Pakar motivasi Ph.D palsu - Pakai gelaran doktor setelah tulis tesis 50 muka sahaja

KAMAL AFFANDI menunjukkan senarai nama pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa menggunakan gelaran Ph.D palsu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Mereka begitu petah bercakap ketika memberi motivasi baik pada acara-acara terbuka atau di media-media elektronik.Golongan ini juga mendakwa memiliki pengalaman luas dan taraf pendidikan yang tinggi sehingga tahap doktor falsafah sebagai pakar motivasi.Begitu pun jangan terkejut, ada di kalangan pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif termasuk yang telah popular ini sebenarnya ‘tidak mempunyai apa-apa’.
Gelaran doktor falsafah yang didakwa mereka miliki hanyalah temberang semata-mata!Malah siasatan mendapati gelaran doktor falsafah yang digunakan pada pangkal nama itu merupakan satu penipuan kerana universiti yang didakwa mereka sebenarnya tidak wujud.Malah ada antara mereka hanya membelinya dan menghadiri konvokesyen yang diadakan di hotel luar negara tanpa perlu menjalani proses akademik sebenar.
Gejala ini didedahkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin) yang mendapati gelaran doktor yang digunakan sebenarnya palsu dan universiti yang menganugerahkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.
Ketua Biro Penguatkuasaan Tamrin, Kamal Affandi Hashim berkata, selain itu, terdapat juga pelajar peringkat ijazah sarjana dan Ph.D yang cuba menipu dengan mengupah penulis profesional untuk menghasilkan tesis mereka.
AGAMA KU ISLAM. CINTA HANYA KEPADA ALLAH DAN NABI MUHAMAD S.A.W. SAUDARA KU ISLAM. KAWAN KU KEBAIKAN. MUSUH KU KEJAHATAN. HARAPAN KU AKHIRAT. IMPIAN KU SYURGA. PERJUANGAN KU JIHAD.

1 comment:

guest said...

Semua orang nak senang cepat... aduhai. Sebab tuh berbuih mulut nasihat orang tak jalan-jalan juga. Si penasihat pun penipu juga.