DEBAT AGUNG: ULAMA ISLAM vs. KETUA PADERI BESAR KRISTIAN (CD)

Assalammualaikum wrt. Wbt.

Saudara/ri yang dimuliakan,

Saya terpanggil untuk mencadangkan supaya Saudara/ri turut sama mengetahui pembongkaran penyelewengan kitab Bible Kristian melalui perdebatan agung di antara Ulama Islam dan Ketua Paderi Besar Sweden yang diadakan di bandar suci kristian, Stockholm. Perdebatan tersebut bertajuk : IS THE BIBLE TRUE WORD OF GOD?

Dalam perdebatan agung tersebut, anda pasti terkejut setelah mengetahui bagaimana kitab Bible yang dijadikan panduan oleh penganut Kristian sekarang ini sebenarnya bukan Bible asal. Di dalamnya terdapat terlalu banyak pindaan dan penambahan yang dibuat tanpa disedari umum.Malah lebih menggemparkan lagi, hampir semua versi Bible berlainan sesama sendiri.

Semua ini berjaya dibongkarkan dengan jelas dalam perdebatan ini sehingga tidak mampu disanggah oleh muktabar Kristian sendiri.Ulama Ahmad Deedat telah berjaya mengIslamkan bukan sahaja penganut Kristian malahan juga ramai paderi kristian seluruh dunia dengan kepintarannya membuktikan pemalsuan teks kitab bible.Beliau telah berdebat dengan ramai ketua paderi besar dunia, diantaranya ketua paderi USA, Kanada, Australia dan Sweden dan sehinggake hari ini telah ramai orang kristian yang mula meragui kesahihan isi kandungan Bible setelah mendengar hujahnya yang jelas, jitu dan masuk akal.

Sehingga ke hari ini penjelasan beliau tidak mampu disanggah dengan hujah yang tepat oleh golongan muktabar kristian.Ahmad Deedat dianugerahkan Allah dengan kepintaran yang tinggi dan luar biasa dalam ilmu comparative religion dan beliau seorang hafiz al-quran dan turut menghafaz lebih dari 8 versi bible.

Beliau juga mampu bertutur dengan fasih lebih dari 10 jenis bahasa dunia.Saya merasakan amat beruntung sekiranya Saudara/ri dapat menonton perdebatan agung ini kerana kandungan ilmunya amat menarik dan boleh diperturunkan kepada cucu cicit sehingga hari kiamat. Juga ianya amat sesuai dikongsi bersama saudara mara dengan harapan tiada lagi yangmenjadi murtad kelak.

Melalui debat ini juga kita jelas dapat melihat kekuatan al-Quransebagai mukjizat yang terpelihara sehingga hari kiamat, dengankekuatan bahasanya tanpa sebarang kesilapan grammar dan kekuatanisinya disebalik bahasanya, jelas sekali tidak seperti Bible yangdiselewengkan.

1 comment:

Anonymous said...

jgjhagfU KNR,MWPO KJkjn dhiuht nfahi