Showing posts with label hak pengguna. Show all posts
Showing posts with label hak pengguna. Show all posts

Celcom Vs Mufti

Peraduan tiada unsur judi - Celcom

Oleh Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya telah membuat kajian yang menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum memutuskan untuk menganjurkan promosi yang bukan berasaskan nasib itu.

"Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu," katanya di sini hari ini.Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian

.Menurut beliau, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.Selain Dr. Mohd. Asri, penulis blog tempatan juga turut mempertikaikan penganjuran promosi oleh Celcom itu yang dikatakan haram atas sebab yang sama.

Bagaimanapun Shazalli berkata, Celcom akan akur dengan arahan termasuk membatalkan promosi itu jika pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan penganjuran promosi tersebut sebagai haram.Katanya, kekeliruan mengenai konsep dan kaedah penyertaan promosi yang bukan berasaskan nasib sebaliknya kepintaran peserta promosi itu berlaku kerana wujudnya penilaian yang bukan berasaskan pengalaman dan hanya bacaan ala kadar.

Justeru, Celcom ingin mempelawa mana-mana pihak untuk melihat sendiri kaedah dan cara promosi itu dikendalikan bagi mendapatkan kefahaman sebenar mengenainya yang secara jelas tidak mengandungi unsur perjudian, tambah beliau lagi."Celcom memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu 1.5 juta pelanggan Celcom yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Islam di negara ini berasa sangsi dengan promosi yang dijalankan sebelum atau selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, beberapa ulama berpendapat peraduan tersebut tidak wajar diteruskan kerana terdapat unsur judi dan menguji nasib yang jelas ditegah oleh syarak.Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata, peraduan itu juga mempunyai unsur memberi harapan yang tinggi kepada peserta dan boleh mewujudkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang menyertainya.

"Peraduan seperti ini amat berbahaya dan dilarang oleh syarak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Noh berkata, bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian itu, pihak penganjur peraduan wajar menimbang semula sensitiviti agama dalam peraduan itu.Beliau berharap penganjur mendapatkan nasihat daripada tokoh agama untuk memastikan tidak wujud unsur yang bertentangan dengan syarak dalam peraduan itu.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.Jelas beliau, ia tidak munasabah kerana walaupun penganjur menafikan tiada sebarang keuntungan tetapi peraduan itu tetap mempunyai unsur perjudian.

AKU SOKONG MUFTI

Rahsia Keuntungan Petronas

Malaysia makin parah..!!

Sblm aku nak tulih pnjg... ade satu aje teori yg Pak Lahs(bkn name sebnar) & pembantu otaknya,khairys terlupa seblom nak meng`fool`kan berjuta rakyat malaysia.memang semua paham knape paklahs tarik bnyk subsidi minyak sblm ni..sbb dia kate nak pakai sbhgian utk tampung subsidi beras la..tepung la and pelbagai lancaus lagi laa kan...itu mmg ade betulnya....kite x boleh nak sangkal.tapi..tahukah anda semua,rakyat malaysia...., setiap kali naiknya harga minyak dunia setiap tahun beberapa tahun lalu hingga kini...keuntungan PETRONAS juga pasti akan BERTAMBAH BERLIPAT KALI GANDA SETIAP TAHUN !!!!!!!...

x percaya ..??pi check...!!!!!..nak tau knape..????

sebab negara malaysia ni adalah negara PENGELUAR MINYAK..!!!!
WALAUPON NEGARA KITA BUKAN PENGELUAR MINYAK BESAR CAM KUWAIT KE..SAUDI KE..VENEZUELA KE...TAPI NEGARA MALAYSIA ADALAH NEGARA PENGELUAR MINYAK YG SEDERHANA ( TIDAK BESAR&TIDAK KECIL)..DAN MINYAK KITA MMG RENDAH GRED N KUALITINYA..TAPI,NILAINYA TETAP ADA!!!!NILAI JUALAN MINYAK GRED RENDAH NEGARA KITA BUKANNYA NILAI JUALANNYA PULUH RIBU SETAHUN,TAPI BERBILION RINGGIT JUGAK NILAI TAHUNAN JUALANNYA...ADE PAHAM!!!!...

