Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular

Topik ini saya buka khas untuk memberi AMARAN kepada seluruh ahli & pelawat blog melayuhot.blogspot.com supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan".

Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.

Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point').

Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.

Namun kali ini kami mengambil langkah proaktif memberi amaran secara lebih terbuka kepada anda disebabkan beberapa faktor penting :-

-Supaya anda tidak tertipu dan terjebak dengan skim-skim ini. Jangan percaya dengan segala kata-kata manis 'orang tengah' yang sibuk membuat promosi. Biasanya 'orang tengah' tidak akan mengaku mereka mempunyai hubungan dengan penganjur.

-Kebanyakan orang ramai di luar sana masih tidak memahami dan tidak dapat membuat perbandingan, apa itu pelaburan sebenar, apa itu skim piramid. Ini adalah kerana mereka :-
- tidak tahu apa itu pelaburan sebenar tetapi mempunyai keupayaan untuk terus merujuk ke Bank Negara Malaysia tetapi TIDAK MAHU disebabkan samada semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau telah kabur dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Majoriti golongan ini adalah terdiri dari pelajar, orang biasa, kakitangan kerajaan mahupun juga golongan profesional.
- tidak mempunyai sumber untuk dijadikan rujukan dan kurang berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat. Golongan ini biasanya terdiri daripada pakcik, makcik, haji, hajah, dan sebagainya. Pihak penganjur dan orang tengah lebih menumpukan kepada golongan ini kerana mudah dipengaruhi.

-Golongan penganjur ,"askar-askar upahan", pihak ketiga (merchant). Sesiapapun tidak akan tahu siapa mereka ini sebenarnya. Merekalah salah satu golongan yang membuat aduan, menyalahkan forum perbincangan semata-mata. Ini adalah kerana mereka marah setelah pihak forum mengharamkan sebarang transaksi jualbeli epoint satu ketika dahulu.

-Statistik forum ini dan diperkuatkan dengan sumber-sumber sahih mendapati terdapat peningkatan aktiviti penjualan tanah, rumah & perniagaan semenjak September 2007. Analisa tidak rasmi ini dapat menyimpulkan bahawa orang ramai khususnya ORANG MELAYU telah banyak rugi setelah ditipu oleh skim-skim cepat kaya khususnya buatan Malaysia mula aktif pada penghujung tahun 2006.

Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-

Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Anda juga dialu-alukan berkongsi maklumat dengan kami di sini tidak kira anda dari pihak mana sekalipun.Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim cepat kaya di siniKami memohon maaf sekiranya mana-mana perkataan di atas yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak dan individu.

Harap Maklum.

Perak batal saman letak kereta, Kedah beri tiket bola percuma

" BEBERAPA jam selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pemansuhan bayaran saman dan notis kompaun membabitkan penjaja dan parking kereta yang diterima semua rakyat negeri itu sehingga tarikh hari ini.

Mohammad Nizar berkata pembatalan notis saman dan denda itu sebagai penghargaan kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum lalu hingga membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan campuran di Perak."Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga hari ini sahaja sebagai penghargaan pertama kepada rakyat Perak," katanya pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini, sebagaimana dilaporkan Buletin Utama, TV3 malam ini.

Sementara itu Bernama melaporkan tawaran-tawaran lain yang terkandung dalam manifesto pilihan raya lalu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.Antara lain tawaran kepada rakyat Perak yang dilancarkan semasa kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas ialah penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

Sementara itu di Kedah, Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.Selain itu kerajaan Kedah juga akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", menurut laporan Bernama malam ini.

Tertelan gigi palsu kekasih

GEMAS: Kisahnya lucu, tetapi membawa pengajaran. Seorang Mat Rempit tertelan dua gigi palsu teman wanitanya ketika asyik bercumbu di sebuah pondok di ladang sawit di Felda Gugusan Palong, dekat Bahau, di sini.Pasangan terbabit sebelum itu menghidu gam bersama sekumpulan Mat Rempit selepas berlegar-legar dengan menunggang motosikal bersama kekasih masing-masing di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.45 malam, Rabu lalu.

Menurut sumber, dalam keadaan ‘lalok’, kumpulan Mat Rempit itu mula bercumbuan hingga seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.“Menyedari gigi palsunya tercabut, teman wanita Mat Rempit terbabit yang berusia 17 tahun panik lalu mencari-cari di sekeliling, tetapi gagal menemuinya.

“Ketika itu, Mat Rempit terbabit yang dalam keadaan khayal selepas menghidu gam memberitahu, dia tertelan gigi palsu itu,” katanya.

Katanya, pasangan itu bersama kumpulannya itu kemudian balik ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.30 tengah malam.Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 pagi, Mat Rempit itu merasa perutnya tidak selesa.Bimbangkan keadaan kesihatannya, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan di sebuah klinik di Bahau bagi mengeluarkan gigi palsu itu.“Doktor yang memeriksanya memberitahu gigi palsu itu tidak dapat dikeluarkan lalu mengarahkan remaja itu pergi ke hospital untuk membuat imbasan X-ray,” katanya.

Sumber itu berkata, Mat Rempit berkenaan yang bimbang rahsianya diketahui umum pergi ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk menjalani pemeriksaan X-ray kira-kira jam 11 pagi.“Doktor yang merawat Mat Rempit itu mendapati gigi palsu terbabit masih berada dalam perutnya dan memberi sejenis ubat cecair bagi mengeluarkannya ketika membuang air besar.“Kira-kira lima jam kemudian, dua gigi itu dapat dikeluarkan,” katanya.

Jumaat lalu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah sebelum menyerahkan dua gigi itu kepada teman wanitanya.

Gigi itu bagaimanapun dicampak gadis berkenaan kerana berasa geli.

Tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Wanita dan unsur-unsur di dalamnya..

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Baca dan fikirkan dimanakah anda.Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya.
Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-
a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setiaserta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidaksombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenangdiri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dansentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberisemangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakanpasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
7) Cintanyasentiasahangat dan memberahikan.

WANITA BERUNSUR API

1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkasmenguruskan rumahtangga.
2) Penasihatyang baik.
3) Pandaidancekap mengurus rumahtangga.
4) Pandaimenghiasdiri agar kelihatan cantik selalu.
5) Berwaspadaselalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahuisegala sesuatu...
View technorati.com

Anak Saper Lah Bodoh Sangat nih??


Jangan nak bela atau beri alasan.
“Tak apalah. Dia budak-budak. Saja mahu main-main.”
“Budak-budak lagi. Belum tahu beza yang mana serius, yang mana bukan.”
Jangan.
Sebab aku rasa tindakan budak ini amat bebal dan menyakitkan.
Dia buat panggilan palsu pada bapa Sharlinie, minta wang tebusan RM5000 dan nilai prabayar RM200.
Manusia jenis apa ini?
Kita semua boleh bayangkan betapa tertekan dan sedih keluarga Sharlinie yang kehilangan permata mereka.
Masih belum dijumpai. Hilang entah ke mana. Entah hidup, entah sudah tiada.
Tiba-tiba, ada pula makhluk seperti ini. Sebelum ini, ada amah Indonesia (jangan panggil Indon, nanti Khairy Jamaluddin marah) yang beri SMS palsu.
Kali ini, ada budak cuba menyamar jadi penculik pula.
Tolonglah. Ratapan pilu lantaran kehilangan anak bukan satu lawak jenaka yang boleh menjadi permainan.
Jagalah diri sendiri dan anak-anak kita daripada membuat benda-benda bahlul seperti ini. Tidak menggelikan hati. Tidak lucu sama sekali.
Atau mungkin budak ini akan mampu berhilai tawa tatkala pisau diacu ke leher kala dia sendiri diculik.
Mungkin dia boleh tolong panggil ibu bapanya untuk minta sendiri wang tebusan.
View technorati.com

Terganggu Dengan Imej Foto Sharlinie

MUNGKIN kandungan emel ini agak remeh, tetapi penulis tidak dapat menahan gerak hati untuk bersuara, sudah lama juga terpendam, maka emel dijadikan bahan gasaknya.
Tidak perlu panjang-panjang, terus pada tujuan emel. Maaf, penulis merasakan foto Sharlinie Mohd. Nashar, 5, perlu diperelokkan atau dimanipulasi dengan kaedah grafik pada bahagian kepalanya kerana penulis merasa ‘terganggu’ dengan imej foto Nini yang asal. Betul, ia telah dicetak beratus-ratus ribu helai dan diedarkan ke seluruh pelosok negara mahupun seluruh dunia melalui sakti internet.
Terganggu dalam erti kata; pertama, sukar bagi orang ramai hendak memfokuskan pada rupa subjek dan kedua, kesan sampingan juga diterima oleh orang ramai iaitu risiko sakit-sakit leher dengan hanya sekadar melihat foto subjek tersebut. Lucu? Fikir dua kali.
Kepala subjek perlu ‘ditegakkan’ supaya usaha mencari dan pengecaman Nini oleh orang ramai akan menjadi mudah dan tersusun. Atau senang sahaja, tidak perlu susah-susah, minta sahaja 2 atau 3 keping foto terbaru Nini daripada keluarganya yang lebih jelas dan terang supaya dapat dipergiatkan lagi pencarian Nini secara besar-besaran. Jangan lupa juga foto suspek ya. Jadi, penulis berharap kehilangan Nini yang sudah genap 10 hari akan berakhir degan penamat yang ceria, InsyaAllah.
Oh ya, sebelum terlupa, apakah pihak-pihak berkuasa serta pengamal media cetak dan elektronik tidak merasa sengal-sengal leher? Penulis mahu ke doktor selepas ini. Terima kasih
Sama-sama berdoa,
View technorati.com

Keindahan Solat Subuh

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
View technorati.com

Merokok memang membawa MAUT

Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit kronik menjelang 2015.

PENYAKIT yang ‘menyerang’ manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai ‘kronik’ berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain.

Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai ‘penyakit kronik tidak berjangkit’ (CNCD) itu
seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.

Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

“Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria,” katanya.

Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.

“Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015,” katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

“Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal,” katanya.

Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

“Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007.
“Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

“Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.

“Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok,” katanya.
Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

“Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok,” katanya.
Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.
View technorati.com

bagaimana memurahkan rezeki

Rezeki ada dua, rezeki batiniah dan rezeki zahiriah. Satu tak nampak dan satu lagi yang kita nampak.Rezeki batiniah adalah keseronokan yang kita dapat bila melakukan sesuatu. Ia lebih kepada rasa puas hati, suka dan gembira.
Rezeki zahiriah adalah rezeki dalam bentuk wang ringgit yang kita terima bila menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Tapi, bagaimana pula nak menarik kemurahan rezeki?
Rahsianya, Anda perlu cari rezeki batiniah dulu. Lakukan pekerjaan yang memberi Anda kepuasan, yang Anda sukai dan yang menjadi minat Anda.
Jika Anda tak merasa seronok dengan sumber rezeki Anda sekarang ini, cari cara bagaimana Anda boleh menjadi seronok melakukannya, seoleh-oleh Anda tak boleh hidup bila tak melakukannya dalam sehari. Cari dan gali keseronokan dalam apa jua pekerjaan yang Anda lakukan. Cara lain, Anda pindah kerja dan cari yang Anda minati walau sesusah manapun caranya.
Sebab, bila dah minat, duit menjadi perkara kedua. Duit yang banyak akan datang sendiri bila kemahiran Anda dah meningkat dan Anda rajin membantu orang lain dengan kemahiran Anda tu, bukan hanya mengharap bayaran yang tinggi. Di sinilah point di mana duit mengalir berterusan tanpa henti. Itulah rezeki zahiriah.
Seorang penulis menjana wang dengan kemahirannya menulis. Dia menulis bahan-bahan bacaan yang memberi kebaikan pada orang lain dan yang menjadi panduan pada orang lain. Lalu, orang lain membeli panduan yang ditulisnya untuk memperbaiki kehidupan mereka, diri mereka dan kewangan mereka. Sudah tentu seorang penulis seronok dengan pekerjaannya menulis.
Seorang technician komputer menjana wang dari pertolongannya membaiki komputer orang lain dan dia dibayar bila komputer rosak yang dibaikinya berfungsi semula seperti biasa. Lagi banyak komputer yang dia baiki, sudah tentu lagi banyak yang dia dapat. Semua duit mengalir tanpa henti. Sudah tentu juga bila makin banyak komputer yang dia baiki, makin seronok dia jadinya.
Rezeki tak mengalir berterusan kerana Anda meletak cari duit di tempat pertama dan cari keseronokan di tempat kedua. Duit akan datang berterusan bila ada keseronokan digabung dengan usaha, kualiti dan keikhlasan.
View technorati.com

BLOG percuma atau berbayar??

Terlebih dahulu, post kali ni tak point kepada sesiapa, ia cuma isu yang ditanyakan kepada saya melalui email, mengapa saya hanya gunakanblog percuma saja ..Sama ada menggunakan blog percuma atau yang berbayar, terpulang pada niat Anda mahu berblog, untuk apa menulis di blog dan tujuan sebenar Anda membina blog.

Saya fokus di tapak blog percuma ni kerana saya menggunakannya 100% untuk berkongsi ilmu dan menyebarkan motivasi di ruang Internet khususnya untuk pengguna Internet Malaysia, Brunei dan Indonesia.Walaupun saya tahu risikonya dari segi kredibiliti, imej dan tanggapan tak professional dari blogger lain, namun di sinilah platfrom permulaan untuk saya pamerkan expertise saya dan minat mendalam pada motivasi.

Buat masa ini saya lebih menumpu pada penambahan info dan artikel-artikel motivasi kerana hasil dari kajian yang saya jalankan, pembaca lebih menumpu pada info di blog dan kejujuran penulisnya.Blog percuma atau berbayar, terpulang pada Anda kerana masing-masing ada kelebihan sendiri, cuma Anda perlu optimasikan ia untuk do something good for others.

Jika Anda masih menggunakan blog percuma atau website percuma, jangan asyik rasa rendah diri dan jangan pula selalu membanding-bandingkan diri dengan blogger professional yang ada host berbayar, terima seadanya itu adalah kelebihan mereka.Buktikan kemampuan Anda pula dengan menjadikan tapak percuma tu untuk memperlihatkan kepakaran Anda bersaing dengan blog-blog lain yang menggunakan host berbayar, lama-kelamaan, pembaca akan respek juga pada Anda, tak kisah sama ada guna host percuma atau yang berbayar.

Saya tak tahu mengapa saya fokus pada blog percuma ni, tapi saya dah tak fikir tu, yang ada dalam minda saya cuma keseronokan menulis dan mengupdate blog. Keseronokan tu juga yang mendorong saya untuk rajin membaca buku-buku motivasi dan berbincang motivasi dengan kawan-kawan melalui Internet.Di alam sebenar, minat saya pada motivasi diperlekehkan dan dipandang serong.

Takde atlit renang lelaki beragama Islam yang minat membaca, dalam masa yang sama minat pada teknologi dan kewangan. Saya tak tahu kenapa saya minat, tapi ia berapi, galak menyala di dalam diri saya.Tips hari ini, jika ada orang perlekehkan apa yang Anda buat, biarkan saja mereka dan jangan biarkan kata-kata mereka menggangu fikiran Anda. Teruskan saja dengan apa yang Anda buat sekarang ini dan perlihatkan hasil kejayaan dari usaha keras Anda, itu akan membuat mereka terdiam kelu!!
Kata Andrew Matthews, Follow Your Heart!
View technorati.com