LONDON - Seorang pemilik kereta Ferrari, Dan Cawley diancam dengan tindakan undang-undang oleh syarikat pengeluar kenderaan itu kerana melanggar tanda niaga, lapor sebuah akhbar semalam.Syarikat itu bertindak sedemikian setelah Cawley mengubahsuai kereta Ferrari menjadi sebuah limusin.
Cawley diarahkan untuk menanggalkan semua lambang Ferrari di kereta itu dan diminta tidak lagi melakukan pengubahsuaian.Limusin sepanjang enam meter itu merupakan Ferrari model 360 Moena yang boleh mencapai kelajuan sehingga 274 kilometer sejam (km/j).
Para peguam mendakwa, kenderaan itu bukan lagi Ferrari setelah ia dipanjangkan sebanyak 2.9 meter dengan bahagian yang dilitupi fiber karbon.Cawley mempertahankan tindakannya kerana mendapat persetujuan wakil Ferrari di Britain sebelum memulakan kerja pengubahsuaian berjumlah £200, 000 (RM1.26 juta). - Agensi
No comments:
Post a Comment