Bilangan pengguna Internet di China atasi AS


BEIJING 14 Mac - China berjaya memintas Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang mempunyai pengguna Internet terbesar apabila kira-kira 220 juta penduduknya melayari dunia siber.Jumlah pengguna di China itu dicatatkan pada akhir bulan lepas ketika bilangannya di AS dianggarkan 217 juta orang, menurut firma perunding dan penyelidikan teknologi, BDA China di sini hari ini."Terdapat dua faktor utama yang menjana pertumbuhan ini."Satu ialah pertumbuhan pesat dalam pengguna jalur lebar dan satu lagi ialah populariti kafe Internet di bandar-bandar kecil," kata penganalisis BDA China, Liu Bin.

AS menduduki tangga teratas sejak kelahiran Internet sebagai sebuah rangkaian komputer di bawah naungan Jabatan Pertahanan AS pada 1969,lapor akhbar rasmi, China Daily.Namun menjelang akhir tahun ini, China dijangka mempunyai 280 juta pengguna Internet, menurut BDA China.Angka itu menandakan peningkatan 33 peratus daripada 210 juta pengguna di China pada akhir tahun lepas.

Di bandar, pertumbuhan dijana oleh kenaikan taraf infrastruktur berterusan yang dijalankan oleh operator telekomunikasi bagi membolehkan semakin ramai keluarga mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar.Situasi berbeza wujud di luar bandar yang mempunyai majoriti penduduk China tetapi hanya 25 peratus pengguna Internetnya. - AFP

No comments: