Batalkan hasrat hijrah ke bandar
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, saban tahun kebiasaannya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang akan menyaksikan kebanjiran ‘peneroka bandar’ tetapi kali ini pihaknya berharap mereka melupakan sahaja hasrat untuk berbuat demikian.Sebaliknya, kata beliau, adalah lebih baik golongan muda ini menumpukan usaha membangunkan ekonomi di kawasan-kawasan luar bandar terutama dengan menyertai bidang keusahawanan, penternakan dan penanaman bahan makanan.
‘‘Saya berharap kepada anak-anak muda yang berniat berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari rezeki supaya melupakan hasrat mereka sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga tahun ini.‘‘Adalah lebih baik tumpukan usaha menghasilkan penternakan dan bahan makanan di luar bandar.
‘‘Pihak kementerian menerusi rancangan Ekonomi Desa (ED) menyediakan pinjaman antara RM20,000 hingga RM500,000 kepada mereka yang berminat sebagai usahawan, tidak kiralah sama ada hendak menternak kambing, ikan sembilang dan apa jua kegiatan ekonomi desa, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan lebih seminggu lalu mengakibatkan rakyat negara ini terutama di bandar-bandar berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Betul tu UMNO memerlukan anak-anak muda terus duduk di kampung supaya tak terdedah dengan sumber maklumat media IT so mudah ler UMNO hantar cikgu KEMAS masuk kampung pujuk undi depa dalam PRU13 nanti.
Yahudi menyelinap dalam projek2 Malaysia!
Gambar) Menteri Besar Johor bersama Pengarah Halliburton, David King merasmikan pembukaan kilang pada 29 Mac 2008.Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johor di Johor.
Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato’ Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru.
Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.Berkenaan Halliburton Manufacturing Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq.
Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.
Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing.Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang.
Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi.
Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service.Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang AmerikaBRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti…
* Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,
* Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina.
Dalam konflik ini, Halliburton telah menuubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),
* Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.
Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain
Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller.
Menurut Dr. P.s.Babcock,“…bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih.”Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.
Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, “tidak popular, tetapi amat berkuasa” dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka.
Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.
Wallahu’alam.
Terlalu awal lihat kesan kenaikan bahan bakar: Dr Zeti
Beliau berkata, Bank Pusat itu perlu mengkaji dengan teliti impaknya berikutan kesannya bukan hanya kelembapan sektor luar tetapi juga membabitkan kesan pakej rangsangan yang disediakan serta keadaan kenaikan harga disebabkan oleh peningkatan kos.
“Kita perlu membuat penilaian yang berhati-hati sama ada ia disalurkan kepada pengguna. Bila ini berlaku, barulah ada inflasi apabila terdapat kenaikan harga yang menyeluruh,” katanya. Pada masa ini, kata beliau, hanya kenaikan harga yang khusus. “Terlalu awal untuk menilai sama ada ia disalurkan dan sama ada pengeluar mempunyai kemampuan seperti apa yang mereka sudah lakukan dalam menyerap sebahagian daripada kenaikan kos.
"Kemudiannya, reaksi pengguna, sama ada mereka akan terus dengan permintaan yang amat kukuh atau sama ada kita akan melihat kepada kesederhanaan. “Semua ini akan dinilai dengan teliti pada bulan-bulan akan datang memandangkan kita menentukan respons dasar kewangan kita,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program sarjana kewangan Islam INCEIF di sini hari ini.
Dasar kadar faedah Bank Negara akan bergantung kepada tinjauan masa depan inflasi dan pertumbuhan, katanya. Mengenai keadaan memasuki lingkungan kadar faedah negatif, beliau berkata Malaysia dari masa ke masa mempunyai kadar faedah sebenar negatif tetapi selagi ia tidak fundamental, ia tidak akan menjejaskan permintaan pengguna dan kedudukan pengguna. Dalam perkembangan lain, beliau berkata Bank Negara tidak mempengaruhi sentimen pendasar pasaran kewangan.
“Bagi kami, operasi campur tangan kami akan ditentukan oleh keadaan yang tersusun. Sentimen pendasar bukan suatu yang kami cuba pengaruhi,” katanya semasa ditanya mengenai laporan Morgan Stanley bahawa usaha bank pusat Asia untuk campur tangan di pasaran tidak akan berjaya untuk mengelak pengukuhan dolar AS. Dr Zeti berkata dari semasa ke semasa, akan terdapat peningkatan ketidakstabilan kerana ketidaktentuan yang timbul di dalam sistem kewangan antarabangsa.
“Dari masa ke masa, pelbagai institusi antarabangsa mengumumkan kedudukan kewangan mereka dan ini memberi kesan terhadap pasaran kewangan. Pengumuman sedemikian dibuat dengan pelbagai dasar memberi kesan kepada pasaran kewangan. "Hanya selepas keadaan sedemikian reda, kadar tukaran dan kadar lain di pasaran kewangan akan stabil dan akan terdapat potensi untuk pemulihan normal dan penerusan pertumbuhan keseluruhan," katanya. - Bernama
Harga minyak dijangka cecah AS$250 setong
“Kami menjangkakan harga minyak mentah akan naik sehingga AS$250 (RM815) setong dalam masa beberapa tahun ini,” kata Ketua Eksekutif syarikat milik Rusia itu, Alexei Miller kepada wartawan selepas menghadiri persidangan Kongres Perniagaan Eropah di sini hari ini.Para pegawai kanan syarikat berkenaan menjangkakan harga minyak akan naik kepada AS$250 setong pada 2009.Harga gas di Eropah adalah berdasarkan kontrak jangka panjang serta terikat dengan harga minyak mentah.
Kenyataan pegawai Gazprom itu dikeluarkan setelah harga minyak turun kepada AS$133.94 (RM436.6) setong hari ini, berbanding AS$139 (RM444.8) minggu lepas.Menurut Timbalan Ketua Eksekutif syarikat itu, Alexander Medvedev, kenaikan harga gas akan turut menyebabkan harga minyak mentah melonjak di Eropah.
Gazprom kini merupakan pengeluar gas asli terbesar dunia dengan stok mencecah AS$330 bilion (RM1.07 trilion) dan ia dijangkakan memperluaskan penguasaan pasarannya dengan menjadi sebuah syarikat bernilai AS$1 trilion (RM3.26 trilion) dalam tempoh 10 tahun. – Reuters
sapa untung...sapa rugi...sapa merana
Kenyataan Tun Mahathir tentang kenaikan harga minyak.
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudah pun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.Kos sara hidup sudah tentu meningkat.
Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus.
Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri.
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi.
Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol.
Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa.
Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan.
Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.Kerajaan ini melimpah dengan wang.Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus.Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu.
Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal.
Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja.Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan.
Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan.
Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti yang digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
DOUBLE BONUS: Tarif elektrik naik mulai 1 Julai
Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.
Manakala mereka yang menggunakan lebih daripada 200 kwj, perlu membayar tambahan hampir 20 peratus lagi (lihat jadual).Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengumumkan struktur baru harga itu dalam satu sidang akhbar jam 12 tengahari esok.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj.
Caj minimum bulanan RM3.Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. [Tarif lengkap di laman web Pejabat Perdana Menteri]Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan.
Kenaikannya adalah 18 peratus.
Bagi kategori-kategori lain:Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.
Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60. Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.
TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok.
ESOK PAK LAH MUNGKIN UMUMKAN NAK TARIK SUBSIDI MINYAK MASAK PULA
Ayam proses naik harga
Malah, sekumpulan peniaga ayam proses di sini yang kecewa dengan kenaikan itu berkata, mereka diberi jaminan oleh persatuan penternak bahawa persatuan itu akan menanggung segala kos sekiranya didenda kerana menjual ayam pada harga yang tinggi.Jurucakap kumpulan peniaga tersebut, Latif Talip berkata, walaupun tiada jaminan bertulis diberikan oleh persatuan itu, para peniaga diarahkan untuk menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan.
"Para peniaga kini kebingungan kerana sekiranya kami masih menjual ayam pada harga lama, tidak mustahil ramai peniaga yang mengalami kerugian dan seterusnya memberi kesan terhadap bekalan ayam di daerah ini," katanya di sini hari ini.Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan laporan mengenai para peniaga ayam di sekitar bandar ini terkejut dengan kenaikan harga ayam dari ladang secara mendadak, melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Mereka yang menerima surat mengenai kenaikan harga ayam hidup daripada Persekutuan Penternak-Penternak Malaysia kesal kerana kenaikan itu dibuat secara mendadak dan berkuat kuasa serta-merta.Berikutan kenaikan harga tersebut, harga baru yang dikuatkuasakan ialah RM4.80 satu kilogram naik sebanyak 30 sen berbanding harga siling yang ditetapkan untuk ayam hidup dari ladang sebelum ini iaitu RM4.50 satu kilogram.
Menurut Latif, sejak isu itu ditimbulkan tiga hari lalu, tiada sebarang pengumuman dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab mengenai harga ayam berkenaan.Berikutan itu, katanya, para peniaga sepakat untuk menaikkan harga ayam proses mulai semalam kerana tiada sebarang langkah atau usaha pihak yang terlibat bagi menjelaskan permasalahan itu."Sekiranya kami dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, kami akan meminta pegawai tersebut untuk mengambil tindakan terhadap persatuan kerana mereka yang terlebih dulu melanggar peraturan yang ditetapkan,'' tegasnya.
Harga Minyak Naik Hari Rabu!
''Kerajaan akan memilih pelan yang terbaik untuk rakyat. Pengumuman yang akan dibuat Rabu ini perlu dikuatkuasakan serta-merta. -OK PAK LAH...KAMI RAKYAT NAK TENGOK PELAN TERBAIK KAU TU"Kalau tidak akan timbul banyak spekulasi,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelan penstrukturan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Abdullah menjelaskan, pelan subsidi minyak berkenaan sepatutnya diumumkan Jumaat lalu namun terdapat anggota jemaah menteri berada di luar negara.
Ditanya sama ada pelan subsidi minyak yang akan diumumkan Rabu ini akan turut melibatkan harga minyak kelapa sawit, Perdana Menteri berkata: ''Tunggulah hari Rabu nanti.'' Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang membayangkan harga petrol dan diesel akan naik Ogos depan, Perdana Menteri berkata, berkemungkinan perkara itu berlaku pada Ogos.
Kerajaan baru-baru ini memutuskan untuk mengkaji semula sistem subsidi minyak bagi memastikan ia lebih efisien selain menghapuskan ketirisan dan penyalahgunaan.Selain itu, kajian semula struktur subsidi berkenaan juga bertujuan memastikan kesaksamaan dan keadilan supaya mereka yang benar-benar layak mendapat subsidi akan menerimanya.
Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!
Parlimen dua minggu lalu menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.
Menurut laporan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia."Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat, sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?" kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.
Kata Roslan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini dan rakyat disarankan untuk berjimat-cermat maka penjimatan yang paling utama adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini."Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor orkestra ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.
"Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300,""Dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!
PLUS untung RM384 juta
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, PLUS menyatakan keputusan kewangan bagi suku pertama 2008 secara amnya menunjukkan peningkatan dengan penyertaan tiga anak syarikat milik penuh yang baru diambil alih, iaitu Expressway Lingkaran Tengah Sdn. Bhd. (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd. (Linkedua) dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn. Bhd. (KLBK)."Kedua-dua pengambilalihan Elite and Linkedua telah diselesaikan pada Disember tahun lalu dengan KLBK menyertai kumpulan pada Mac 2008," katanya.
Tambah kenyataan itu, kutipan tol dalam suku pertama 2008 meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada RM540 juta berbanding dengan RM430 juta dalam suku pertama tahun lalu."PLUS, pengendali Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan dan lebuh raya lain, menyumbang 86 peratus daripada kutipan tol keseluruhan," katanya.
Mengulas tentang keputusan itu, Pengarah Urusan Kumpulan Noorizah Abd Hamid berkata, peningkatan sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan volum trafik yang menggalakkan sebanyak 8.1 peratus bagi PLUS, masing-masing 8.8 peratus dan 19.0 peratus bagi Elite dan Linkedua, dalam suku pertama tahun ini.
TAK PERNAH RUGI...KALAU BETUL KERAJAAN BELA NASIB RAKYAT...KAJI SEMULA PERJANJIAN KONSESI LEBUHRAYA TERUTAMA TENTANG HAK MENAIKKAN KADAR TOL SETIAP 3 TAHUN DAN BATALKAN CLAUSE KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN JIKA KADAR BARU TIDAK DILULUSKAN
Tarik balik subsidi minyak golongan berkemampuan
Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, ia adalah antara mekanisme yang boleh dilaksanakan bagi menangani kesan kenaikan harga minyak dunia yang semakin meruncing sekarang.Dengan cara itu, katanya, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak akan terjejas akibat situasi tersebut.“Kerajaan tidak boleh berterusan memberi subsidi kepada semua golongan kerana ini akan menyebabkan negara menerima kesan ekonomi yang teruk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai skim subsidi baru yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini sebagai usaha menangani kesan kenaikan melambung harga minyak di pasaran dunia sekarang. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim baru itu akan tetap mengambil kira kepentingan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Ia ekoran harga minyak mentah dunia yang terus meningkat mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong semalam, berikutan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan global.Ramon berkata, cara tersebut juga akan dapat mengatasi ‘kebocoran’ dalam pemberian subsidi harga minyak negara yang juga perlu ditangani segera oleh kerajaan.“Subsidi yang tinggi di Malaysia menyebabkan penyeludupan minyak berleluasa dan akhirnya negara yang menerima kesan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu skim yang benar-benar kukuh dalam pemberian subsidi kepada pengguna.Katanya, antara yang boleh dilaksanakan ialah dengan menggunakan maklumat pendapatan pengguna bagi menentukan mereka layak atau tidak untuk membeli minyak pada harga subsidi.“Kelayakan subsidi kepada pengguna boleh ditentukan dengan mengenal pasti pendapatannya. Jika dia mampu, maka tidak perlu subsidi tetapi bagi yang kurang berkemampuan, mereka layak mendapat harga subsidi,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga harus mencari mekanisme terbaik bagi mengatasi ‘kebocoran’ dalam hal pemberian subsidi minyak memandangkan harga bahan itu di negara ini lebih murah berbanding negara jiran yang lain.Katanya, subsidi secara berterusan akan meningkatkan ruang untuk kegiatan penyeludupan kerana wujudnya peluang menjual minyak subsidi pada harga yang tinggi di negara-negara jiran.
macam mana KERAJAAN nak tau seseorang tu dalam golongan berkemampuan? Adakah kerana anda drive MERCEDES BENZ atau BMW maka dikira berkemampuan? Bagaimana dengan golongan pemandu teksi ki kelantan yang guna Mercedes Benz lama sebagai teksi? Bagaimana dengan LIMO? Adakah mereka ini dianggap berkemampuan sebagaimana orang kaya yang ada Mecedes Benz atau BMW ratusan ribu RM?
Produk Belanda tetap laris
KUALA LUMPUR - Permintaan terhadap jualan barangan dari Belanda di pasar raya-pasar raya tempatan sekitar ibu negara didapati tidak terjejas walaupun terdapat dedas-desus bahawa ia akan diboikot oleh pengguna Islam.
Tindakan boikot itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang mengarah dan menerbitkan filem berjudul Fitna yang menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya besar sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pengguna tetap membeli produk dari negara berkenaan seperti biasa.
Malah, pelbagai barangan dari negara tersebut masih menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi produk tenusu yang sudah menjadi satu keperluan terutamanya untuk keperluan bayi dan kanak-kanak.
Paling ketara, permintaan terhadap susu meningkat malah Kosmo! mendapati beberapa jenama produk tenusu di beberapa pasar raya besar kehabisan stok buat sementara waktu.
Menurut jurucakap pasar raya berkenaan, jualan barangan produk dari Belanda itu berjalan seperti biasa dan tiada tanda-tanda menunjukkan orang ramai memboikotnya.
Sementara itu, tinjauan di pasar raya Mydin pula mendapati, premis itu menghentikan pesanan stok barangan dari Belanda buat sementara waktu.
Menurut Eksekutif Pengiklanan dan Promosi Mydin, Nazlin Mohd. Noor, pasar raya terbabit hanya menjual barangan Belanda yang masih ada dalam simpanan mereka sahaja.
Mydin merupakan pasar raya besar pertama di negara ini yang memboikot produk dari Belanda dan usaha itu mula menampakkan hasil apabila jualan produk tenusu dari Belanda akhir-akhir ini tidak begitu memberangsangkan selepas meletakkan label merah yang memberitahu barangan tersebut produk Belanda.
"Buat masa ini Mydin tidak menambah stok barangan dari Belanda sebagai tanda sokongan kami terhadap usaha memboikot barangan dari negara tersebut.
"Kebiasaanya kami akan menambah stok pek susu tepung dari Belanda di rak, tetapi selepas diletakkan label merah, produk ini kurang laku bahkan kami juga tidak perlu menambah stok di rak seperti biasa," ujar Nazlin.
Selain meletakkan label merah di rak barang, Mydin juga meletakkan satu kenyataan yang menunjukkan pendirian mereka memboikot barangan Belanda di setiap kaunter juruwang di pasar raya terbabit.
Pasaran saham akan kembali pulih dalam masa singkat
KUALA LUMPUR 10 Mac - Pasaran saham tempatan yang merudum hari ini telah dijangka lebih awal berikutan kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihak pelabur memang menjangkakan kejatuhan pasaran saham pada hari ini.''Kesan kejatuhan akan dapat dirasa terhadap pasaran saham di mana-mana negara sekiranya sesebuah kerajaan mengalami perubahan.''Kemenangan majoriti mudah BN telah memberi kesan yang ketara kepada pasaran dengan pelabur berada dalam keliru dengan hala tuju ekonomi negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) merudum 10.03 peratus atau 130.11 mata kepada 1,162.32 mata pada sesi petang sehingga memaksa Bursa Malaysia menghentikan urusniaga selama sejam bagi menstabilkan pasaran dan meredakan keadaan panik di kalangan pelabur.Urusniaga kemudian disambung semula sebelum IKKL ditutup rendah pada 1,173.22 mata menyaksikan kejatuhan sebanyak 123.11 mata.
Menurut Nong Chik, kejatuhan pasaran saham ini adalah bersifat sementara dan proses pemulihan dijangka akan mengambil masa sedikit.''Setakat ini para pelabur masih menunggu perkembangan keadaan politik selanjutnya terutama yang melibatkan kepimpinan BN, sebelum mengambil langkah memasuki semula pasaran,'' tambahnya.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Mohamed Al Attas berkata, para peniaga tidak perlu bimbang dengan keadaan pasaran saham sekarang kerana ia bukan merupakan faktor utama dalam penentuan keadaan ekonomi negara.''Pasaran dijangka pulih semula dalam jangka masa terdekat apabila keadaan politik kembali stabil,'' katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa syarikat broker saham hari ini mendapati para remisier dan pelabur kelihatan murung dengan prestasi pasaran.Seorang remisier, Anuar Kadir, 52, berkata, kejatuhan teruk pasaran itu disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran yang berlaku di negara ini dan juga di Amerika Syarikat (AS).
Katanya, di Malaysia, senario perubahan geopolitik merupakan faktor utama mencetuskan kebimbangan di kalangan para pelabur."Para pelabur berada dalam keliru kerana tidak tahu hala tuju ekonomi negara berikutan kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum kali ini."Pada masa yang sama, mereka juga risau mengenai kemelesetan ekonomi di AS, ekoran ekonomi yang tidak menentu di itu," katanya.
Bagi seorang pelabur, Shafie Md. Dom, kejatuhan teruk pasaran hari ini berkaitan dengan keputusan pilihan raya apabila BN gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang.Menurutnya, kebiasaannya kejatuhan pasaran saham tempatan akibat kesan daripada ekonomi AS hanya melibatkan kejatuhan sekitar 20 mata.Ramai peniaga dan pelabur mengalami kerugian akibat perkembangan itu, katanya."Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang rugi. Ramai lagi pelabur yang rugi," jelasnya.
Pesara swasta, Gopalan Maniam pula berkata, beliau mengalami kerugian lebih RM8,000 sebelum urusniaga Bursa Malaysia dihentikan selama sejam.Menurutnya, kejatuhan pasaran itu merupakan perkara biasa bagi pelabur dan menganggapnya sebagai satu risiko pelaburan."Beginilah senario pasaran saham. Sekejap naik dan sekejap turun," katanya
Bagaimana membina bajet?
Disini saya berkongsi dengan anda bagaimana menentukan bajet anda:
1. Kumpulkan semua bil-bil bayaran anda. Ia termasuklah penyata bank, akaun pelaburan, bil utiliti dan semua bil-bil pembayaran mahupun pendapatan sampingan anda. Dengan cara ini anda dapat menentukan berapa purata pengeluaran kewangan anda setiap bulan.
2. Rekod semua sumber pendapatan anda. Jika anda bekerja sendiri dan mempunyai banyak pendapatan sampingan diluar, pastikan income anda itu dicatat dengan sebaiknya dan dengan teliti. Jika anda sedang bekerja, catatkan gaji yang anda terima setiap bulan.
3. Bina senarai perbelanjaan bulanan. Senaraikan perbelanjaan keluar wang anda yang sentiasa berulang-ulang. Contohnya bayaran kereta, insurans, utiliti, dan sebagainya. Ianya bolehlah dikatagorikan sebagai bayaran tetap setiap bulan yang perlu anda bayar.
4. Buat pecahan untuk bayaran tetap dan bayaran berubah. Tetapkan bayaran yang tetap setiap bulan, contohnya bayaran untuk kereta, rumah, pinjaman da sebagainya. Manakala bayaran berubah adalah seperti bayaran utiliti, termasuk wang dapur, bayaran persekolahan anak, topup dan minyak kereta.
5. Kira keseluruhan jumlah pendapatan dan jumlah pengeluaran.Adalah amat penting untuk anda mengira keseluruhan jumlah pendapatan dan pengeluaran dan sentiasa membuat perbandingan. Jika anda mendapati banyak perbelanjaan keluar, anda harus membuat pemantauan semula dan perbelanjaan besar ini perlu dikurangkan sedikit.
6. Pantau setiap bulan perbelanjaan anda. Perbelanjaan anda perlu dipantau setiap bulan. Jika anda perlu menyediakan buku log khas keluar masuk duit anda ia amat digalakkan.
Dalam penentuan bajet diri atau bajet keluarga anda, amat penting disiplin diri yang tinggi.
Kawallah nafsu anda untuk berbelanja besar dan lebih. Buat simpanan tetap setiap bulan, dan nikmatinya saat tiba masa.Selamat menyediakan bajet anda!
Rahsia Menjadi Usahawan Cemerlang
Memasarkan dan menjual- kunci utama kejayaan perniagaan adala pemasaran dan menjual! lebih 95% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama ia ditubuhkan. Statistik ini amat menakutkan bakal usahawan. Seorang usahawan harus cemerlang dalam berkomunikasi, cemerlang dalam berunding, cemerlang dalam menjual produk dan perkhidmatan.
Memahami aliran wang - usahawan cemerlang perlu memahami aliran wang dalam pengendalian perniagaan. Ia adalah nadi sesuatu perniagaan. Kebanyakkan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmata dan pemasaran sehingga terlupa isu penting iaitu penyata kewangan.
Tidak kenal erti putus asa- kita tahu 95% perniagaan gagal pada tahun pertama. Ini bermakna anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! sedih bunyinya bukan? Jangan cepat putus asa. Anda tahu manusia terkaya di dunia Bill Gates? ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji lebih 1,600 produk dan perkhidmatan yang belum lagi dipasarkan. Daripada jumlah ini, kebanyakkanya tidak akan dipasarkan dan boleh dikira sebagai projek gagal. Mengapa? Microsoft tahu, dengan lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang berjumpa kejayaan. Lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan spaya anda menjadi usahawan cemerlang!
Menyokong Proton, namun sampai bila?
Ibarat seekor pipit yang mahu berkawan dengan enggang, Proton ditolak mentah - mentah oleh Peugeot-Renault, dan menunggu jawapan dari Volkswagen, seekor helang yang tidak memandang pipit, malah tidak memandang burung lain yang lebih kecil darinya. Jika anda tahu cara kerja orang Eropah, jika mereka fikirkan keadaan teori menang - menang (win win), mereka akan terima tawaran itu secepat mungkin.
Namun, jika “hanya-satu-pihak-untung-satu-pihak-tak-dapat-apa-apa”, orang Eropah akan berdiam diri… Saya dah selalu kena. Sebagai contoh, kalau kita ada masalah talian internet, orang akan datang baiki segera, sebab mereka boleh claim elaun kerja luar pejabat, elaun makan dan elaun pengangkutan, dan kita pula dapat internet seperti biasa (situasi win - win).
Tapi kalau saya claim insuran, berminggu baru dapat. Sebab hanya kita yang untung, syarikat sana rugi. Mereka akan buat dunno je.. tak angkat phone, tak reply email dan sebagainya…
Begitu juga keadaan Proton dengan Volkswagen.Bukannya Volkswagen tak boleh buat keputusan dalam mesyuarat bulanan,sebenarnya jawapan telah ada sejak bertahun lepas, namun mereka simpan keputusan.. buat dunno je..
Cuba korang kasi satu keuntungan yang Volkswagen akan dapat jika berkerjasama dengan Proton. Ok la, i will pay u RM50 per reason.. tak der kan? Selamat duit aku. (mmg aku tau, mmg takder)
Persoalannya, kita tahu bahawa Proton tenat dan adakah kita sedar bahawa kita sedang merawatnya? Anda fikir, berapa yang anda sanggup bayar supaya Proton terus hidup? RM2 per person? No lah! Anda, pengguna Proton, sanggup membayar sehingga RM30000 untuk menyaksikan Proton terus hidup! Kenapa saya berkata demikian?
Lihat harga Proton Perdana, ianya RM92000 dan tahan 5 tahun.Lihat harga Mercedes Benz C200k, ianya RM180000 dan tahan 15 tahun.Kemudian, lihat harga Mercedez Benz tersebut di Eropah, ianya ialah 14400euros ataupun RM66528.Jika harga C200K dan Perdana adalah sama seperti harga asal (rm92k berbanding rm66k), adakah anda akan memilih Perdana?
Namun, sebagai seorang rakyat yang mahu menegakkan kembali Proton yang telah lumpuh (ada menteri mengaku bahawa Proton sudah tiada daya saing), kita sanggup membayar sehingga hampir RM30000, semata mata mahu memakai Proton dan bukannya Mercedes. Jika kita menutup mata dan berfikir sejenak, jika tiada Proton, semua pemandu Perdana sekarang sedang memandu Mercedes Benz C200K. Ada bantahan?
Kita sanggup membayar mahal supaya Proton terus bernafas, seterusnya kita sanggup membayar mahal untuk nyawa kita. Tidak keterlaluan kalau saya bgtau, bahawa lebih 70% kemalangan membabitkan kehilangan jiwa di Malaysia,selain motosikal, adalah membabitkan Proton (dan juga Perodua). Belek surat khabar, semuanya pasal Gen2, Waja, Iswara, Wira, kemudian kembali kepada Gen2, Perdana, Gen2, Waja… Balik balik, kereta Proton juga kan?
Kita sanggup membayar mahal, seterusnya menghilangkan tahap keselamatan.Kenapa kita wajibkan pemasangan tali pinggang keledar,dan bukannya mewajibkan penggunaan beg udara?
Di Eropah, kebanyakkan kereta dilengkapi dengan beg udara, ianya lebih berkesan ketika kemalangan berbanding tali pinggang keledar. Namun, dalam model Proton, boleh dikira dengan jari tangan kanan sahaja,bilangan variasi model Proton yang ada beg udara.
Proton sebenarnya mendera pengguna. Bila menyebut kita mampu memiliki Savvy pada harga RM34k, sebenarnya kita mampu memiliki Peugeot 206 pada harga yang sama! ataupun Swift, atau kenderaan lain, yang jauh lebih bermutu dari Savvy, dan jauh tahan lebih lama.
Anda fikir kita tabah dengan keadaan sekarang? Wan sebenarnya kasihan kepada kita yang memandu kereta tempatan (termasuk wan sendiri). Perhatikan di sekeliling kita, betapa banyaknya Perodua Kancil yang di adjust menjadi Daihatsu Mira, betapa banyaknya Perodua Kenari yang disobek menjadi Daihatsu Move dan betapa banyaknya Waja, Wira dan Perdana yang dimekapkan menjadi Mitshubishi!
MAlah,saya pernah tengok Proton Gen2 diubah menjadi Mercedez Benz C200 Aeroback. 90% manjadi. Mungkin pemandu itu tidak sedar bahawa dia mampu memiliki C200 Aeroback yang sebenarnya jika Proton tidak wujud!
Sebenarnya, semua pemilik yang mengubah model di atas, adalah mereka yang mampu memiliki Mira, Move, dan mana mana model Mitshubishi..percayalah, kalau kita ada RM30000 di Jepun, kita akan beli Honda Jazz di sana, dan bukannya menyimpan duit dan membeli Savvy di Malaysia.Dan jika kita ada RM90000 di Eropah, kita akan membeli BMW, Volkswagen, MErcedes ataupun Volvo pada harga tersebut, selain tidak memasukkan Proton dalam list pilihan.
Memetik iklan Petronas: “Jalan mesti ke hadapan, bukan ke belakang”. Namun, Proton sedang mengundur ke belakang dan bukannya maju ke depan!
Bandingkan sahaja model Waja keluaran tahun 2000 dengan Gen2 keluaran 2005. Apa komen pengguna Gen2 yang pernah memandu Waja? Sekadar menyebut dua komen. Pertama, bila hendak bukak bonet Gen2, kita perlu buka melalui pintu pemandu dan tidak boleh menggunakan kunci, kereta tidak ada port untuk kunci di bonet Gen2. Kedua, tidak ada lampu berhampiran tempat sumbat suis di Gen2, tapi ada lampu di Waja. Bukannya ianya adalah sesuatu yang berundur ke belakang, kerana lampu di tempat cucuk suis itu adalah benda yang berguna di waktu malam bila nak pergi beli KFC jam 3 pagi?
Kita fikir, Perdana adalah kereta rasmi kepada semua Menteri. Semua menteri, orang kuat kerajaan, pegawai tinggi dan sebagainya, akan memakai Perdana yang dibeli borong oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Namun persoalannya, adakah menteri juga sanggup menaiki Perdana? Tidak keterlaluan jika dikatakan ada menteri yang tidak pernah menaiki Proton, malah tidak pernah menyentuh dengan tangan mana2 model atau variasi Proton!
Ianya sekadar kenderaan rasmi jika ada lawatan rasmi atau urusan rasmi. Di luar waktu pejabat, menteri akan menggunakan kereta-bukan-buatan-tempatan untuk pergi bershopping di Isetan, mahupun 7-Eleven! PErnah tengok menteri turun dari Waja, beli prepaid ataupun Utusan Malaysia kat 7-Eleven?
Itu sajer.. Kalau kita sedar, semua menteri memakai kereta lain, selain Proton Perdana yang terpaksa dipakai tersebut. Semua menteri biasanya akan ada sebijik Mercedes Benz, paling cikai pun, ialah E230 warna biru tua, paling banyak ialah S320 warna silver dan paling mewah ialah S55 warna silver… pusing2, model sama, warna sama. Percayalah!
Sebabnya, jika kita berfikir seperti menteri, kita tidak akan nampak kelebihan Proton. Kenapa perlu dibangga dengan Proton? Kenapa perlu dibangga dengan benda yang mendera rakyat membayar lebih mahal?
Malah, jika diambil kira negara yang tidak mengeluarkan kereta, iaitu the Emirates UAE, semua rakyat yang tinggal di downtown Abu Dhabi, kawasan skyscapers di Dubai ataupun lembah Ajman memakai kereta import yang berharga murah di sana.Pernah baca artikel mengenai pelajar MAlaysia memakai BMW 5series baru di sana? Anda tahu berapa harga kereta BMW 5series tersebut di sana? Ianya adalah lebih murah dari harga Perdana di Malaysia! Dan ramai pelajar memakai perdana di Malaysia kan? Sepatutnya pelajar yang memakai PErdana memandu BMW 5series.
Berapa harga CRV di JepuN? Ianya adalah RM71,537.40… Murah sedikit berbanding Naza Citra kan? kalau hantar balik + kontena + cukai levi seme dlm rm20k-25k, harga CRV akan menjadi RM95000, mahal sikit berbanding Perdana, namun sangat murah berbanding kualiti!
DI Indonesia, mereka mempunyai projek kereta yang diberi nama Timor. Pembuatan kereta nasional ini bermula pada tahun 1994 dan dimiliki oleh Tommy Soeharto, anak kepada presiden Soeharto. Projek ini menyebabkan harga kereta import ke Indonesia menjadi meningkat dengan mendadak. Situasi yang sama berlaku di Malaysia tanpa kesedaran kita. Kereta Timor ini mengambil model kereta KOrea Selatan, Kia Sephia.
Namun, krisis ekonomi Asia pada 1997 menyebabkan KIA terpaksa bergabung dengan Hyundai pada 1998 dan keruntuhan rejim Soeharto, maka projek Timor diberhentikan dan harga kereta import di Indonesia menjadi rendah sehingga 50%, mengambil contoh Toyota Avanza dijual pada harga RM40k.
Ramai mengaku bahawa Proton sudah tidak berdaya saing. Jika di Germany, kita lihat peperangan sihat antara BMW dan Mercedes, seperti mana kita lihat persaingan tiga penjuru antara Nissan, Toyota dan Honda di Jepun. Kesannya, rakyat mempunyai variasi baru untuk pilihan kenderaan model Honda dan Toyota.
Lihat saja senarai model Toyota.. sekadar menyenarai beberapa model Toyota, kita ada Toyota Celica, Coaster, Corsa, Brevis, Altezza, Corolla (yup), Echo, Opa, Origin, Sienna, Vista.. dan paling laku ialah Hilux, Wish, Camry dan juga Yaris. Rasanya tak perlu Wan listkan model Honda, anda boleh lihat sendiri di sepanjang jalan Malaysia… Oddssey dan Stream contohnya…
Percayalah, semua pemandu Perdana sekarang sepatutnya memandu S320, semua pemandu waja patut memandu E230 dan pemandu Gen2 patut memandu C180, at least!
Namun sampai bila kita akan terus membantu Proton dengan membayar lebih RM30000 tiap kali membeli Perdana sedangkan kita mampu memakai Mercedes dan berjimat RM30000?
Jawapannya satu: kita perlu tunggu kepulangan mantan PM kepada pencipta terlebih dahulu.
Sorry, i’m sick!
10 bilionair bawah 35 tahun
Gambar :: Sergey Brin mempunyai kekayaan berjumlah RM59.5 bilion.SEPULUH golongan muda sepatutnya berasa bertuah kerana mereka kini merupakan bilionair yang berumur di bawah 35 tahun. Menurut Forbes-New York Online yang disiarkan semalam, sebahagian mereka memperoleh kekayaan menerusi keringat manakala yang lain mewarisi kekayaan keluarga.
Menduduki tempat pertama dalam senarai itu adalah pengasas bersama enjin carian Google di internet, Sergey Brin yang berumur 34 tahun.Brin yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) memiliki kekayaan yang berjumlah AS$18.7 bilion (RM59.5 bilion) dan merupakan anak seorang profesor universiti.
Tempat kedua adalah rakan Brin yang juga membantunya mengasas Google iaitu Larry Page yang berumur 35 tahun tetapi memiliki kekayaan berjumlah AS$18.6 bilion (RM59.2 bilion).Page dan Brin bertemu di Universiti Stanford ketika mereka belajar untuk memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang sains komputer. Bagaimanapun, mereka keluar dari universiti itu untuk mencipta dan melancarkan enjin carian Google ketika berumur 25 tahun.Brin dan Page disenaraikan buat kali pertama sebagai bilionair ketika masing-masing berumur 30 dan 31 tahun.Pada tahun lalu, Page meminjam Pulau Necker milik bilionair Britain, Sir Richard Branson untuk melangsungkan perkahwinannya.
Sebanyak 600 tetamu menghadirinya termasuk penyanyi terkenal dari kumpulan U2, Bono dan bekas Presiden AS, Bill Clinton serta isterinya, Hillary.Menduduki tempat ketiga adalah seorang wanita dari China yang hanya berumur 26 tahun iaitu Yang Huiyan.Dia memiliki kekayaan berjumlah AS$7.4 bilion (RM23.5 bilion) menerusi warisan perniagaan keluarga daripada bapanya, Yeung Kwok Keung.Bapanya itu yang merupakan ketua syarikat hartanah Country Garden menyerahkan semua sahamnya kepada Kwok Keung pada 2005 iaitu tahun sama dia memperoleh ijazah dari Universiti Ohio State, AS.
Berada di tempat keempat adalah Kostyantin Zhevago dari Ukraine yang memiliki kekayaan berjumlah AS$3.4 bilion (RM10.8 bilion) dan kini berumur 34 tahun.Dia pernah menjadi pengarah kewangan di sebuah bank ketika berumur 19 tahun dan kemudian memperoleh saham majoriti dalam syarikatnya sendiri.Zhevago juga merupakan ahli parlimen di negaranya.
Menduduki tempat kelima adalah Xiaofeng Peng yang berumur 33 tahun yang memiliki jumlah kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM7.95 bilion).Dia menyertai perniagaan solar sejak tahun 2005 dengan mempunyai syarikat LDK Solar.
Berada di tangga keenam adalah Putera Albert von Thurn und Taxis dari Jerman yang hanya berumur 24 tahun tetapi mewarisi kekayaan berjumlah AS$2.3 bilion (RM7.32 bilion).Dia mewarisi kekayaan keluarganya sejak berumur 18 tahun dan tinggal di sebuah istana, memiliki tanah seluas 30,000 hektar dan menghabiskan masa lapangnya dengan memandu kereta lumba.
Menduduki tempat ketujuh adalah Xian Yang dari China yang berumur 34 tahun tetapi memiliki kekayaan berjumlah AS$1.6 bilion (RM5 bilion).Graduan dari Sekolah Polis Rakyat Sichuan dan bekas pegawai kastam itu memperoleh kekayaan menerusi perniagaan batu arang.Dia menyenaraikan syarikatnya Hidili Industry pada September 2007 di Hong Kong.
Berada di tempat kelapan adalah John Arnold dari AS yang berumur 34 tahun tetapi memiliki kekayaan berjumlah AS$1.5 bilion (AS$4.7 bilion).Arnold merupakan graduan pintar yang tamat belajar di Universiti Vanderbilt. Dia kemudian menjadi pedagang minyak untuk syarikat Enron. Selepas perniagaan syarikat itu runtuh, dia memulakan perniagaan dana lindung nilai, Centaurus Energy.Arnold merupakan senarai baru dalam bilionair muda Forbes.
Menduduki tempat kesembilan adalah Shivinder Singh dari India yang berumur 32 tahun dan abangnya Malvinder Singh yang berusia 35 tahun. Kedua-duanya berkongsi kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM7.95 bilion) menerusi warisan perniagaan keluarganya.Shivinder dan adiknya, Malvinder mewarisi kawalan syarikat ubat Ranbaxy Laboratories. Ketika ini, Malvinder mengetuai Ranbaxy manakala Shivinder mengendalikan rangkaian hospital Fortis Healthcare.
Tempat terakhir adalah seorang wanita dari Lebanon, Hind Hariri yang berumur 24 tahun dan merupakan anak perempuan bekas Perdana Menteri Rafik Hariri. Hind merupakan lulusan Universiti America Lebanon di Beirut dengan memperoleh kekayaan berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.5 bilion) menerusi perniagaan keluarganya.
Dia kerap menyaksikan pertunjukan fesyen di Paris selain meminati ciptaan syarikat pakaian Chanel. – Agensi
Era emas bilionair muda Rusia
Negara itu sekarang menduduki tempat kedua di belakang Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 415 bilionair manakala Jerman berada di tangga ketiga dengan 60 bilionair.
Taikun logam, menduduki tempat pertama dalam senarai bilionair Rusia dan bersaing hebat dengan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Oleg DeripaskaRoman Abramovich yang berada di tangga kedua pada tahun lalu.
Gambar : DERIPASKA (kanan) berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev di Krasnoyarsk baru-baru ini.Deripaska yang hanya berumur 40 tahun dianggarkan memiliki aset berjumlah AS$40 bilion (RM128 bilion) manakala aset Abramovich, 41, hanya sebanyak AS$23 bilion (RM73.69 bilion).
Anggaran itu dilakukan oleh majalah Finans di Rusia yang menegaskan bahawa Deripaska merupakan ahli perniagaan paling aktif di negara berkenaan.Syarikat miliknya, Basic Element berkembang dengan meluas di luar negara menerusi pegangan saham dalam General Motors dan Magna International iaitu kumpulan alat ganti kereta Kanada.
Ia juga memiliki saham dalam Syarikat Hochtief dan Strabag yang merupakan kumpulan pembinaan Jerman serta Austria.
Sebagai perbandingan, akhbar Moskovsky Komsomolets membuat gurauan dengan menyatakan bahawa kekayaan Abramovich hanya bertambah sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) pada tahun lalu kerana dia menumpukan perhatian terhadap bisnes bola sepak."Chelsea dan lain-lain hobi seperti tidak membawa pulangan baik untuk perniagaan," komen akhbar itu yang merujuk pencapaian Abramovich.
Pencapaian Deripaska merupakan usaha berterusannya. Dia Deripaska dilahirkan pada tahun 1968 dan menjadi bilionair termuda Rusia ketika berumur 35 tahun.Ketika Kesatuan Soviet runtuh pada 1991, dia berumur 23 tahun dan merupakan pelajar di Universiti Soviet Union.
Gambar : ABRAMOVICH (kanan) berbual dengan kekasihnya, Daria Zhukova ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak di Stadium Bloomfield, Tel Aviv, Israel pada bulan lalu.
Deripaska kemudian memperoleh pekerjaan dalam industri pasaran logam dan pada tahun 1994, dia menjadi Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Aluminprodukt.Menerusi syarikat itu, dia mula membeli saham sebuah loji peleburan di Siberia.
Deripaska menjadi pengurus loji itu bagi mengelakkan ia diambil alih oleh bekas pemilik yang pernah mengancam untuk melancarkan bom grenad.Dia kemudian melancarkan satu siri pengambilalihan saham Transworld Group yang beribu pejabat di London sebelum menjalin usaha sama dengan Abramovich pada 2000 dengan menubuhkan Russian Aluminium (RUSAI).Ketika ini, RUSAI mempunyai jualan tahunan sebanyak AS$4 bilion (RM12.8 bilion) dan ia merupakan pengeluar kedua terbesar aluminium di dunia.
Perniagaannya yang lain adalah stesen tenaga, pemilik syarikat kereta dan kenderaan terbesar Rusia dan syarikat insurans.Gaya hidup Deripaska juga menarik kerana dia pernah menggunakan jet peribadi untuk pergi ke London pada setiap minggu untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris.
Menurut tinjauan majalah Finans, Deripaska menyumbangkan ratusan juta dolar bagi membina sebuah kompleks sukan berhampiran bandar Sochi di mana Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan pada 2014.Rakan seperniagaannya, Abramovich menyumbangkan dana untuk pembinaan sebuah pusat latihan baru bagi pasukan bola sepak Rusia.
Ketika terdapat kebimbangan bahawa persaraan Putin sebagai Presiden akan mengurangkan aset bilioanir berkenaan, tinjauan Finans mendapati bahawa ia tidak akan berlaku.Para penganalisis berpendapat, kejayaan dalam perniagaan adalah mempelbagaikan aktiviti bisnes dalam industri yang mengalami pertumbuhan baru seperti pengeluaran kereta dan peruncitan. - Agensi
UAE Teratas Dalam Senarai Pelabur Arab Di Luar Negara, Kata PBB




