Rahsia Menjadi Usahawan Cemerlang

Beri lebih daripada apa yang disangka- kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah melakukan lebih daripada yang disangka. Kata pepatah inggeris “Go the extra mile!” maksudnya anda melakukan tugasan anda lebih daripada apa yang disangka orang lain.

Memasarkan dan menjual- kunci utama kejayaan perniagaan adala pemasaran dan menjual! lebih 95% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama ia ditubuhkan. Statistik ini amat menakutkan bakal usahawan. Seorang usahawan harus cemerlang dalam berkomunikasi, cemerlang dalam berunding, cemerlang dalam menjual produk dan perkhidmatan.

Memahami aliran wang - usahawan cemerlang perlu memahami aliran wang dalam pengendalian perniagaan. Ia adalah nadi sesuatu perniagaan. Kebanyakkan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmata dan pemasaran sehingga terlupa isu penting iaitu penyata kewangan.

Tidak kenal erti putus asa- kita tahu 95% perniagaan gagal pada tahun pertama. Ini bermakna anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! sedih bunyinya bukan? Jangan cepat putus asa. Anda tahu manusia terkaya di dunia Bill Gates? ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji lebih 1,600 produk dan perkhidmatan yang belum lagi dipasarkan. Daripada jumlah ini, kebanyakkanya tidak akan dipasarkan dan boleh dikira sebagai projek gagal. Mengapa? Microsoft tahu, dengan lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang berjumpa kejayaan. Lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan spaya anda menjadi usahawan cemerlang!

No comments: