Selangor senarai hitam kontraktor rasuah

SHAH ALAM 29 April - Kerajaan negeri akan mengharamkan mana-mana kontraktor daripada mendapatkan projek pembangunan di Selangor sekiranya didapati mengamalkan rasuah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan tiada projek yang dilaksanakan berasaskan amalan itu kerana ia akan membawa banyak masalah kepada rakyat pada masa depan.

Sebaliknya, beliau mahu supaya kontraktor mengambil serius perkara berkenaan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan selain berusaha meningkatkan kualiti kerja mereka."Cara sedemikian sebenarnya membantu mereka memperoleh sesuatu projek yang ditawarkan sama ada dari kerajaan negeri dan syarikat-syarikat swasta yang lain," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Binaan dan Kontraktor Bumiputera di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Othman Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan. Yaakob berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk mengurangkan rasuah di Selangor sekurang-kurangnya pada kadar satu peratus berbanding lima peratus yang dicatatkan dalam indeks rasuah negara pada tahun ini. "Untuk tujuan itu, kita telah pun memaklumkan kepada kontraktor dalam setiap majlis-majlis yang diadakan sebelum ini.

Malah, perkara yang sama turut kita buat kepada pegawai kerajaan negeri supaya mereka tidak cenderung untuk melakukan amalan sedemikian. "Sekiranya kita dapati ada pegawai kerajaan ambil rasuah, kita akan akan ambil tindakan sewajarnya manakala para kontraktor pula kita akan senarai hitamkan daripada mendapat kontrak kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Yaakop memberitahu, pihaknya meminta syarikat kerajaan negeri serta syarikat swasta bumiputera di negeri itu merangka program khas bagi memberi peluang kepada bumiputera bergiat dalam perniagaan.

Katanya, penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan ketika ini masih tidak begitu ramai berbanding dengan kaum lain. "Dengan cara ini, kita harap dapat melahirkan lebih ramai bumiputera dalam bidang perniagaan kerana tumpuan kerajaan negeri ialah untuk mewujudkan rakyat yang tidak fikir untuk makan gaji, sebaliknya mahu menjadi usahawan. "Dengan pembabitan syarikat-syarikat ini, kita harap ia dapat menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kemahiran kepada usahawan baru untuk bertapak," ujarnya.

yang beri rasuah kena blacklist...yang terima rasuah bila pula nak bawa naik black maria

jangan tengok bawah











digalakkan makan tahi hidung?




Bila Paderi buka rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

** NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah.

Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

RIBENA ada kandungan Arak



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakanmenyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan beritamenggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.
Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.
Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya ,selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamek Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makananpasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponenbagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasamengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budayapengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau,tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an limaperasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Isu MB lantik adik ke BPR esok

Ketua bahagian Umno Seremban akan menemui Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dalam pelantikan adik-beradiknya sebagai ahli pihak berkuasa tempatan.

Datuk Ishak Ismail akan membuat laporan tersebut di pejabat BPR negeri di Seremban kira-kira jam 8.30 pagi esok."Ia membabitkan kes Datuk Azman dan Datuk Abdul Ghani yang dilantik sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 2004 dalam satu mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Mohamad."Saya yang hadir sama sebagai salah seorang exco terkejut kerana Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang antara lain untuk melantik abang dan adiknya menjadi ahli majlis MPN dan MPS."Sepatutnya beliau sebagai menteri besar tidak boleh berada dalam mesyuarat itu kerana ia membabitkan kepentingan adik-beradiknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng itu berkata, pada 2004, Mohamad telah mempengerusikan satu mesyuarat exco untuk menyokong pelantikan Azman dan Abdul Ghani.Ishak digugurkan daripada mempertahankan kerusi negeri itu dalam pilihanraya umum lalu setelah tiga penggal menjadi wakil rakyat.

Ketua bahagian itu seterusnya mendakwa, laporan BPR terhadap Mohamad mengenai perkara tersebut telah dibuat oleh pihak lain tetapi, dakwanya lagi, BPR telah menutup kes tersebut atas arahan Pejabat Peguam Negara."Jadi saya mahu BPR siasat adakah benar dakwaan Pejabat Peguam Negara yang mengarahkan BPR menutup kes tersebut," katanya.Ishak menambah, beliau mahu kes ini dibuka semula supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar perkara tersebut.

SPR awasi kempen internet


Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Tindakan dikenakan jika calon, parti politik salah guna laman web, blog, SMS
KUALA LUMPUR: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.Ini berikutan cadangan SPR meluaskan bidang kuasanya sehingga mencakupi kempen menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), berbanding hanya tertumpu kepada kaedah konvensional seperti pemasangan bendera, sepanduk, risalah, ceramah dan kenyataan media ketika ini.
Langkah itu juga sejajar usaha suruhanjaya itu memastikan peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 lebih lengkap dan menyeluruh, selain menjamin kewibawaannya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengendali pilihan raya.Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata kajian meluaskan bidang kuasa itu perlu berikutan semakin ramai calon dan banyak parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum lalu menggunakan kaedah berkenaan untuk berkempen."Ketika ini, undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada SPR untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan ketika berkempen menerusi internet, termasuk laman web, blog atau SMS.

Ni DOA SELAMAT ker...PELIK JE DRESSING


Mara urus dana pembangunan 5 negeri?? adil ke??

IPOH 26 April - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak lagi menyalurkan dana pembangunan kepada lima perbadanan kemajuan negeri yang dikuasai kerajaan pembangkang sebaliknya diagihkan melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, langkah itu untuk memastikan dana berjumlah RM100 juta setahun yang diberikan kepada setiap perbadanan kemajuan negeri berkenaan disalurkan terus kepada rakyat melalui Mara."Inilah salah satu taktik pemimpin UMNO untuk mendera penduduk di negeri2 yang menyokong pembankang..

taktik yang sama digunakan semasa PAS memerintah terengganu dahulu.. aku ingat lagi semasa Terengganu di tangan PAS dan waktu itu aku masih lagi belajar di tingkatan menengah, aku diberitahu.. oleh member2 aku siapa nak wang ihsan, gi tulis nama kat bilik guru, so aku pun gi tulis nama, seminggu lepas tuh, aku dan member2 aku diberikan rm600.00, sebagai wang ehsan/bantuan untuk pelajar, next 6 months lagi, aku dpt lagi RM600.00...

walaupun mmg happy sebab dpt duit, aku t'pk.. senang je kerajaan bagi duit..aku bukanlah seorang yang layak menerima bantuan, malah kawan2 aku jugak, kerana kebanyakan kami berasal dr keluarga yang sederhana yang mana setiap ptg sekolah aku dipenuhi oleh kereta2 mewah, driver2.. untuk mengambil anak2 mereka.. boleh kata Bantuan yang diberi sbg wang ihsan itu, untuk semua pelajar sekolah aku, t'masuk anak exco.. anak datuk.. bayangkan kalau pelajar kat skolah aku seramai 1,200 org, brp banyak kerajaan bagi utk semua pelajar..

itu belum masuk lagi, ada berapa sekolah menengah di Terengganu yang turut diberi bantuan,,begitu mudahnya duit dibazirkan oleh kerajaan pusat utk dihabiskan oleh anak2 muda.. berbanding diberi kepada kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi penduduk..x cukup dengan itu, sekolah aku turut diberi dua biji bas sekolah (semua sekolah yang lain turut dapat), ruang perhimpunan sekolah kini diletakkan marmar utk dijadikan lebih selesa..

malah perking guru yang dulu menggunakan kayu sekarang ditukar menjadi konkrit seolah2 parking 5 bintang... bayangkan berapa banyak duit dihabiskan utk perkara yg sia2...

selepas BN menang balik terengganu, peruntukan/bantuan wang ehsan utk sekolah distopkan, dan duit tersebut digunakan utk mendirikan Masjid Kristal utk perhiasan, bukan utk sembahyang... bayangkan... bodohnya Pemimpin UMNO membelanja duit...

Malaysiakini mohon maaf pada Khairy

Laman web berita Malaysiakini memohon maaf kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan berita yang tidak benar berhubung dengan kemenangan Khairy pada pilihan raya umum yang lalu bagi Parlimen Rembau. Berdasarkan surat penjelasan yang dihantar oleh Khairy kepada Malaysiakini dan tuntutan permohonan maaf di atas laporan yang tidak benar itu, Malaysiakini melalui Nota Editornya memohon maaf kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam berita yang dilaporkan sebelum ini.

“Pada malam pilihan raya, kami dimaklumkan oleh calon PKR Badrul Hisham Shaharin bahwa dia diberitahu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa akan ada kiraan semula dibuat. “Berita kami adalah bersandarkan maklumat itu. Bagaimanapun akhirnya kami mendapat maklumat bahawa tidak ada kiraan semula dibuat. Dengan itu kami memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam laporan kami sebelum ini,” demikian bunyi permohonan maaf yang dibuat oleh Malaysiakini.

KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 25/4/2008 www.agendadaily.com

AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular

Topik ini saya buka khas untuk memberi AMARAN kepada seluruh ahli & pelawat blog melayuhot.blogspot.com supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan".

Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.

Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point').

Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.

Namun kali ini kami mengambil langkah proaktif memberi amaran secara lebih terbuka kepada anda disebabkan beberapa faktor penting :-

-Supaya anda tidak tertipu dan terjebak dengan skim-skim ini. Jangan percaya dengan segala kata-kata manis 'orang tengah' yang sibuk membuat promosi. Biasanya 'orang tengah' tidak akan mengaku mereka mempunyai hubungan dengan penganjur.

-Kebanyakan orang ramai di luar sana masih tidak memahami dan tidak dapat membuat perbandingan, apa itu pelaburan sebenar, apa itu skim piramid. Ini adalah kerana mereka :-
- tidak tahu apa itu pelaburan sebenar tetapi mempunyai keupayaan untuk terus merujuk ke Bank Negara Malaysia tetapi TIDAK MAHU disebabkan samada semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau telah kabur dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Majoriti golongan ini adalah terdiri dari pelajar, orang biasa, kakitangan kerajaan mahupun juga golongan profesional.
- tidak mempunyai sumber untuk dijadikan rujukan dan kurang berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat. Golongan ini biasanya terdiri daripada pakcik, makcik, haji, hajah, dan sebagainya. Pihak penganjur dan orang tengah lebih menumpukan kepada golongan ini kerana mudah dipengaruhi.

-Golongan penganjur ,"askar-askar upahan", pihak ketiga (merchant). Sesiapapun tidak akan tahu siapa mereka ini sebenarnya. Merekalah salah satu golongan yang membuat aduan, menyalahkan forum perbincangan semata-mata. Ini adalah kerana mereka marah setelah pihak forum mengharamkan sebarang transaksi jualbeli epoint satu ketika dahulu.

-Statistik forum ini dan diperkuatkan dengan sumber-sumber sahih mendapati terdapat peningkatan aktiviti penjualan tanah, rumah & perniagaan semenjak September 2007. Analisa tidak rasmi ini dapat menyimpulkan bahawa orang ramai khususnya ORANG MELAYU telah banyak rugi setelah ditipu oleh skim-skim cepat kaya khususnya buatan Malaysia mula aktif pada penghujung tahun 2006.

Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-

Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Anda juga dialu-alukan berkongsi maklumat dengan kami di sini tidak kira anda dari pihak mana sekalipun.Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim cepat kaya di siniKami memohon maaf sekiranya mana-mana perkataan di atas yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak dan individu.

Harap Maklum.

Pakar motivasi Ph.D palsu - Pakai gelaran doktor setelah tulis tesis 50 muka sahaja

KAMAL AFFANDI menunjukkan senarai nama pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa menggunakan gelaran Ph.D palsu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Mereka begitu petah bercakap ketika memberi motivasi baik pada acara-acara terbuka atau di media-media elektronik.Golongan ini juga mendakwa memiliki pengalaman luas dan taraf pendidikan yang tinggi sehingga tahap doktor falsafah sebagai pakar motivasi.Begitu pun jangan terkejut, ada di kalangan pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif termasuk yang telah popular ini sebenarnya ‘tidak mempunyai apa-apa’.
Gelaran doktor falsafah yang didakwa mereka miliki hanyalah temberang semata-mata!Malah siasatan mendapati gelaran doktor falsafah yang digunakan pada pangkal nama itu merupakan satu penipuan kerana universiti yang didakwa mereka sebenarnya tidak wujud.Malah ada antara mereka hanya membelinya dan menghadiri konvokesyen yang diadakan di hotel luar negara tanpa perlu menjalani proses akademik sebenar.
Gejala ini didedahkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin) yang mendapati gelaran doktor yang digunakan sebenarnya palsu dan universiti yang menganugerahkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.
Ketua Biro Penguatkuasaan Tamrin, Kamal Affandi Hashim berkata, selain itu, terdapat juga pelajar peringkat ijazah sarjana dan Ph.D yang cuba menipu dengan mengupah penulis profesional untuk menghasilkan tesis mereka.
AGAMA KU ISLAM. CINTA HANYA KEPADA ALLAH DAN NABI MUHAMAD S.A.W. SAUDARA KU ISLAM. KAWAN KU KEBAIKAN. MUSUH KU KEJAHATAN. HARAPAN KU AKHIRAT. IMPIAN KU SYURGA. PERJUANGAN KU JIHAD.

Threesome(18sx)


Terkantoi Dalam Filem..

Old movie. New watch? Watch it out!
You need to hold the trigger to shoot someone or...?
Hmmm.... aero planes in the Trojan War?
Bows, arrows, ... and cellphones in the olden days?
Wow! In those days,... Adidas? Hmmm.... Pakka branded Pirate!

Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi

Untuk renungan bersama. Sumber dari isuhangat.blogspot.com

Subject: Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi -Beautiful Ending

Assalamualaikum,
Saya dapat gambar ni dari rakan di Riyadh,
untuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain,
alangkah indahnya jika dapat mati dalam keadaan begini,
insyaallah.. Amin

Fwdkan kerakan2 yg lain agar manjadi teladan semua.
Wallahualam..Helmi Buhollia
Riyadh, KSA




Wanita dakwa dicabul bekas menteri tarik balik laporan polis

TERBARU: Wanita yang mendakwa dicabul oleh seorang bekas menteri telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu sekitar jam 7.00 petang Rabu.

Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai pelayan di kelab sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur Sentral itu berbuat demikian setelah mengakui wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan.

Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Rabu malam wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'gurauan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'. Katanya pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat.

Menurut sumber berkenaan wanita itu membuat laporan polis pada 17 April dan bukan 14 April seperti yang dilaporkan media sebelum ini.- 23/4/2008

Jangan Ketuk Nanti Terbakar

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya.

Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas..
Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozeldan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir

cek saman

meh cek saman kat sini...aku dah kena 3 saman..tak tau bila masa kena saman nih..huhuhu

klik kat sini SAMAN
LONDON - Kekasih pemain kelab bola sepak Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo masih gagal menjadi seorang model yang berjaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kekasih baru Ronaldo, Nereida Gallardo sebelum ini berjaya menambat hati bintang MU itu ketika mereka bertemu di sebuah kelab malam di Sepanyol pada Januari lalu.

Teman wanita Ronaldo itu yang kini berumur 24 tahun bekerja keras sejak beberapa tahun lalu untuk mencipta nama sebagai seorang model.

Nereida pernah menemui ibu Ronaldo manakala bintang MU itu diperkenalkan kepada ibu bapa kekasihnya.

Seorang penduduk di tempat keluarga Nereida menginap di Sepanyol berkata: "Mereka (pasangan kekasih itu) berada di sebuah kedai piza dengan meminum kopi. Adalah sesuatu yang ganjil apabila melihat Ronaldo berada di sini.

