Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Toyota Avanza Anak Daihatsu

Pada topik kali ini aku nak bawak korang tentang satu isu yg agak panas gak.Tak tau le korang dah tau ke blum. Yang pasti isu kali ini adalah berkenaan TOYOTA AVANZA yg korang ataupun ayah,abg,akak,adik korang pakai kat malaysia skrg. TOYOTA AVANZA sebenarnya bukanlah keluaran TOYOTA tapi adalh keluaran DAIHATSU. Kenapa? Cuba korang lihat gambar dan link yg aku bagi kat bawah ni. So check it out!



kalo korang nak kepastian lagi klik sini
citer dia lebih kurang mcmni...jeng3...kalo diorang bwk masuk avanza berbekalkan nama daihatsu maybe org malaysia kurang sambutan coz ianya daihatsu dan permintaan kereta daihatsu di negara kita mmg agak kurang, so diorang subkan lah cntract pada toyota coz if malaysian dgr je nama toyota ramai yg bukak mata...nak bukti lagi korang pergi indonesia, avanza masih kekal membawa nama daihatsu coz kat sana diorang tak kisah or mempercayai daihatsu.

Panduan Masa Nak Beli Kereta 2nd Hand

1. Luaran : cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free. Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang. Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujian ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.

3. Injin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, veli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hotam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih.
Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin). Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama. Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar. Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian.
Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan (rujuk tip saya mengenai kereta kena banjir). Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

4. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left. Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment. Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise . Kalau ada problem!!! komponen ini akan bernyi tok tok tok .... Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti. Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.

5. Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.

Proton Perdana Replacement Model?

Proton Perdana Replacement Model?
X tau bila mnak launch,maybe hujung tahun ni kot.Gambar yg kat bawah tu model Kat Australia Model keta ni Mitsubishi Galant 380,tp ada persamaan mcm keta Volkswagen Passat,gambar bawah skali.
agak2 korang bila dah launch,berapa rega dia kat market nanti...?










Menyokong Proton, namun sampai bila?

Tidak ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali Proton. Dan tidak ada rakyat Malaysia yang tidak sedar akan ketenatan yang Proton sedang alami. Atau mungkin kita sedar tapi kita tidak ambil kisah kerana kita fikir ianya tidak berkaitan dengan kita.

Ibarat seekor pipit yang mahu berkawan dengan enggang, Proton ditolak mentah - mentah oleh Peugeot-Renault, dan menunggu jawapan dari Volkswagen, seekor helang yang tidak memandang pipit, malah tidak memandang burung lain yang lebih kecil darinya. Jika anda tahu cara kerja orang Eropah, jika mereka fikirkan keadaan teori menang - menang (win win), mereka akan terima tawaran itu secepat mungkin.

Namun, jika “hanya-satu-pihak-untung-satu-pihak-tak-dapat-apa-apa”, orang Eropah akan berdiam diri… Saya dah selalu kena. Sebagai contoh, kalau kita ada masalah talian internet, orang akan datang baiki segera, sebab mereka boleh claim elaun kerja luar pejabat, elaun makan dan elaun pengangkutan, dan kita pula dapat internet seperti biasa (situasi win - win).

Tapi kalau saya claim insuran, berminggu baru dapat. Sebab hanya kita yang untung, syarikat sana rugi. Mereka akan buat dunno je.. tak angkat phone, tak reply email dan sebagainya…
Begitu juga keadaan Proton dengan Volkswagen.Bukannya Volkswagen tak boleh buat keputusan dalam mesyuarat bulanan,sebenarnya jawapan telah ada sejak bertahun lepas, namun mereka simpan keputusan.. buat dunno je..

Cuba korang kasi satu keuntungan yang Volkswagen akan dapat jika berkerjasama dengan Proton. Ok la, i will pay u RM50 per reason.. tak der kan? Selamat duit aku. (mmg aku tau, mmg takder)

Persoalannya, kita tahu bahawa Proton tenat dan adakah kita sedar bahawa kita sedang merawatnya? Anda fikir, berapa yang anda sanggup bayar supaya Proton terus hidup? RM2 per person? No lah! Anda, pengguna Proton, sanggup membayar sehingga RM30000 untuk menyaksikan Proton terus hidup! Kenapa saya berkata demikian?

Lihat harga Proton Perdana, ianya RM92000 dan tahan 5 tahun.Lihat harga Mercedes Benz C200k, ianya RM180000 dan tahan 15 tahun.Kemudian, lihat harga Mercedez Benz tersebut di Eropah, ianya ialah 14400euros ataupun RM66528.Jika harga C200K dan Perdana adalah sama seperti harga asal (rm92k berbanding rm66k), adakah anda akan memilih Perdana?

Namun, sebagai seorang rakyat yang mahu menegakkan kembali Proton yang telah lumpuh (ada menteri mengaku bahawa Proton sudah tiada daya saing), kita sanggup membayar sehingga hampir RM30000, semata mata mahu memakai Proton dan bukannya Mercedes. Jika kita menutup mata dan berfikir sejenak, jika tiada Proton, semua pemandu Perdana sekarang sedang memandu Mercedes Benz C200K. Ada bantahan?

Kita sanggup membayar mahal supaya Proton terus bernafas, seterusnya kita sanggup membayar mahal untuk nyawa kita. Tidak keterlaluan kalau saya bgtau, bahawa lebih 70% kemalangan membabitkan kehilangan jiwa di Malaysia,selain motosikal, adalah membabitkan Proton (dan juga Perodua). Belek surat khabar, semuanya pasal Gen2, Waja, Iswara, Wira, kemudian kembali kepada Gen2, Perdana, Gen2, Waja… Balik balik, kereta Proton juga kan?

Kita sanggup membayar mahal, seterusnya menghilangkan tahap keselamatan.Kenapa kita wajibkan pemasangan tali pinggang keledar,dan bukannya mewajibkan penggunaan beg udara?

Di Eropah, kebanyakkan kereta dilengkapi dengan beg udara, ianya lebih berkesan ketika kemalangan berbanding tali pinggang keledar. Namun, dalam model Proton, boleh dikira dengan jari tangan kanan sahaja,bilangan variasi model Proton yang ada beg udara.

Proton sebenarnya mendera pengguna. Bila menyebut kita mampu memiliki Savvy pada harga RM34k, sebenarnya kita mampu memiliki Peugeot 206 pada harga yang sama! ataupun Swift, atau kenderaan lain, yang jauh lebih bermutu dari Savvy, dan jauh tahan lebih lama.

Anda fikir kita tabah dengan keadaan sekarang? Wan sebenarnya kasihan kepada kita yang memandu kereta tempatan (termasuk wan sendiri). Perhatikan di sekeliling kita, betapa banyaknya Perodua Kancil yang di adjust menjadi Daihatsu Mira, betapa banyaknya Perodua Kenari yang disobek menjadi Daihatsu Move dan betapa banyaknya Waja, Wira dan Perdana yang dimekapkan menjadi Mitshubishi!

MAlah,saya pernah tengok Proton Gen2 diubah menjadi Mercedez Benz C200 Aeroback. 90% manjadi. Mungkin pemandu itu tidak sedar bahawa dia mampu memiliki C200 Aeroback yang sebenarnya jika Proton tidak wujud!

Sebenarnya, semua pemilik yang mengubah model di atas, adalah mereka yang mampu memiliki Mira, Move, dan mana mana model Mitshubishi..percayalah, kalau kita ada RM30000 di Jepun, kita akan beli Honda Jazz di sana, dan bukannya menyimpan duit dan membeli Savvy di Malaysia.Dan jika kita ada RM90000 di Eropah, kita akan membeli BMW, Volkswagen, MErcedes ataupun Volvo pada harga tersebut, selain tidak memasukkan Proton dalam list pilihan.

Memetik iklan Petronas: “Jalan mesti ke hadapan, bukan ke belakang”. Namun, Proton sedang mengundur ke belakang dan bukannya maju ke depan!

Bandingkan sahaja model Waja keluaran tahun 2000 dengan Gen2 keluaran 2005. Apa komen pengguna Gen2 yang pernah memandu Waja? Sekadar menyebut dua komen. Pertama, bila hendak bukak bonet Gen2, kita perlu buka melalui pintu pemandu dan tidak boleh menggunakan kunci, kereta tidak ada port untuk kunci di bonet Gen2. Kedua, tidak ada lampu berhampiran tempat sumbat suis di Gen2, tapi ada lampu di Waja. Bukannya ianya adalah sesuatu yang berundur ke belakang, kerana lampu di tempat cucuk suis itu adalah benda yang berguna di waktu malam bila nak pergi beli KFC jam 3 pagi?

Kita fikir, Perdana adalah kereta rasmi kepada semua Menteri. Semua menteri, orang kuat kerajaan, pegawai tinggi dan sebagainya, akan memakai Perdana yang dibeli borong oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Namun persoalannya, adakah menteri juga sanggup menaiki Perdana? Tidak keterlaluan jika dikatakan ada menteri yang tidak pernah menaiki Proton, malah tidak pernah menyentuh dengan tangan mana2 model atau variasi Proton!

Ianya sekadar kenderaan rasmi jika ada lawatan rasmi atau urusan rasmi. Di luar waktu pejabat, menteri akan menggunakan kereta-bukan-buatan-tempatan untuk pergi bershopping di Isetan, mahupun 7-Eleven! PErnah tengok menteri turun dari Waja, beli prepaid ataupun Utusan Malaysia kat 7-Eleven?

Itu sajer.. Kalau kita sedar, semua menteri memakai kereta lain, selain Proton Perdana yang terpaksa dipakai tersebut. Semua menteri biasanya akan ada sebijik Mercedes Benz, paling cikai pun, ialah E230 warna biru tua, paling banyak ialah S320 warna silver dan paling mewah ialah S55 warna silver… pusing2, model sama, warna sama. Percayalah!

Sebabnya, jika kita berfikir seperti menteri, kita tidak akan nampak kelebihan Proton. Kenapa perlu dibangga dengan Proton? Kenapa perlu dibangga dengan benda yang mendera rakyat membayar lebih mahal?

Malah, jika diambil kira negara yang tidak mengeluarkan kereta, iaitu the Emirates UAE, semua rakyat yang tinggal di downtown Abu Dhabi, kawasan skyscapers di Dubai ataupun lembah Ajman memakai kereta import yang berharga murah di sana.Pernah baca artikel mengenai pelajar MAlaysia memakai BMW 5series baru di sana? Anda tahu berapa harga kereta BMW 5series tersebut di sana? Ianya adalah lebih murah dari harga Perdana di Malaysia! Dan ramai pelajar memakai perdana di Malaysia kan? Sepatutnya pelajar yang memakai PErdana memandu BMW 5series.

Berapa harga CRV di JepuN? Ianya adalah RM71,537.40… Murah sedikit berbanding Naza Citra kan? kalau hantar balik + kontena + cukai levi seme dlm rm20k-25k, harga CRV akan menjadi RM95000, mahal sikit berbanding Perdana, namun sangat murah berbanding kualiti!

DI Indonesia, mereka mempunyai projek kereta yang diberi nama Timor. Pembuatan kereta nasional ini bermula pada tahun 1994 dan dimiliki oleh Tommy Soeharto, anak kepada presiden Soeharto. Projek ini menyebabkan harga kereta import ke Indonesia menjadi meningkat dengan mendadak. Situasi yang sama berlaku di Malaysia tanpa kesedaran kita. Kereta Timor ini mengambil model kereta KOrea Selatan, Kia Sephia.

Namun, krisis ekonomi Asia pada 1997 menyebabkan KIA terpaksa bergabung dengan Hyundai pada 1998 dan keruntuhan rejim Soeharto, maka projek Timor diberhentikan dan harga kereta import di Indonesia menjadi rendah sehingga 50%, mengambil contoh Toyota Avanza dijual pada harga RM40k.

Ramai mengaku bahawa Proton sudah tidak berdaya saing. Jika di Germany, kita lihat peperangan sihat antara BMW dan Mercedes, seperti mana kita lihat persaingan tiga penjuru antara Nissan, Toyota dan Honda di Jepun. Kesannya, rakyat mempunyai variasi baru untuk pilihan kenderaan model Honda dan Toyota.

Lihat saja senarai model Toyota.. sekadar menyenarai beberapa model Toyota, kita ada Toyota Celica, Coaster, Corsa, Brevis, Altezza, Corolla (yup), Echo, Opa, Origin, Sienna, Vista.. dan paling laku ialah Hilux, Wish, Camry dan juga Yaris. Rasanya tak perlu Wan listkan model Honda, anda boleh lihat sendiri di sepanjang jalan Malaysia… Oddssey dan Stream contohnya…

Percayalah, semua pemandu Perdana sekarang sepatutnya memandu S320, semua pemandu waja patut memandu E230 dan pemandu Gen2 patut memandu C180, at least!

Namun sampai bila kita akan terus membantu Proton dengan membayar lebih RM30000 tiap kali membeli Perdana sedangkan kita mampu memakai Mercedes dan berjimat RM30000?

Jawapannya satu: kita perlu tunggu kepulangan mantan PM kepada pencipta terlebih dahulu.

Sorry, i’m sick!

Pemilik Ferrari jadi limusin hadapi dakwaan


LONDON - Seorang pemilik kereta Ferrari, Dan Cawley diancam dengan tindakan undang-undang oleh syarikat pengeluar kenderaan itu kerana melanggar tanda niaga, lapor sebuah akhbar semalam.Syarikat itu bertindak sedemikian setelah Cawley mengubahsuai kereta Ferrari menjadi sebuah limusin.


Cawley diarahkan untuk menanggalkan semua lambang Ferrari di kereta itu dan diminta tidak lagi melakukan pengubahsuaian.Limusin sepanjang enam meter itu merupakan Ferrari model 360 Moena yang boleh mencapai kelajuan sehingga 274 kilometer sejam (km/j).


Para peguam mendakwa, kenderaan itu bukan lagi Ferrari setelah ia dipanjangkan sebanyak 2.9 meter dengan bahagian yang dilitupi fiber karbon.Cawley mempertahankan tindakannya kerana mendapat persetujuan wakil Ferrari di Britain sebelum memulakan kerja pengubahsuaian berjumlah £200, 000 (RM1.26 juta). - Agensi

Proton MPV Terbaru...7 tempat duduk...wow!!!

Wanted to buy innova,lavina,serena,mazda 8, wish, alphard?see first new model proton mpv spyshot...marvelous..

Proton use toyota Wish sight to hide the real body design..

next year production....





Saga BLM Special Edition ke nih??














KOMEN-KOMEN MENGENAI PROTON KERETA 'KEBANGGAAN' RAKYAT MALAYSIA

Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton).
Saya pasti yang kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.

Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya mengeluarkan
KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH.

Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya adalah Mitsubishi dan Daihatsu (Perodua).Sungguhpun begitu saya percaya dalam setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup dan perkataan2 mereka tidak sampai ke perbincangan umum.

Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa yang
berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga iamendatangkan manfaat bersama.

KUALITI
Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi yang di eksport, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. memang memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more, harga pulak murah.

Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat2 saleh nie tak pandang sangat kete2 cam Proton nie. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut atau jadikan kereta sampingan. Kalau
nak melawa tak de la nak pakai proton.

Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti terukuntuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk menilai.

BUATAN TEMPATAN
Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun nakajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi tempat pasang body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya kereta yang di pasang di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari kereta yang diimport seketul dari jepun (ketepikan tax GILA tu). Magic ke nie ?.

Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar dan bukannya Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil), DaihTerios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok ?.

KEPUASAN
Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan, PASTI nak
tukar/ tambah beberapa perkara.

1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)
2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)
3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power window Depan aje) dan sebagainya.
Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak perlu dah tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap. Melainkan kalau betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.

HARGA
Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah
Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli
Proton. Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ?
Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN.

Memang la Proton untung juta2 sebab
orang terpaxa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA PILIHAN,jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton.

Mengapa harga proton murah ?. Sebenarnya harga Proton MAHAL !.Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak 300-400%..GILA TALAK!!

Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++.

SedangkanProton Iswara Aeroback (TEMPATAN) berharga RM 37,000.00 ++.

Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum bandingkualiti/harga Wira dll. Jadi, murahkah Proton ??.

Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00 dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa
membayar LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang rendah
kualitinya.

Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN.Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOIdenganharga.

Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.

SPARE PARTS
Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah Spare Parts dia MURAH.Pengguna kereta lain kalau nak dapatkan spare parts kadang2 kena order dan harga pun tinggi. Harga Spare Parts kereta lain ini pun tinggi disebabkanTAX terhadap kereta import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak ambik banyak stok. Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit2(runcit),harga pun tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta jenama
lain.

KEMALANGAN
Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa ditangan tuhan.Tapi kalau secara
saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling senang rosak ?

Untukpengetahuan, bumper2 proton dipasang secara KLIP aje. Kalau kemalangankecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar). Bumper bukannya dapat BUMP tapi
jatuh dulu. Bagi siapa yang guna Wira, lampu signal depan paling senangnakcuri. Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM 300 (sepasang).

EON
Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie bukanProtontapi kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh elak ceria pasal EON.

Kereta yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3), dia
tambah bukan2 jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll)hahahahaha free RM 6500 kat dia.

Sport rim = RM 1000 ??, Spoiler RM350??,yg lagi kelakar... Stripe (Sticker belang2 tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha !

Selalu kalau tanya Salesman dia, kereta Proton ada banyak type mengikut Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type nie dee.. Seketul dtgf ull Acces, puas ati. Sekali tu saya tanya, Type 'A' ade jual lagi ?

Dia kata dah tak jual dah. (Type A ialah paling takde dia punyaAcces).Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak keluarkan dah jenis tu.

KOROK dia!!

Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power Window,CentralLock dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg bubuh. Jadi camana boleh kata Proton dah tak keluar jenis tu ?

EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat, kadang2 kereta sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak cepat bayar lebih3-4 ribu, kalau tak mau tak apa". Amboi sombongnya dia. Kalau kita bayar 4ribu, esok jugak keluar kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak untung segera.

Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer. Seminggu bole keluar kete. Ade salesman yg jual cuma 2 bijik sebulan. Nak makan apa ?. Masa tu baru la layan customer dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau dulu
takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie ekonomi naik balik, siap le jadi balik cam dulu.

KENAPA BELI ??
Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul org proton nie
yea.. Mentang2 org KENA beli kereta dia. Kita beli sebab TERPAXA(ulangan). Takkan nak beli lori nak bawak anak bini. Nak beli keretaTOYOTA, berapa lak harganya (setelah tax). Kancil ?? Perodua pun 2 X 5 jugak. Tak memadai si bantut tu harga RM 26,000.00 ??. Kalau ikut spec yang diberi pun +- macam Proton punya kualiti gak. Masalahnya kancil nie jadi kereta kedua bole la (Perodua). Atau family kita masih tak ramai. Atau jalan dekat2.

Masalahnya.
Kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak mampu pakai DUA kereta.

Atau

beli kereta lain bila family besar sikit. Jadi kalau beli kereta tu jadi
pelbagai guna la. Dari pegi pasar sampai balik kampung. Kalau pakai kancil emm tahle.
Seorang pemimpin pernah berkata : "Kita bagi kergheta jenih nie, kalautak mampu beli, beli kegheta kancil atau beli mutu (motor), jgn salahkan
keghajaan". Kepala hotak dia.

Dia tak penah rasa camana susahnya nak bawak anak ramai. Org susah naik motor SARKIS 4 orang satu motor pun ade.Dia sorang aje nak pakai kereta besar ??.

Satu lagi, bukan nak sombong laa..
kita graduate dan level +- Executive.
Tapi takkan la dia samakan level kita dengan Moto aje atau Kancil.
Tapi nak buat macamana, graduate atau tidak, keadaan memaksa kita beli kancil, terpaksa la. Kalau diberi pilihan,pemilik kancil mesti nak kereta Sedan.

Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang dan
bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi negara maju. Masalahnya harga kereta adalah harga barangan Mewah. Student2 Malaysia di US dapat beli kereta pakai duit loan. Student di Malaysia ??? Nak beli moto pun harap Bapak tolong.

Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai kereta(bukan kereta mewah, tapi kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di Malaysia kerja McD, naik bas&motor ajela.

SYUKUR
Syukur kita masih boleh pakai kereta. Aik, macam penah dengar perkataanyghampir sama. Kat mana yea ?. "Syukur Malaysia nie aman takda HURU HARA,dapat Sekolah, Berniaga, Bekerja.. bla bla". MEMANG kita wajib bersyukur.

Tapi tak bermakna tak boleh bangun menyatakan pendirian terutama apabila
tertindas. Tertindas kerana kita MASIH boleh pakai kereta tapi harganya melampau. Kalau diikutkan boleh disalurkan ketujuan lain duit2 lebih tu.

Cuba bayangkan kalau kita beli beras gred D dengan harga RM10 sedangkan orang lain dapat beli gred A dengan harga sama. Tokeh tu kata "Awak patut bersyukur sebab dapat jugak beli beras". Memang kita sepatutnya bersyukur tetapi kita sebagai pengguna, DONT YOU FEEL CHEATED ??.

Bila rakyat mahukan sesuatu untuk kepentingan rakyat dia kata "Syukurlah
kita ada jugak itu ini, negara lain langsung takde". Tapi bila dia nak membazir wang rakyat, "Kita mesti pandang 10,20,30 malah 100 tahun akan datang, itulah sebabnya kita berbelanja lebih".

My point is, kita Wajib bersyukur tapi jangan gunakan alasan itu untuk butakan mata kita bahawakita ini sebenarnya tertindas.
Jgn guna taktik ini Pls.

STAFF PROTON
Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka kerana merekasemua sebagai perlaksana dan bukan penentu dasar. Eksekutif2 mereka takdapat berbuat apa2 dengan perkara ini. Mesej ini untuk renungan bersamadankalau dapat dipanjangkan ke Vice President, President, Senior Managers Proton lagi bagus.

AFTA
Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia yang semuanegarakena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran dunia. Tak tau bila Malaysianakimplimenkan. Kalau ON maknanya.. Harga kereta import tak bole lagidicukai300-400%. Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak.

Masa tu Proton tak bole lagi MANJA harapkan gomen punya tax utk lakukanjualan. Kali ini Proton kena betul2 bersaing dari segi KUALITI, LAYANAN PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA. Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat, BUNGKUSSSS Proton.PADAN MUKA!!!!!!!

Anyway, setakat ini saja untuk kali ini. Maaf kalau ada nada yang
emosional. Just practicing my rights as a Malaysian and a User.

Macamanapun
saya rasa mesej saya ni masih dalam nada yang acceptable (tiada carutpls).
Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada.
Wassalam.

Telefon bimbit untuk orang daif


Firma India reka alat komunikasi termurah dunia


LONDON: India yang sebelum ini berjaya menghasilkan kereta termurah dunia, kini mengumumkan telefon bimbit paling murah digelar 'Telefon Rakyat' yang cuma berharga £5 hingga £10 (RM35 hingga RM70) seunit.


Akhbar The Times melaporkan semalam, selepas kejayaan mengejutkan dunia dengan kelahiran Tata Nato yang berharga £1,250 (RM8,750) sebuah, syarikat telekomunikasi tempatan, Spice yang berpangkalan di Mumbai dan bernilai £1 bilion (RM7 bilion) kini mensasarkan golongan berpendapatan rendah.


Telefon itu mengenepikan semua ciri yang dianggapnya tidak penting seperti skrin."Ia berfungsi seperti telefon biasa," kata Bhupendra Kumar Modi, Pengerusi Spice yang berharap dapat menjual 10 juta unit telefon itu, tahun depan.Telefon bimbit yang berharga kurang £20 (RM140) hanya mewakili satu perlima pasaran antarabangsa.


Namun, berikutan separuh penduduk dunia yang masih belum berkesempatan membuat panggilan dan pasaran Barat pula kelihatan lembap, lebih banyak syarikat kini berminat mensasarkan negara membangun sebagai pasaran utama.Malah, syarikat industri telekomunikasi menjangkakan bilangan penduduk yang memiliki telefon bimbit meningkat daripada 3 bilion kepada sekurang-kurangnya 4 bilion dalam tempoh tiga tahun lagi.


Spice juga berharap 'Telefon Rakyat' itu dapat membolehkannya menyertai persaingan menjual alat telekomunikasi itu kepada generasi muda Asia, Afrika dan Amerika Selatan.Syarikat itu akan memulakan jualan telefon itu ke pasaran Asia mulai bulan depan dan Spice sudah mengesyorkan harganya boleh dikurangkan dan harga cuma £5 (RM35) bukanlah mustahil.


Dianggarkan lebih 870 juta daripada 1.1 bilion penduduk India belum memiliki telefon dan jumlah pelanggan perkhidmatan itu dijangka meningkat dua kali ganda dalam masa tiga tahun kepada 500 juta orang.


Barang murah dari India sudah banyak berada di pasaran antarabangsa biarpun penduduk Britain lebih suka menunggu dan melihat kejayaan 'Telefon Rakyat' berkenaan.


Sejak pelancaran Tata Nano, bulan lalu, syarikat pengeluarnya, Tata dibanjiri pertanyaan daripada negara lain yang berminat memiliki kereta itu.Harga Tata Nano itu menyamai harga sistem stereo kereta mewah Eropah yang popular.


Syarikat Tata berkata, ia akan mengeksport kereta itu ke Britain dan pasaran luar lain tetapi ia tidak dijangka seawal tiga tahun ini.Kereta yang memiliki bahagian depan pendek dan bumbung cerun itu didakwa memuatkan lima orang.


Versi asas kereta itu dikeluarkan tanpa radio, tanpa cermin sisi bahagian penumpang dan hanya satu pengelap cermin.Pembeli yang inginkan kereta lengkap dengan kemudahan pendingin hawa, perlulah membeli jenis deluxe.


Namun, kehadiran Tata Nano itu sedari awal lagi disambut pengkritik yang bimbang kenderaan itu menyebabkan jalan raya negara itu sesak selain memburukkan lagi masalah pencemaran alam sekitar.Pesaing terdekat Nano di India ialah Maruti 800, kereta empat pintu yang dijual pada harga hampir RM17,000. - Agensi

Udara boleh jadi bahan api gerakkan kenderaan

LONDON: Jurutera Perancis, Guy Negre mendakwa beliau bakal menjual kereta konsep ciptaannya yang menggunakan udara sebagai bahan api dan terbukti tidak mencemar alam sekitar.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, kereta dikenali OneCAT itu mempunyai lima tempat duduk dan badannya diperbuat daripada gentian kaca. Malah, ia yang seberat 350 kilogram itu dikatakan berharga kira-kira £2,500 (RM17,500) setiap satu.

Ia mampu bergerak dengan mampatan udara yang disimpan dalam tangki gentian karbon. Menariknya, tangki itu boleh diisi udara daripada sejenis alat dalam masa tiga minit - lebih pantas daripada bateri kereta. Kereta itu turut mempunyai alternatif lain - dicaj menerusi suis tenaga selama empat jam yang disediakan kompresor dalam kereta berkenaan.

Bagi perjalanan jauh, udara mampatan berkenaan dapat melakukan tugasannya dengan menggerakkan alat pembakar bahan api yang memanaskan udara berkenaan. “Udara yang panas itu meningkatkan tekanan pada omboh. Alat pembakar itu pula boleh menggunakan pelbagai jenis cecair bahan api,” kata Negre.

Beliau mendakwa bagi perjalanan jauh, kereta itu memerlukan udara sebanyak 120 mpg (batu setiap gelen). Di kawasan bandar, nilai yang diperlukan jauh lebih murah. “Pembeli pertama kenderaan itu adalah mereka yang mencintai dan menghargai alam sekitar. Pada masa sama, ia juga harus menjimatkan,” katanya.

Hakikatnya, Negre sudah menjanjikan ciptaannya itu lebih sedekad lamanya dan belum dapat direalisasikan. Namun kalangan pemerhati bebas lebih yakin dengan kemampuannya itu selepas beliau mendapat sokongan syarikat konglomerat India, Tata untuk menyelesaikan enjin unik berkenaan.

Tata adalah satu-satunya firma yang diberikan lesen oleh Negre untuk menjual kereta berkenaan. Ini menyebabkan jualan kereta itu cuma dihadkan di India. Bagi jualan di negara lain, Negre berharap menarik perhatian beratus-ratus pelabur bagi pembinaan kilang dengan memastikan kereta itu menggunakan 80 peratus bahan tempatan. - Agensi