Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Takde kontrak 18 bulan
Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka pas gune Celcom broadband tu, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit kau. Kalau Maxis? Hurm…bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

Bandwitdh yang besar
Yang ni aku tak berapa sure sebab aku download macam-macam tapi tak kene block atau extra charge pun lagi. Mengikut seperti apa yang aku pernah baca, Celcom punye bandwitdh adalah 5Gb untuk setiap bulan. Maksudnye, korang boleh surf internet tanpa had masa sehinggalah size file yang korang surf selama sebulan tu mencapai 5Gb. Kalau dah sampai 5Gb, extra charge akan dikenakan. Kalau macam Maxis, ciput je die punye bandwitdh yang dibenarkan. Iaitu hanya sebanyak 3Gb. Kalau korang ni kaki download cerita series macam Prison Break, My Name is Earl, Heroes, Smallville dan sebagainya, usah la korang terbayang-bayang, termimpi-mimpi untuk mendownload cerita-cerita ni. Tak pasal-pasal je korang terlebih bandwidth dan kene bayar extra charge seperti Celcom. Tak ke leceh tu.

Lambat tapi tetap buat keje
Ha, even orang-orang Celcom ni lambat dalam support menyaport ni, tapi dorang tetap buat keje. Sebagai contoh, macam pasal HSDPA network kat UTM tu. Sebelum ni memang UTM gune network UMTS je. Tapi pas aku buat report cakap betapa slownye internet connection kat UTM tu, terus dalam 3 hari macam tu dorang call aku suruh aku test samada network dah laju ke belum. Bile aku test je, puff! Memang dah laju. Rupe-rupenye dorang memang dah set nak kenekan aku (perasan jek). Kunun-kununnya dorang nak bagitahu aku yang dorang dah upgrade network ke HSDPA, dats why suruh aku test and nak aku cakap “Waaa…..”.

Tapi…
Tapi ada satu je kelemahan Celcom nih. Kalau korang nak gune Celcom broadband, korang kene la beli device die yang mahal tu. Kalau yang laptop, murah la. Dalam RM300 ke atas je. Tapi kalau korang gune PC, memang RM1000 ke atas. Memang mahal. Kalau Maxis, die bagi sekali ngan device and tu sebab korang teringat ngan kontrak 18 bulan tu. Tapi 18 bulan tu bukan sekejap cik oi…

Kesimpulan
Kesimpulannya, korang gune la Celcom dan rasailah kehebatannya. Kita sebagai customer nak kan kualiti pada perkhidmatan dan bukan pada janji-janji manis yang diberikan. Orang dulu-dulu pernah berkata-kata, “Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang”. Korang dapat tak linkkan pepatah Melayu ni dengan entri kali ni? If tak dapat, bagus la. Memang takde kaitan pun.

ps: Kalau ada sesape yang nak membantah, nak menambah, nak menyokong, nak meluahkan perasaan, sila-sila sampaikan ia melalui ruang komen di bawah. Aku memang bukak komen ni untuk korang pun. Kalau korang tak guna, memang rugi la korang. Aku bagi free, tak nak pulak. Memilih!

5 comments:

Anonymous said...

tanya...kalau ko buat speedtest kat www.speedtest.net, mmg boleh dapat tak speed hingga 3600kbps tu ?? aku pakai streamyx jer..paling laju pun dapat 1785kbps..

Anonymous said...

lOk, aku nak kongsi cerita plak..ari tue, aku amik internet broadband 3G celcom, punye laa lambat dia nak aktifkan..dah laa aku xsaba2 nie..now ahad ari tue aku g low yat, g buat exec plan 3+1 tue..maklum laa nak gayut lama2 dengan harga yang murah..ponnnnnnnnnn lambat aktifkan...kene plak aku dapat sim card celcom, dok menunggu dia aktifkan line ....gilerr laa lembab! xde sistem kaa diorang nie..org dah laju kedepan..dia merangkak2 xsampai2..

Ape2 pon, maxis mmg bodoh!Dengan plan yang mengelirukan..kejap ade supersaver 12jam..kejap rm2..now day dah rm3! pulak tue start kul 1am..kepale otak dia main tukar2..pening dah aku...
Digi, no komen aku xpakai..sebab ..ntah..dono laa..

ape2 pon aku suke Celcom! Celcom mmg best laa..aku dapat HP free..ekeek..TQ Celcom, but tlg laa cepatkan skit aktifkn line tepon ..simcard..hurmm...

Anonymous said...

sbnarnye aku bkn nk mnyangkal artikel ko ni.. tp aku ada guna celcom bband yg rm68/384kbps..... tp bile aku gune celcom bband tue, aku nk dapat speed 100kbps ke atas punye la susah cume waktu tgh malam je yg dapat speed sampai 384kbps... pastu aku ade try gune maxis yg plan paling murah, aku boleh dapat speed die hingga mencecah 1.4mbps... walaupun aku gune lebih dari bandwidth yg ditetapkan iaitu 2gb, takde pula kos tambahan yg macam ko ckap tue... so walaupun bandwidth maxis sikit saje tp diorang x tetapkan had kelajuan bg setiap plan berbanding dgn celcom yg tetapkan diorang punye had kelajuan maknenye kalau ambik plan murah speed yg ditetapkan pun slow...

and lg satu... maxis pun takde kontrak mcm yg ko ckp td tue... mknenye ko pun boleh unsubscribe bile2 mase saje kalau ko nak tukar plan...

so aku lebih suke maxis kerane perkhidmatan diorang yg bagus dan kite boleh dapat kelajuan bband yg unlimited walaupun pilih plan yg paling murah...

asrulfnd said...

hangpa semua patut try DiGi Broadband laaa....lajuuu wooo....stable...tapi buat masa skrg 12Mac2010, tmpt lain belum ada kecuali Penang,Ipoh,KL,Johor,KK je.. DiGi tak menjanjikan speed paling laju berapa bla bla bla..tp DiGi menjanjikan speed paling rendah hangpa akan dpt ialah 700kbps di kawasan2 yg ada liputan Turbo 3G HSPA....

Anonymous said...

aku ade beli celcom broadband yg rm48 pnye,dye kte speednye 7.2 mbps,walopun kt area aku nih ada line hsdpa,namun aku hnye dpt speed bawah 100 kbps je..ape hal lak celcom ni..??ade org cakap,broadband celcom ni kongsi bandwith yg sama,,den dorg cakap jika bnyk user d ssuatu area tu..makin slowwwww la line yg aku dapat..........hampe.....