yg. menteri2 kabinet asyik nak banding ngan negara BUKAN PENGELUAR MINYAK TU WAT KEJADAH HAPEE..?????????SIKIT2 GUNA AYAT ``HARGA MINYAK NEGARA KITA MASIH MURAH JIKA NAK DIBANDINGKAN NGAN NEGARA ITU INI..badigol soud!!.dan yg terbaru sidang akhbar smalam..PM kita yg CERDIK PANDAI ketika menjawab soklan sorang wartawan..beliau mengatakan harga minyak negara kita masih murah di rantau asean contohnya jika nak dibandingkan ngan negara SINGAPURA..badigol soud!!!BANDING NGAN SINGAPURA WAT KEJADAH HARAM HAPE!!!!!NEGARA MENATANG TUH NEGARA PENGELUAR MINYAK KER..???DAH LA NEGARA SEBESAR SEMUT!!!

inilah yg saya nak korang rakyat malaysia paham semua org VIP kat malaysia yg gaji berpuluh ribu sebulan ni..suka sangat sembunyi fakta dan nak meng`fool`kan rakyat malaysia yg dianggap bodoh...yg kaya makin kaya..projek sulit pakai duit rakyat xnak didedahkan.....duit tatau hilang ke mana...duit hasil negara hasil income tax..n hasil untung petronas tidak mahu didedahkan perbelanjaannya ke mana secara spesifik.....sedangkan kalo ikut skang....tidak ada langsung PLAN projek mega baru lepas pilihanraya baghu ni.....semua projek mega ke..koridor ke hape semua tu..tu semua dah pakai peruntukan rmk9 duit thn2 lepas..

so senang kate..semua projek mega on hold aje skang.....tp kerajaan masih nakkan byk duit tahun nii..utk HAPE..????knape ek..??pikir2 la sendiri yee....jgn tgk muka aje baik cam pak lahs tu...bulat2 leh ckp dia baik...aduhhh...susah gak kalo muka org baik nii...senang nak suh org kesian....n senang nak suh org percaya ngan dia...tambah pulak ngan nada lembut dan sayu... ..Pandai berlakon...nak tunjuk baik sket laa konon2..bagi rebate skit kat rakyat...konon2 rakyat pikir kerajaan ni baik lerr....sedangkan kroni2 yg dapat duit besar wat projek tu masih wat untung besar gilerr lepas tolak kasi rakyat rebate sket tu...caitt!!!

ni wa nak kasi info sket laa....SAPE YG X PERCAYA..BOLEH RUJUK WEB RASMI ATAU BADAN2 RASMI YG BERKENAAN.Ketidaktelusan kerajaan BN berhubung minyakBerdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.

Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi. Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%. Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.

Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan? Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.

Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter. Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.

Sila ambil perhatian:
Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan. Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000. Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong. Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.

Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dulu...Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa?

Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM. Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKF Z tu macammana? Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seperti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik = Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara...

RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.......

Power to the people!

Aku serikkkkk

Ikutilah luahan hati seorang pengguna di Malaysia. Pesanan untuk semua, berhati-hati semasa membeli kerana kalau tidak kita akan terpedaya seperti case study di bawah.::::


2 kes yang berlaku pada masa yang sama buat aku nak kongsi dengan semua supaya rasa geram tak terus terbuku dalam hati.

Kes 1 :
Pertengahan bulan 4, aku ke Pertama Kompleks, mula2 tu nak repair aje hp Samsung aku yang ada masalah LCD (dah pakai dekat 3 tahun. Beli kat Ipoh).

Nak jadi cerita, punya pandai tokey kedai HP tu bercakap sampai aku tak jadi repair sebaliknya beli lagi 2 biji HP. (Time tu duit ada lebih sikit..)

Motorola & Nokia baru... (Total dekat RM900)

Baru 1 minggu dah ada prob. Skrin berkelip2.

2 minggu lepas tu baru aku pergi komplen kat kedai tu semula. (Sebab tak dapat cari masa sesuai..)

Aku tunjuk masalah tu dan juga resit yang belum cukup 1 bulan tu.

Maka disini bermulalah BENGANG aku tu... antaranya :

1. Budak yang mula2 serve aku time beli dulu tu terus pass aku kat kawan dia.. (Sedangkan time tu dia free).

2. Antara kata2 yang aku terkilan :

- Waranti tak cover LCD, ...BLa..BLa..bla...
- Kalau mahu bikin pun dalam RM 200..
- Kalau you mahu "trade in " sama saya, saya angkat tinggi sikit dari kedai lain la. Saya kasi tolong sama you. Saya bole angkat RM150.00. kalau kedai lain pun dalam RM100.00…
Apa lagi.. macam-macam la perkataan keluar dari mulut aku..

- INI HP SAYA BELI DARI U JUGA MAA.. (jawapan dia – saya tahuuu….)
- U KATA ORI TAPI KENAPA BARU SATU MINGGU SUDAH KO.. PULAK TU TUKAR SPARE PART KENA BAYAR LAGI.. DULU TIME SAYA BELI KAT ZITRON 1 TAHUN WARANTI.. REPAIR FREE AJE..!! YOU PUNYA RE-CON KUT.. (jawapan – Itu Zitron maa.. dia jual pun sudah mark up.. kita A.P ..memang ORI tapi repair kena bayar maa..)
- KALAU MACAM TU..TAK TERJAMIN LA BELI SAMA U.. (jawapan - …….)
Time tu.. tuhan saja yang tahu perasaan aku.. Rasa macam nak hempok aje HP tu depan kedai tuu.. (Sebelum kesabaran aku sampai kemuncak aku terus blah macam tu..aje)
HP tu aku letak atas akuarium kat rumah aje.. Kasi ikan pakai…

Kes 2 :
Cerita hampir sama. Kebetulan masa beli pada hari yang sama. Cuma kali ni Sony PS2.
Kedai di Pudu Plaza.

Masalahnya, selepas 3 minggu tak boleh main game..

Asyik keluar masalah berkaitan “Format”.

Sama juga.. lepas pergi Pertama Kompleks tu.. aku pergi pulak Pudu Plaza.

Sebelum sampai tu aku dah kasi tau wife aku, kalau sama aja cerita dia… aku SERIK.. BELI BARANG ELEKTRONIK dari kedai/tempat macam tu..

Tekaan aku memang betul..

Macam diorang ni belajar guru yang sama..macam mana nak kelentong orang. Dia tengok barang tu dari luar aje..dan ..terus dapat conclusion
IC problem laa…

- MACAM MANA BARANG ADA NAMA (SONY) TAPI WARANTI TAK COVER. BELUM SEBULAN LAGI PAKAI ... (jawapan – memang itu macam maa..Waranti free labor aje.. barang tukar kena bayar maa…)
- BERAPA BANYAK SAYA MAHU BAYAR ? (Budget dalam RM 150.. saya tolong sikit laa..nanti kasi kurang sampai dalam 100 yang lebih saya top-up..)
- SO.. KALAU 2 HARI PAKAI SUDAH ADA PROB.. MACAM MANA SAYA TAU MUNGKIN INI BARANG SUDAH ROSAK TIME DI KEDAI U..? (itu tak bole buat apa maa..Ini barang susah mahu cakap..)
- U KASI TENGOK DULU LA.. SAYA RASA MUNGKIN TAK MUNGKIN IC PROB (aku nak sedapkan hati sendiri). (OK nanti siap saya call U)

Petang tu Tokey tadi call aku :
- Haloo.. Memang IC Motor problem. Saya bayar top up tolong sama U. U bayar RM50.00 saja..
- Aku terus datang kedai dan minta TEST.
- Aku balik dan sepanjang dalam kereta tu membebel kepada anak bini.. SERIK .. LAIN KALI NAK BELI, LEBIH BAIK CARI KEDAI YANG BETUL.
- TANYA BETUL2 WARANTI COVER APA…
- YANG PASTI .. DUA TEMPAT TU AKU TAK MAHU PERGI..

SERIIIIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orangIslam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnyapada semua umat Islam.)

Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negaraThai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia& Singapura.

Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihakpengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahukah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adalah bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke destinasinya.Tahukah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN?

FOMILIN
merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'..

Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini.Sekarang..Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...Ada caranya untuk Kita mengesan.

Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin...Kerana .. Lalat lebih mengetahui.

Wallahualam. .........




Astro lebih teruk daripada Yahudi!

Oleh Afrar Yunus

Syarikat televisyen bersatelit pertama di Malaysia lahir pada tahun 1996. Hampir 2.4 juta pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Sudah dua belas tahun ia beroperasi di Malaysia, namun kerajaan Malaysia gagal mengawal aktiviti syarikat ini hatta untuk meletakkannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kenapa ?
Astro bermaharajalela seolah-olah sebuah badan yang mempunyai kekebalan. Segala aduan dan rungutan pengguna di Malaysia diibaratkannya ‘tidak makan saman’. Astro milik MEASAT Broadcast Network System diterajui oleh Dato’Badri Masri, Mohd Khader Merican, Tan Poh Ching dan beberapa individu lain. Apa yang menghairankan, Shaziman Abu Mansor,Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia, yang pernah kelihatan cuba menjadikan dirinya juara dalam isu Lojng di Kelantan, kini sangat-sangat kelihatan seperti bebal dan kaku kerana belum dapat melakukan apa-apa bagi mempastikan Astro terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beberapa orang kawan memberitahu, sebagai pengguna mereka telah dipermainkan oleh Astro. Abdul Rahman Ayob seorang pengguna dari Jitra Kedah memberitahu, “program yang disogokkan biasanya adalah yang lama. Selalu juga Astro menayangkan sesuatu program itu berulang kali. Kami sudah bosan dan pernah beberapa kali mengadu kepada Astro. Masih ditakok lama”.

Suresh Mohan dari Sungai Petani pula mengatakan, “jika kita terlewat membayar bil satu hari, denda RM10.00 dikenakan. Saya mengadu ke beberapa tempat termasuk kepada Persatuan Pengguna dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia tetapi tiada apa-apa perubahan”. Abdul Moin dari Alor Star pula menyesal dengan kakitangan Astro Alor Star. “Bila saya mengadu tentang mutu siaran yang kurang berkualiti ketika cuaca hujan, kakitangan perempuannya ketawakan saya. Kata mereka, sudah ramai yang mengadu, tunggu tengoklah”

Bukan setakat itu sahaja. Difahamkan pakej yang disogokkan tidak mengikut selera penonton. Pelanggan tidak diberikan pilihan tetapi bayaran tetap juga dikenakan. Malah, caj-caj teknikal sehingga RM50.00 juga dikenakan apabila mereka memperbaiki apa-apa kerosakkan yang wujud hasil kelemahan syarikat mereka sendiri. Pelanggan dijadikan mangsa.

Apabila ada orang mengatakan bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling kejam di dunia, saya masih beranggapan ianya adalah satu fakta yang kurang tepat. Bangsa Yahudi tidak menindas bangsanya sendiri. Mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan, penderitaan dan di atas tangisan air mata bangsa sendiri. Mereka melindungi bangsa Yahudi 'biar apa' dunia katakan.

Tetapi dalam hal ini, Astro masih tidak diikat dengan apa-apa lesen. Kenapa tidak ada lesen lain yang dikeluatrkan sebagai saingan kepada syarikat ini ? S

iapa agaknya gunting dalam lipatan yang memperkosa hak rakyat Malaysia sebagai pengguna?

Barua toke "gores dan menang" yg tak pernah putus asa

KES 1

cerita ni bermula pada ari khamis lepas kat tesco melaka. aku ngan isteri nak pi shopping barang harian. kita dok tengah cari parking pusing2, tiba2 ada sorang chinese ketuk tingkap kete sebelah aku(pemandu), ketuk bertalu2 macam org kurang asam je.

mula aku buat tak tahu, dah lama dgt dok ketuk aku pun bengang le. aku buka pintu dan tanya, apa hal ni? buasa le dia cakap barang free, belum abis dia cakap aku sambar pamplet dia dan nak buka tapi dilekatkan ngan gam. aku bagi balik kat dia.dia nak promot lagi, aku cakap kat dia, pasal ko takel melayu je, pasal ramai chinese yg lalu lalang dan dok dalam kete kat parking tu ko tak terjah, aku cakap ngan nada tinggi dan kuat gak le, ada chinese kat2 situ tengok kat aku.

dia tak tau nak cakap apa, terus pi kat sorang geng dia yang rambut karat kuning dan cite2 apa yg patut kut. mungkin mamat tu supervisor ke bos ke, aku pun tak tau.aku masuk terus ke tesco dan wat report kat tesco guard, upa2nya dorang ni baru lepas spm dan dan byk kali kena tangkap polis masuk penjara/reman lepas tu kuar balik.aku tertanya2 apa kejadahnya undang2 macam ni jika perkara sekecil ni tak boleh nak banteras? ke smua makan gaji buta dan makan rasuah je keje?

aku memang hangin satu badan, aku geram nak sepak je mamat tu jika dia ada lagi dan berkeras nak suh aku ambik barang dia.aku dapat tahu modus operandi dorang sebab seminggu sebelum tu aku dok dalam kete dan jauh dari dorang skit dan perhatikan gelagat dorang. memang confirm 100% dorang target non-chinese terutamanya org melayu.

dia ingat senang2 je nak tipu orang melayu ke ari ni aku pi semula kat tesco dah takde dah geng2 dorang, sebab aku ada dengar pengumuman oleh kakitangan tesco tentang operasi dorang yg mengaku under tesco management.

KES 2

aku dulu masa keje kat tmn melawati kena gak..haha bkn ape aku duk tgk diorang ni asyik aje duk cari mangsa kat car park tu...member aku ade cite keghairan diorang ni cuba menipu..aku pon try la gores...haha betul diorang tu melompat...abg menang abg menang..dia tunjuk keratan paper yang dah siap balut dgn selotep... dia ajak aku gi opis... aku dah tatau nak ngelak camner..ade 2-3 brother lalu kat situ geleng kepala dan bg isyarat jgn jgn...hehe aku dah tau dah diorang ni menipu..aku ckp takleh gi opis dia..bg no dia nanti aku call bila aku dah abis meeting... fuhhh nasib leh lepaskan diri..

KES 3

la ni nyer taktik..... diaorg gune scan.....aku ari tu saja mengenakan diaorg nie.....memula ckp selepas dpt hadiah br byr....aleh2 belum lg scan bende tu, diaorg dah suruh aku slot kad kredit aku.........sebelum tu, byk gak form yg aku isi......mamat cina sekor nie tersengeh2 tgk aku isi form tue ( dalam hati dia tentu seronok yg aku nie mangsanya )sampai nampak gigi berkarat nyer... last, diaorg suruh aku sain form jual-beli, aku x nak...coz, belum dpt hadiah dah suruh aku slot kad kredit aku...sblm nie kater dah dpt hadiah baru bayar....... dhn muka selamba nye aku kata," x pe la bos, u angkat itu hadiah free kasi sama u....saya x mau la".....

KES 4

Betul..mmg s**l lah..
aku biasa pergi kat mydin selayang..depan tu..mmg banyak giler perkara cam ni...kononnya agen drp jaya jusco lah..carrefour lah...giant lah...kalu jumpa aku..aku cakap 'u bukak sendiri lah, mana tau dapat kereta, pastu u jual. Duit tu buat bisnes jual nasi, jadi x perlu cari orang utk gores dan menang lg'

KES 5

x yah layan la depa2 ni..
buang masa je.. cakap x minat je..

dia cakap pom pam pom pam masa kita jalan tu.. wat x tahu je..

Kecuali la anda betul2 berani nak mempermainkan depa ni. gi opis depa.. isik semua form tp jgn kasi alamat penuh...pandai2 le tipu...then time nak sign sebelum gores tu.. cakap je la saje je nak isi borang.. tp x nak sign.

derang comfirm xleh nak buat apa2 selagi kita x sign..pandai2 la bikin alasan.. abis kuat pun kena maki je la.masa aku buat kat satu company ni kat jalan air putih kuantan..derang punya lokasi operasi kat parking kereta depan Kuantan Parade.. ako terpaksa carik alasan sebab mak oii.. ramainya muka penyamun duk dalam opis depa ni.. siap bertattoo naga lagi.. xde la aku takut cuma rasa x selamat je.. maybe ramai sgt bodyguard depa dalam pejabat ni.

wa ari tu cakap nak bincang ngan wife sat.. nasib baik wife ada kat bawah duk dalam kereta.. turun je masuk kete terus cabut.. jauh sikit then berenti perhatikan budak company ni ada turun x cari.. sah..Comfirm mmg cari aku kat bawah tempat aku parking tp mmg muka nampak macam sial je la.. duk merungut2 sambil sepak2 tong sampah tepi longkang tu. huhuhuhu.

moral of story... aku berani buat pasal aku bukan org kuantan.. Kalau kat terengganu ade mende camni mmg dah lama kena hempuk.. rasanya xde lagi la kena offer mende2 macam ni kat bandar K.Trg.

kiranya masih selamat lagi area parking kereta di K.T... cuma yg x tahannya mat pit la selalu tolak jam time parking tu.. x pun geng2 jual syampoo kereta. yg ni mmg ada ler..
tp bermusim

KES 6

aku pernah kene gak, kuar je dr bank, masuk kete terus diorg dtg, ckp dpt brg free, dia bg aku kad gores 2, 1 utk aku 1 utk bini aku, aku pon goresla, dptla ucapan terima kasih, bini aku pon sama gores gak, korg tau dpt ape? dpt perdana siot, yg mamat cina tu pon bkn main seronok tgk dpt perdana, diorg plak yg over excited, padahal bkn diorg yg menang pon, last2 aku ckp tak baik ooo tipu org, terus aku tutup cermin kete aku dan blah, diorg ni mcm dh berlatih utk tipu2 org ni, time dpt kete tu kan main excited lg diorg, ape punya gores da ble dpt perdana, bodoh punya org.

KES 7

saya pun pernah kena mcm ni kat carefour batu pahat, mase tu tgh hari keluar dari carefor tu die follow je masuk je keta terus die ketuk cermin cakap lah die ade buat promosi lah ape ble ble ble pas tu die bagi 1 sampul suruh bukak die kate hadiah utama die vios, hik hik nak gelak ade mase tu, bile bukak je saye dapat boucer RM4K die plak terkinje kinje mcm beruk patutnye saye yg suke sebab menang 4k pas tu die ajak p opis die kat taman maju batu pahat utk scan kat belah bwh sampul tu mane tu dapat vios tu, saye kate taknak tapi die panggil lagi member kononnye mcm samsing lah siap cakap sambil ketuk² bumbung keta, dah ilang saba punye pasal saya keluar bawak stereng lock terus sebat kepale mamat 2 ekor tu tegolek mengelupuh kat paking lot tu, member die yg lain tak berani buat ape takut makan stereng lock kot heheheheh, saya siap sound kat member die yg lain kalau lu tak puas hati panggil lu punya boss jumpa gua sekarang kalau dia mau tau dia mau mati huhuhuhu pakguard kat situ kate geng ni dah seminggu kat tempat tu, seminggu lepas tu saya datang semula kat carefour tu die org dah takde heheh carik port lain kot.

KES 8

aku pun pernah kena gak.. kejadian kat parking tesco.. mula dia suruh aku turnkan cermin.. pas tu dia mula membebel.. aku cakap tak nak.. last2 dia masuk keta duk sebelah aku.. secara sepontan aku yg kuar keta aku.. pas tu aku tekan remote keta.. lock!!! dia terbangang duk kat dalam sensorang.. pas tu dia nk kuar tapi lock.. dia buka gak.. pas tu bunyi alarm keta aku.. ramai orang yg lalu lalang semua tengok mamat cina tu.. tak sampai seminit ada la 6-7 orang berkumpul tanya aku apasal.. aku cakap cina ni masuk nak curik keta .. terus cina tu blah sebab takut kena pukul kot.. cara ni elok digunakan kalau pempuan yg kna ditempat2 orang ramai..

Starbucks....HARAM...(JAKIM yang habaq)

Starbucks HARAM, ISO 9002
JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

Please pass this message to our muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...








RIBENA ada kandungan Arak



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakanmenyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan beritamenggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.
Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.
Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya ,selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamek Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makananpasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponenbagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasamengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budayapengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau,tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an limaperasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular

Topik ini saya buka khas untuk memberi AMARAN kepada seluruh ahli & pelawat blog melayuhot.blogspot.com supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan".

Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.

Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point').

Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.

Namun kali ini kami mengambil langkah proaktif memberi amaran secara lebih terbuka kepada anda disebabkan beberapa faktor penting :-

-Supaya anda tidak tertipu dan terjebak dengan skim-skim ini. Jangan percaya dengan segala kata-kata manis 'orang tengah' yang sibuk membuat promosi. Biasanya 'orang tengah' tidak akan mengaku mereka mempunyai hubungan dengan penganjur.

-Kebanyakan orang ramai di luar sana masih tidak memahami dan tidak dapat membuat perbandingan, apa itu pelaburan sebenar, apa itu skim piramid. Ini adalah kerana mereka :-
- tidak tahu apa itu pelaburan sebenar tetapi mempunyai keupayaan untuk terus merujuk ke Bank Negara Malaysia tetapi TIDAK MAHU disebabkan samada semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau telah kabur dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Majoriti golongan ini adalah terdiri dari pelajar, orang biasa, kakitangan kerajaan mahupun juga golongan profesional.
- tidak mempunyai sumber untuk dijadikan rujukan dan kurang berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat. Golongan ini biasanya terdiri daripada pakcik, makcik, haji, hajah, dan sebagainya. Pihak penganjur dan orang tengah lebih menumpukan kepada golongan ini kerana mudah dipengaruhi.

-Golongan penganjur ,"askar-askar upahan", pihak ketiga (merchant). Sesiapapun tidak akan tahu siapa mereka ini sebenarnya. Merekalah salah satu golongan yang membuat aduan, menyalahkan forum perbincangan semata-mata. Ini adalah kerana mereka marah setelah pihak forum mengharamkan sebarang transaksi jualbeli epoint satu ketika dahulu.

-Statistik forum ini dan diperkuatkan dengan sumber-sumber sahih mendapati terdapat peningkatan aktiviti penjualan tanah, rumah & perniagaan semenjak September 2007. Analisa tidak rasmi ini dapat menyimpulkan bahawa orang ramai khususnya ORANG MELAYU telah banyak rugi setelah ditipu oleh skim-skim cepat kaya khususnya buatan Malaysia mula aktif pada penghujung tahun 2006.

Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-

Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Anda juga dialu-alukan berkongsi maklumat dengan kami di sini tidak kira anda dari pihak mana sekalipun.Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim cepat kaya di siniKami memohon maaf sekiranya mana-mana perkataan di atas yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak dan individu.

Harap Maklum.

Semua pemegang akaun MAYBANK

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine, Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.

2. Bila anda menekan no. pin (8 digit), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin. ??

3. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah, sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin'

4. If you call this number, you will lose all your money.

5. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he didnot withdraw any money. Please forward this to your friends.
NOTA:Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.

Sekian harap maklum.

Best Regards,

Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank
Tel : 03-20708833

Jgn Beli Ayam di TESCO

. Ayam keluaran Perak Duck yan dijual di Tesco didapati TIDAK HALAL dan tealh disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.


Produk Belanda tetap laris

WALAUPUN orang ramai digalakkan memboikot barangan dari Belanda tetap ia masih menjadi pilihan pembeli.

KUALA LUMPUR - Permintaan terhadap jualan barangan dari Belanda di pasar raya-pasar raya tempatan sekitar ibu negara didapati tidak terjejas walaupun terdapat dedas-desus bahawa ia akan diboikot oleh pengguna Islam.


Tindakan boikot itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang mengarah dan menerbitkan filem berjudul Fitna yang menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya besar sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pengguna tetap membeli produk dari negara berkenaan seperti biasa.


Malah, pelbagai barangan dari negara tersebut masih menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi produk tenusu yang sudah menjadi satu keperluan terutamanya untuk keperluan bayi dan kanak-kanak.


Paling ketara, permintaan terhadap susu meningkat malah Kosmo! mendapati beberapa jenama produk tenusu di beberapa pasar raya besar kehabisan stok buat sementara waktu.


Menurut jurucakap pasar raya berkenaan, jualan barangan produk dari Belanda itu berjalan seperti biasa dan tiada tanda-tanda menunjukkan orang ramai memboikotnya.


Sementara itu, tinjauan di pasar raya Mydin pula mendapati, premis itu menghentikan pesanan stok barangan dari Belanda buat sementara waktu.


Menurut Eksekutif Pengiklanan dan Promosi Mydin, Nazlin Mohd. Noor, pasar raya terbabit hanya menjual barangan Belanda yang masih ada dalam simpanan mereka sahaja.


Mydin merupakan pasar raya besar pertama di negara ini yang memboikot produk dari Belanda dan usaha itu mula menampakkan hasil apabila jualan produk tenusu dari Belanda akhir-akhir ini tidak begitu memberangsangkan selepas meletakkan label merah yang memberitahu barangan tersebut produk Belanda.


"Buat masa ini Mydin tidak menambah stok barangan dari Belanda sebagai tanda sokongan kami terhadap usaha memboikot barangan dari negara tersebut.


"Kebiasaanya kami akan menambah stok pek susu tepung dari Belanda di rak, tetapi selepas diletakkan label merah, produk ini kurang laku bahkan kami juga tidak perlu menambah stok di rak seperti biasa," ujar Nazlin.


Selain meletakkan label merah di rak barang, Mydin juga meletakkan satu kenyataan yang menunjukkan pendirian mereka memboikot barangan Belanda di setiap kaunter juruwang di pasar raya terbabit.



BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

Panduan Masa Nak Beli Kereta 2nd Hand

1. Luaran : cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free. Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang. Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujian ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.

3. Injin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, veli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hotam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih.
Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin). Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama. Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar. Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian.
Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan (rujuk tip saya mengenai kereta kena banjir). Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

4. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left. Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment. Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise . Kalau ada problem!!! komponen ini akan bernyi tok tok tok .... Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti. Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.

5. Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.

Communication to Staff: Clarification on Halal Chicken Tesco


Komunikasi kepada semua kakitangan berkenaan Ayam Halal


(untuk diedarkan melalui e-mel dan dilekatkan pada papan notis di semua stor dan Ibu Pejabat)


21hb Februari 2008


Kepada Semua Kakitangan dan sahabat Muslim,


Sesetengah daripada anda mungkin ada terbaca di dalam akhbar baru-baru ini berkenaan perkara di atas.Sebagai seorang Muslim, saya ingin memberi kepastian kepada semua kakitangan bahawa ayam-ayam yang dijual di stor kita adalah Halal dan dibekal dari para pembekal yang diiktiraf Halal.


Saya juga ingin mengulangi bahawa Tesco menggunapakai prosedur yang ketat dalam memastikan semua produk Halal kita adalah bersesuaian untuk kegunaan orang Islam.


Ini termasuklah dalam mengenakan garis panduan yang ketat kepada para pembekal produk halal, ketelitian dalam pemeriksaan dan memastikan para pembekal yang ingin membekalkan barangan halal ke Tesco wajib mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam yang berkenaan.


Sekiranya ada di antara para pembekal kita yang melanggar keperluan-keperluan Halal, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka.


Yakinlah dengan produk Halal kita dan teruskan sokongan anda dan memaklumkan kepada semua para pelanggan kita.


Sila hubungi saya serta rakan se Jabatan, Azliza dan Dazrene sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan.


Terima kasih.

Salam hormat dari,


XXXXX XXXX XXXX

PengarahJabatan Korporat dan Perundangan

Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd

Talipon: 03 7722 6689

KEK KESUKAAN RAMAI PULA BERINTIKAN KULAT



KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ‘kepingin’ menikmati keenakan hidangan di Secret Recipe haruslah berwaspada dan menitik berat soal kebersihan dan kualiti produk yang dikeluarkan bukan hanya sekadar menilai dari sudut luaran sahaja.Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar kek yang terpaksa menanggung kesakitan kerana termakan “kek berintikan kulat.”
Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar kek antarabangsa dan terkemuka kerana menjual kek yang berkulat.Mangsa mendakwa tertipu dengan kek dan bungkusan yang menarik selepas membeli kek itu di sebuah kedai kek Secret Recipe di Bukit Bintang.
Menurutnya, beliau keluar membeli kek tersebut di kedai kek Secret Recipe pada 3 Januari lalu sekitar jam 10.53 malam.
Beliau kemudiannya membeli dan terus pulang ke rumah untuk dimakan bersama keluarga tetapi setelah separuh kek dimakan, beliau mendapati bahagian dalaman kek itu telah berkulat.Akibatnya, beliau bersama keluarga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas muntah dan cirit-birit berlarutan dari pagi hingga ke petang.
PPIM juga menerima aduan dari orang ramai yang was-was dengan status halal Secret Recipe kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan kek keluaran syarikat tersebut.Setelah aduan dibuat dan perbincangan antara pihak PPIM dengan Secret Recipe, Secret Recipe telah menawarkan habuan berbentuk baucer bernilai RM200.00 kepada PPIM untuk menutup kes ini.
Sungguh tidak wajar sekali syarikat itu menilai kepentingan pengguna hanya dengan baucer bernilai RM200.00. PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan pengguna selaras dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah persatuan yang melindungi pengguna dari perbuatan khianat pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab.
Masyarakat pengguna Islam perlu bijak menggunakan kuasa pengguna mereka. Sokonglah produk milikan Islam demi kepentingan ekonomi ummah.