"Namun, dia (Ronaldo) kelihatan gembira dan bersantai termasuk Nereida.

Menurut satu sumber, Nereida kerap digambarkan sebagai seorang model tetapi sebenarnya dia adalah seorang jururawat.

"Dia (Nereida) gemar untuk menghadiri pertandingan kecantikan dan majlis seperti itu," kata sumber tersebut.

Nereida pernah muncul dalam iklan untuk minyak zaitun beberapa tahun lalu tetapi namanya tidak disenaraikan dalam agensi model di pulau tempatnya menginap.

Bagaimanapun, terdapat keganjilan apabila namanya hanya disenaraikan di sebuah agensi model di Paraguay, Amerika Selatan.

Nereida merupakan seorang ratu cantik dalam majlis motosikal di Majorca pada tahun lalu dan gambarnya disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

Dia kini memperoleh gaji yang berada di paras maksimum sebagai jururawat dan memandu kereta Ford Ka. - Agensi

LELAKI yang memusnahkan kehidupan Alicia tidak mampu melakukannya tanpa kesediaan ratusan lelaki lain yang sanggup melakukan pembayaran untuk memperoleh perkhidmatannya.

Alicia dibesarkan di Uganda di mana dia dikasari oleh anggota polis dan dipenjarakan kerana latar belakang dirinya yang berasal daripada etnik Rwanda.

Nekad untuk keluar dari negara tersebut, dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki yang menawarkan untuk membawanya ke London dengan bayaran 1,000 pound (RM6,252).

Lelaki itu kelihatan seorang yang boleh dipercayai dan berjanji untuk menyediakan dokumen untuk Alicia.

Dia mampu memperoleh kerja dengan mudah sebagai seorang penyambut tetamu dan boleh membayar balik wang itu, kata lelaki berkenaan.

Apabila mereka tiba di Britain, lelaki itu membawanya ke sebuah pangsapuri di selatan London dan mengurungnya.

Alicia tidak mempunyai sebarang kenalan lain.

"Lelaki itu mengunci rumah dan kemudian pergi. Saya bertanya kepada diri saya, jika anda pergi, ke manakah destinasi anda?,' soal Alicia.

"Ini merupakan sebuah negara yang besar. Dan satu-satunya orang yang saya kenali adalah lelaki itu," katanya dalam satu temu ramah.

Dia ditemu ramah di Yayasan Helen Bamber yang merupakan pertubuhan untuk membantu mangsa pencabulan hak asasi manusia di tengah London.

"Pada hari keempat, dia datang dan menuntut perkhidmatan seks daripada saya.

"Apabila saya menolaknya, dia memaksa saya dan merogol saya.

"Dua minggu kemudian, dia mula membawa seorang rakan wanita," tambahnya.

Pada mulanya saya berpendapat mereka adalah rakannya.

"Saya kemudian mula menyedari bahawa mereka berada di sebuah bilik lain dan terdapat jeritan mengenai wang dan saya mengetahui mereka bukan hanya rakan," jelasnya.

Enam atau lapan lelaki melakukan hubungan seks dengannya ketika lelaki tersebut mengumpulkan wang di sebuah bilik lain.

"Jika anda melawan, anda bakal mendapat kesusahan kerana mereka adalah kasar," kata Alicia.

Seorang lelaki yang menjadi penyeludup manusia memberitahunya supaya jangan bercakap mengenai pengalaman pahit yang dialaminya.

Salah seorang pelanggan kemudian memberi kad bisnes kepadanya sebagai satu tawaran untuk membantu dirinya tetapi Alicia terlalu takut untuk mengambil kad tersebut.

Bagaimanapun, lelaki penyeludup manusia itu mula membawanya ke sebuah kelab malam di mana dia mendapat pekerjaan.

Lelaki itu mengambil upah yang diperoleh Alicia dan membawanya pulang pada setiap malam ke pangsapuri berkenaan.

Alicia kemudian memujuk seorang pelanggan di kelab malam itu untuk membantunya melarikan diri.

