Hartanah Schumacher laris di Dubai

BERLIN: Karier Formula Satu pernah dilaluinya mungkin sudah berakhir tetapi juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher masih belum menunjukkan petanda untuk mengurangkan aktiviti luar litar apabila mengabdikan namanya selaku pemilik bangunan pencakar langit.

Pemandu berusia 39 tahun itu mengumumkan persaraan 16 bulan lalu, tetapi selain terbabit sebagai pemandu ujian bekas pasukan lamanya, Ferrari, Schumacher membuktikan dia tetap pantas dalam bidang perniagaan sama seperti ketika beraksi di litar lumba.

Menurut laporan akhbar tabloid Jerman, Bild, Schumacher bercadang memperuntukan sebanyak AS$7.5 juta (RM24 juta) sebagai pemaju hartanah di atas kompleks pejabat setinggi 29 tingkat yang bakal dinamakan atas namanya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengurus Schumacher, Willi Weber mengesahkan urus niaga itu dengan Bild dan berkata, semua ruang pejabat habis dijual dalam tempoh tiga hari ketika kompleks itu dipamerkan di hotel utama Dubai, Burj Al Arab.

“Permintaan menakjubkan. Dalam tempoh tiga hari semua ruang pejabat habis dijual,” kata Weber.

1 comment:

Anonymous said...

Free Classified Ads in Dubai

Description: DubaieClassifieds advertisements and Yellow Pages. Post your ADs for Jobs in dubai, Accommodation, Car Lift, Buy and Sell Items, Used Cars, Household Items, Free Hold Property.

http://www.dubaieclassified.com