KISAH BENAR..
Nak cite pengalaman saya skit..Saya berkesempatan pergi ke Masjid Kristal ni pada tahun baru cina baru2 ni...Kebetulan masa tu tengah ada perkampungan hadhari so saya berpeluang naik bot dari Seberang Takir free.(kalau tidak kena bayar tambang RM5.00 sorang)..Lebih kurang 30 minit sampailah kat Pulau Wan Man ni...tergamam dengan keindahan dan kecantikan masjid ni..dengan kubah kristal berwarna hijau memang menarik...
Tapi hairan gak yang ada di pulau ni cuma masjid sahaja..tak ada perkampungan...Nak datang ke pulau ni gak kena menaiki bot dengan tambang yang boleh dikatakan mahal...Ada jalan darat tapi jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai...
Saya juga berkesempatan masuk ke dalam masjid dan bersolat...Masjidnya taklah besar sangat...tempat solat org pompuan pun boleh memuatkan lebih kurang 80 - 100 orang...Lampu ceilingnya tersangatlah besar dan cantik...dengan kemudahan tandas dan tempat wuduk yang canggih...Mula2 rasa kagum tetapi lepas tu saya terfikir berapalah agaknya kos buat masjid ni...mesti ratus juta..
lepas tu terfikir la saya plak, siapa yang nak dtg sembahyang kat masjid ni...? dahla kena naik bot bayar tambang rm 5...sehari ada 5 waktu x rm 5 = rm 25.00...eemmm banyak tu...Sayang sungguh dengan masjid ni canggih dan cantik tapi membazir...Semasa di sana ramai gak pelancong...Ada satu group tu pelancong cina yang memakai seluar short paras lutut sambil tangkap gambar beramai2...Sedih saya melihatkan keadaan itu...Masjid ini hanyalah masjid hiasan dan sebagai tarikan pelancong...
Di Terengganu sendiri masih ada lagi rakyat yang miskin...Tempat saya naik bot di Seberang Takir tu sebagai contoh masih terdapat nelayan2 yang hidup susah dan miskin yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan membuat keropok lekor...Alangkah moleknya kalau duit beratus juta yang digunakan untuk membuat Masjid Kristal itu digunakan untuk membantu mereka yang hidup susah...
Sebelum kami pergi ke Pulau Wan Man ni, suami saya ada bertanyakan seorang penduduk Terengganu, kenapa tak sembahyang Jumaat kat Masjid Kristal..? Orang tu jawab, 'Nak buat gapo...tu masjid hiase...' renung2kanlah...Diantara salah satu tanda2 akhir zaman ialah pembinaan masjid-masjid yang cantik, gah,canggih dan menarik tetapi tiada orang yang bersembahyang di dalamnya...
Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: 'Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.'KeteranganDi antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina.
Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.
Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewak dan kera menjadi alasan ianya layak dibina.Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.
Lalu kita renungkan dengan hadith yang tertera di atas....Di manakah kita..........'di petik dr BuletinOnline.Net
gambar n video: dah tentu digicam buruk aku....
motif utama masjid ni dibina bukan utk menjadi tempat solat, dan pulau ni memang takde penghuni pon. tiada jambatan, dan aku rasa mungkin ada perkhidmatan bot utk hantar orang bersolat di situ bila masjid tu siap nanti.
patrick lim n kroni jugak yg untung. apa kata ketua audit negara?? Hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment