KUALA LUMPUR: Ada suami, tetapi rela diusung jantan untuk berhibur sehingga ke bilik tidur. Lebih mengejutkan, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, malah sentiasa 'terbuka' menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan.Itu gaya hidup melampau segelintir 'isteri liar' yang dikesan bagaikan bernaung di bawah satu kelab apabila aktif melakukan kegiatan itu secara berkumpulan.
Perbuatan jijik itu didedahkan seorang pasangan ahli 'kelab isteri liar' berkenaan yang berpengalaman menjalin hubungan dengan mereka.Mahu dikenali sebagai Rahman, 39, lelaki berstatus suami itu berkata, sehingga hari ini dia mengakui menjalin hubungan dengan empat 'isteri liar' terbabit.
Katanya, tiga daripada golongan berada, iaitu dua usahawan dan seorang eksekutif, manakala seorang lagi 'suri rumah kaya'.“Bermula daripada mengenali seorang 'suri rumah kaya', selepas beberapa bulan suri rumah itu memperkenalkan rakannya kepada saya.
Bukan calang-calang isteri orang yang diperkenalkan kerana dia adalah usahawan yang ada perniagaan sendiri.“Agaknya apabila jemu dengan saya, usahawan itu memperkenalkan pula rakannya, juga usahawan dan hinggalah yang terakhir untuk setakat ini, saya diperkenalkan dengan seorang eksekutif,” katanya.Menurut Rahman, dia tidak peduli status mereka, kerana dia hanya mahu memenuhi nafsu serakahnya, tetapi yang menarik perhatiannya ialah mereka bagaikan berpakat untuk melakukan kegiatan itu.“Mereka seperti ada kelab. Keempat-empat mereka adalah kenalan rapat dan saya dipindahkan daripada satu tangan ke satu tangan sesama mereka.“Lebih menarik, mereka juga sentiasa terbuka untuk menerima lelaki yang saya perkenalkan kepada mereka,” katanya.
Rahman berkata, sejarah perkenalannya dengan keempat-empat mereka bermula daripada nombor telefon diberi seorang rakan.“Saya hubungi suri rumah itu untuk berkenalan dan tanpa banyak soal dia sudi berkawan dengan saya. Mula-mula kami hanya keluar minum di kedai hinggalah kami bersama-sama bergembira di pusat karaoke dan disko sebelum ke bilik tidur.“Selepas itu saya diperkenalkan dengan tiga lagi rakannya.
Caranya juga lebih kurang sama, tetapi dua daripada mereka iaitu usahawan dan eksekutif itu belum saya bawa ke bilik tidur, tetapi hubungan kami ketika ini sangat intim,” katanya.Menurut Rahman, dia kini tidak lagi menjalin hubungan dengan isteri orang kaya dan pasangan keduanya, iaitu seorang daripada usahawan terbabit.“Biasalah... mereka dah ada teman lain, tetapi saya tak kisah. Saya kini menjalin hubungan dengan seorang lagi usahawan dan eksekutif itu.“Jika ada masa terluang, saya bergilir-gilir keluar dengan usahawan dan eksekutif itu. Biasanya kami ke karaoke atau disko dan mungkin tidak lama lagi ke bilik tidur kerana pergaulan kami sudah tiada batasan,” katanya.
Ditanya pernahkah mereka bercerita mengenai masalah rumah tangga, Rahman berkata tidak pernah.“Mereka hanya memberi alasan ‘suka-suka’. Namun saya yakin mereka ada masalah rumah tangga. Mungkin kesunyian sebab suami mereka berkerjaya dan sentiasa sibuk,” katanya.Bagi membuktikan kata-katanya, Rahman membawa bersamanya rakannya yang mahu dikenali sebagai Amran, 40.
Menurut Rahman, dia pernah memperkenalkan Amran dengan 'isteri liar' terbabit, tetapi rakannya tidak berminat.Amran mengakui dia memang nakal, tetapi tidak sampai ke tahap sanggup menjalin hubungan dengan isteri orang.“Ketika berborak bersama seorang daripada 'isteri liar' itu, memang dia ada menyebut tiga lagi rakannya.“Dia mahu berkawan dengan saya dan sanggup memperkenalkan saya dengan tiga lagi rakannya, tetapi saya menolak,” katanya.
Menurut Amran, tidak sukar menemani mereka kerana menurut pasangan Rahman, mereka tidak cerewet. Bawa saja mereka bergembira ke pusat karaoke atau ke disko. Jangan bimbang fasal wang kerana mereka sanggup mengeluarkan wang.“Selepas itu, pandai-pandailah memikat mereka,” katanya yang turut memberitahu, pasangan Rahman itu bertudung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment