang2 yang dibawa masuk oleh penjajah...tetapi kini kita melayu tidak pernah mahu bersatu...lihat sahajalah dinegara2 Arab yang bergolak bercakaran berperang sesama sendiri kerana kebodohan yang mereka cari sendiri...adakah kita sendiri pernah terfikir mahu tanah melayu berperang sesama sendiri jadi seperti mereka?...sudah tentu kita akan membayar harga dengan banyak kehilangan nyawa orang2 yang kita sayangi disekeliling kita...renungkanlah sebelum terlambat...wallahhualam...