Pelanggan itu bertemu dengannya di luar kelab malam dan membawanya ke apartmennya.

Alicia menganggap dirinya sudah selamat tetapi lelaki penyeludup manusia itu berjaya menjejakinya dan membawa balik ke pangsapurinya.

"Sejurus tiba di pangsapuri itu, dia memukul saya. Saya berpendapat ia merupakan kejadian yang paling buruk, menendang dan memukul seperti anda merupakan sebahagian daripada perabot," katanya.

Selepas 11 bulan, dengan memberi penjelasan ringkas, lelaki itu memberikannya satu pasport Perancis palsu dan membebaskannya.

Alicia kemudian ditangkap oleh polis dan dipenjarakan kerana memiliki dokumen palsu.
Dia juga dijangkiti virus HIV dan cuba untuk membunuh diri tetapi kini dia berikrar untuk meneruskan kehidupan.

"Kini, saya berpendapat adalah sesuatu yang berharga untuk terus hidup," katanya. - Reuters
sumber:kosmo

Semua pemegang akaun MAYBANK

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine, Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.

2. Bila anda menekan no. pin (8 digit), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin. ??

3. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah, sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin'

4. If you call this number, you will lose all your money.

5. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he didnot withdraw any money. Please forward this to your friends.
NOTA:Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.

Sekian harap maklum.

Best Regards,

Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Tel : 03-20708833

Taugeh ada air kencing?


Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari.

pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.keputusan yg mungkin boleh didapati...lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.

kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa?sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya.tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.

Jalan Bdr Mahkota Cheras dibuka - TQ Kjaan Selangor

Akhirnya setelah lebih 2 tahun menunggu....

dlm masa sebulan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuka Jalan ke Bandar Mahkota Cheras..

Jimat TOL RM0.90 yg menindas penduduk BMC selama lebih 2 tahun..

Sebelum ini penduduk terpaksa melalui tol 90 sen utk ke BMC melalui Sg. Long...

mengambil masa 20-30min ...Sekarang...5-10 min dah boleh sampai ke BMC tanpa melalui Bdr Sg Long!

Terima kasih KERAJAAN SeLANGOR PR

--- Jgn Harap la BN lepas nih... bertahun penduduk buat bantahan nak bukak jalan pun susah...








Selangor gives go-ahead for toll-free road to open
Saturday April 19, 2008
KAJANG: The Selangor Government has given the green light for the opening of the Bandar Mahkota Cheras toll-free access road leading to the Cheras-Kajang Highway.The Kajang Municipal Council has been given the power to remove the barricade put up by highway concessionaire Grand Saga Sdn Bhd in 2006 due to loss of toll collection.A date for the opening of the RM16mil road, built by Bandar Mahkota Cheras developer Narajaya Sdn Bhd, will be announced by the council soon.
The go-ahead was given by Selangor executive councillor and State Local Government, Study and Research Committee chairman Ronnie Liu following a meeting at Menara MPKj.“We are ordering the opening of the road because it is on state land. It has been handed over by developer Narajaya to the council,” he said.
Residents of the township and the adjoining Bandar Sungai Long will benefit from the opening of the road as they have been using the main road meant for the latter.Bandar Mahkota Cheras Open Access Road Committee members were earlier in pensive mood at the meeting, which was also attended by council president Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, Cheras MP Tan Kok Wai, Kajang assemblyman Lee Kim Sin and representatives from developer Narajaya Sdn Bhd and the Malaysian Highway Authority.
Committee chairman Tan Boon Wah said it was a victorious moment for residents of both townships and urged residents to remain patient until the date of the opening was announced.







Bekas menteri raba punggung wanita

Oleh
Mohd Sayuti Omar
Isnin, 21 April 2008

KL: Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan gangguan seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras suntuk menteri berkenaan.

Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.Menurut sumber bloger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tiak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin.

Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.Teman lelaki pelayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.

Menurut sumber bloger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tiak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin. msomelayu.blogspot.com
__________________

Awasi lelaki ini...


Majalah Playboy edisi terhad..