Sekelompok Pelajar kelas Geografi belajar mengenai "Tujuh Keajaiban Dunia". Pada akhir pelajaran, guru meminta pelajar tersebut untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" Saat ini pelajar bergumam, tertawa dan berfikir.
Mereka membayangkan semua yang hebat, yang mengaumkan.Walaupun ada ketidaksesuaian, sebahagian besar senarai tertulis:
1. Piramid Besar di Mesir
2. Taj Mahal
3. Grand Canyon
4. Terusan Panama
5. Empire State Building
6. St.Peter's Bacilica
7.Tembok Besar China
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, guru memmerhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum menyerahkan kertas kerjanya.
Lalu si guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran untuk menyediakan senarai tersebut.Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak memilih kerana sangat banyaknya."Si guru berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya."Si gadis itu kemudian membaca. "Saya fikir tujuh keajaiban dunia itu adalah:
1. Mampu bersyukur
2. Mampu merasakan
3. Mampu kertawa
4. Mampu mendengar…Dia ragu lagi sebentar,dan kemudian melanjutkan...“
5. Mampu berkongsi
6. Mampu mencinta
7. dan mampu dicintai…â€ÂÂ
Ruang kelas itu sunyi seketika...Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat eksploitasi manusia dan menyebutnya "Keajaiban".Sementara kita lihat lagi semua yang telah Tuhan lakukan untuk kita, menyebutnya sebagai "biasa."
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda. Bersyukurlah untuk apa yang telah anda dapatkan sehingga saat ini, kerana itu sesungguhnya merupakan suatu "keajaiban."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment