Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton).
Saya pasti yang kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.
Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya mengeluarkan
KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH.
Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya adalah Mitsubishi dan Daihatsu (Perodua).Sungguhpun begitu saya percaya dalam setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup dan perkataan2 mereka tidak sampai ke perbincangan umum.
Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa yang
berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga iamendatangkan manfaat bersama.
KUALITI
Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi yang di eksport, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. memang memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more, harga pulak murah.
Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat2 saleh nie tak pandang sangat kete2 cam Proton nie. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut atau jadikan kereta sampingan. Kalau
nak melawa tak de la nak pakai proton.
Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti terukuntuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk menilai.
BUATAN TEMPATAN
Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun nakajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi tempat pasang body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya kereta yang di pasang di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari kereta yang diimport seketul dari jepun (ketepikan tax GILA tu). Magic ke nie ?.
Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar dan bukannya Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil), DaihTerios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok ?.
KEPUASAN
Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan, PASTI nak
tukar/ tambah beberapa perkara.
1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)
2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)
3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power window Depan aje) dan sebagainya.
Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak perlu dah tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap. Melainkan kalau betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.
HARGA
Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah
Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli
Proton. Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ?
Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN.
Memang la Proton untung juta2 sebab
orang terpaxa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA PILIHAN,jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton.
Mengapa harga proton murah ?. Sebenarnya harga Proton MAHAL !.Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak 300-400%..GILA TALAK!!
Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++.
SedangkanProton Iswara Aeroback (TEMPATAN) berharga RM 37,000.00 ++.
Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum bandingkualiti/harga Wira dll. Jadi, murahkah Proton ??.
Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00 dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa
membayar LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang rendah
kualitinya.
Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN.Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOIdenganharga.
Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.
SPARE PARTS
Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah Spare Parts dia MURAH.Pengguna kereta lain kalau nak dapatkan spare parts kadang2 kena order dan harga pun tinggi. Harga Spare Parts kereta lain ini pun tinggi disebabkanTAX terhadap kereta import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak ambik banyak stok. Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit2(runcit),harga pun tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta jenama
lain.
KEMALANGAN
Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa ditangan tuhan.Tapi kalau secara
saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling senang rosak ?
Untukpengetahuan, bumper2 proton dipasang secara KLIP aje. Kalau kemalangankecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar). Bumper bukannya dapat BUMP tapi
jatuh dulu. Bagi siapa yang guna Wira, lampu signal depan paling senangnakcuri. Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM 300 (sepasang).
EON
Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie bukanProtontapi kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh elak ceria pasal EON.
Kereta yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3), dia
tambah bukan2 jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll)hahahahaha free RM 6500 kat dia.
Sport rim = RM 1000 ??, Spoiler RM350??,yg lagi kelakar... Stripe (Sticker belang2 tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha !
Selalu kalau tanya Salesman dia, kereta Proton ada banyak type mengikut Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type nie dee.. Seketul dtgf ull Acces, puas ati. Sekali tu saya tanya, Type 'A' ade jual lagi ?
Dia kata dah tak jual dah. (Type A ialah paling takde dia punyaAcces).Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak keluarkan dah jenis tu.
KOROK dia!!
Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power Window,CentralLock dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg bubuh. Jadi camana boleh kata Proton dah tak keluar jenis tu ?
EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat, kadang2 kereta sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak cepat bayar lebih3-4 ribu, kalau tak mau tak apa". Amboi sombongnya dia. Kalau kita bayar 4ribu, esok jugak keluar kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak untung segera.
Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer. Seminggu bole keluar kete. Ade salesman yg jual cuma 2 bijik sebulan. Nak makan apa ?. Masa tu baru la layan customer dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau dulu
takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie ekonomi naik balik, siap le jadi balik cam dulu.
KENAPA BELI ??
Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul org proton nie
yea.. Mentang2 org KENA beli kereta dia. Kita beli sebab TERPAXA(ulangan). Takkan nak beli lori nak bawak anak bini. Nak beli keretaTOYOTA, berapa lak harganya (setelah tax). Kancil ?? Perodua pun 2 X 5 jugak. Tak memadai si bantut tu harga RM 26,000.00 ??. Kalau ikut spec yang diberi pun +- macam Proton punya kualiti gak. Masalahnya kancil nie jadi kereta kedua bole la (Perodua). Atau family kita masih tak ramai. Atau jalan dekat2.
Masalahnya.
Kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak mampu pakai DUA kereta.
Atau
beli kereta lain bila family besar sikit. Jadi kalau beli kereta tu jadi
pelbagai guna la. Dari pegi pasar sampai balik kampung. Kalau pakai kancil emm tahle.
Seorang pemimpin pernah berkata : "Kita bagi kergheta jenih nie, kalautak mampu beli, beli kegheta kancil atau beli mutu (motor), jgn salahkan
keghajaan". Kepala hotak dia.
Dia tak penah rasa camana susahnya nak bawak anak ramai. Org susah naik motor SARKIS 4 orang satu motor pun ade.Dia sorang aje nak pakai kereta besar ??.
Satu lagi, bukan nak sombong laa..
kita graduate dan level +- Executive.
Tapi takkan la dia samakan level kita dengan Moto aje atau Kancil.
Tapi nak buat macamana, graduate atau tidak, keadaan memaksa kita beli kancil, terpaksa la. Kalau diberi pilihan,pemilik kancil mesti nak kereta Sedan.
Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang dan
bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi negara maju. Masalahnya harga kereta adalah harga barangan Mewah. Student2 Malaysia di US dapat beli kereta pakai duit loan. Student di Malaysia ??? Nak beli moto pun harap Bapak tolong.
Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai kereta(bukan kereta mewah, tapi kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di Malaysia kerja McD, naik bas&motor ajela.
SYUKUR
Syukur kita masih boleh pakai kereta. Aik, macam penah dengar perkataanyghampir sama. Kat mana yea ?. "Syukur Malaysia nie aman takda HURU HARA,dapat Sekolah, Berniaga, Bekerja.. bla bla". MEMANG kita wajib bersyukur.
Tapi tak bermakna tak boleh bangun menyatakan pendirian terutama apabila
tertindas. Tertindas kerana kita MASIH boleh pakai kereta tapi harganya melampau. Kalau diikutkan boleh disalurkan ketujuan lain duit2 lebih tu.
Cuba bayangkan kalau kita beli beras gred D dengan harga RM10 sedangkan orang lain dapat beli gred A dengan harga sama. Tokeh tu kata "Awak patut bersyukur sebab dapat jugak beli beras". Memang kita sepatutnya bersyukur tetapi kita sebagai pengguna, DONT YOU FEEL CHEATED ??.
Bila rakyat mahukan sesuatu untuk kepentingan rakyat dia kata "Syukurlah
kita ada jugak itu ini, negara lain langsung takde". Tapi bila dia nak membazir wang rakyat, "Kita mesti pandang 10,20,30 malah 100 tahun akan datang, itulah sebabnya kita berbelanja lebih".
My point is, kita Wajib bersyukur tapi jangan gunakan alasan itu untuk butakan mata kita bahawakita ini sebenarnya tertindas.
Jgn guna taktik ini Pls.
STAFF PROTON
Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka kerana merekasemua sebagai perlaksana dan bukan penentu dasar. Eksekutif2 mereka takdapat berbuat apa2 dengan perkara ini. Mesej ini untuk renungan bersamadankalau dapat dipanjangkan ke Vice President, President, Senior Managers Proton lagi bagus.
AFTA
Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia yang semuanegarakena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran dunia. Tak tau bila Malaysianakimplimenkan. Kalau ON maknanya.. Harga kereta import tak bole lagidicukai300-400%. Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak.
Masa tu Proton tak bole lagi MANJA harapkan gomen punya tax utk lakukanjualan. Kali ini Proton kena betul2 bersaing dari segi KUALITI, LAYANAN PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA. Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat, BUNGKUSSSS Proton.PADAN MUKA!!!!!!!
Anyway, setakat ini saja untuk kali ini. Maaf kalau ada nada yang
emosional. Just practicing my rights as a Malaysian and a User.
Macamanapun
saya rasa mesej saya ni masih dalam nada yang acceptable (tiada carutpls).
Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
pENDApat aku la..... ramai yg ingat proton ni bagus sangat sebab majoriti rakyat malaysia tak pernah merasa memandu honda civic/accord, toyota SEG, mercedes, bwm, vw golf, nissan, kia dan sebagainya. mereka tak tahu betapa sedap dan comfortablenya kalau memandu kereta jenama Toyota Altis contohnya.
Kalau mereka ni diberi peluang memandu Toyota ALtis selama sebulan, dan lepas tu balik semula memandu proton maka sahih mereka ni akan memaki hamun buatan proton yg sial tu.
Dah 15 tahun lebih kilang proton ni kat Malaysia, haram satu improvement yg significant mereka dah buat, orang komplaint makin banyak. contohnya gear auto kereta proton, asik-asik rosak rosak dan rosak. kereta baru pakai setahun dua dah bunyi sana sini. entah tak paham aku dengan pemimpin2 hipokrit dimalaysia ni. bagi manja kat proton berlebih-lebih sangat.
Kalau di Korea, perusahaan kereta dia orang masih baru lagi tapi dah boleh buat enjin sendiri dan kualiti buatan dan workmanship kereta baguih tak macam proton. siap KIA boleh jual harga sama macam proton masa baru-baru dulu, tapi sebab kerajaan dengki depa baik naik harga KIA langsung orang tak boleh nak beli.
Asal laku lebih sikit je kereta jenama luar yg kualitinya tinggi, mesti nak naik kan harga berganda2 takut rakyat tak beli proton. orang-orang di kilang proton pulak buat kereta bagi elok & ikut spec utk jual sama orang british, yg reject & yg terlepas QA inspection korang bagi kami pakai, cara korang buat pemasangan macam kerja alai balai sampai exzos jatuh atas jalan pun korang tak peduli. betul2 aku sakit hati dengan proton sebab power window kereta satria aku dah 4 kali rosak, ganti baru pun rosak jugak. kat belakang bonet tu entah macam2 bunyi aku dengar sampai tak tau camana nak per betulkan lagi. sebab dah tak tahan sangat aku jual kereta tu dan beli Honda EFI Auto second hand tahun 1993. Peh !! punya best kereta ni, bawak sedap, enjin pick up, bila drive punya senyap. Dah la lawa minyak pun jimat. Tapi aku pakai tak lama sebab tak tahan bayar installment bulanan.
So kini aku kembali memandu kereta proton yg sial tu sebab nak save budget.
Naik jgk ko ngan PROTON yg ko ckp sial tu..
aahahah...
manusia2....
Proton celaka menipu org x sudah.. Hapuskan dasar Protectionism utk Proton.. Tak guna dasar tu lg bnyk negatifnya.. Kereta Nasional konon.. Kereta Pengkhianat..
Post a Comment