Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

CIPTA WANG SEBANYAK RM 1K ATAU LEBIH DI RUMAH TANPA MODAL

BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN SEHINGGA EMPAT ANGKA SEMINGGU DAN LIMA ANGKA DALAM MASA SEBULAN. TIADA RISIKO, HALAL SERTA MUDAH DILAKUKAN.BERKESAN ! MAHUKAH ANDA BEBAS DARIPADA MASALAH KEWANGAN. HANYA BEKERJA SELAMA 1-2 JAM DAN 3-4 HARI DALAM MASA SEMINGGU.

Rahsia dan Bagaimana dengan bermodalkan RM 20 sahaja anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM 1000 atau lebih seminggu dan RM 10,000 atau lebih sebulan. Ye,pelik tetapi hakikatnya Benar!!! Mudah dilakukan,Pantas,Hebat,Tiada Risiko,Tiada Unsur Penipuan dan sangat berkesan dan amat hebat.Terbukti dan Di Jamin SISTEM KEWANGAN ini dikaji dan di iktiraf oleh pakar dalam bidang perniagaan ini.

Anda tidak perlu risau SISTEM KEWANGAN ini BUKAN:-
· Berkaitan jualan langsung , perniagaan MLM , skim cepat kaya, pinjaman pelaburan atau sebarang penipuan.
· Mengikut masa –masa yang tertentu.boleh dilakukan secara sambilan bila-bila masa ,di rumah atau dimana sahaja.
·Tidak perlu Berurusan atau bercakap dengan sesiapa.Tidak memerlukan kemahiran ,kelulusan atau sebarang pengalaman tertentu.
·Tidak perlu Melibatkan urusan pejabat , mesyuarat atau bekerja dengan sesiapa.Bebas dijalankan tanpa sebarang pengawasan.

Pernahkan anda membaca buku yang ditulis oleh pakar dan penulis No 1 Malaysia “Jutawan Dari Plenet Jupiter” Azizi Ali ataupun buku yang yang terlaris “Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki – setelah meneliti dan fahami semua buku tersebut dan jalan untuk menjadi kaya adalah terbuka luas kepada mereka yang ada duit untuk menghasilkan Residual Income(pendapatan secara berterusan tanpa bekerja).

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang dikejar hutang Kad Kredit,Along,Bank Rakyat,Muflis dan sebagainya untuk berjaya saya pernah alami masalah tersebut seperti dunia adalah sempit setiap hari dikejar hutang. Akhirnya saya telah berjaya menemui Sistem Kewangan Hebat dan Rahsia Hebat ini dan ingin berkongsi dan memberi peluang anda bebas daripada masalah yang melibatkan kewangan.

Jika anda berminat sila lengkapkan atau isi borang yang di sebelah .Teknik “SISTEM KEWANGAN”ini amat mudah di fahami,ikuti dan dilaksanakan dengan mudah dan mampu dimiliki.Cepat bertindak “SISTEM KEWANGAN” ini adalah terhad dan harga bagi system ini adalah RM 20 sahaja jika di bandingkan dengan keuntungan dan pendapatan yang anda akan terima nanti.

Mulakan langkah anda ini demi menikmati kehidupan yang baik dan sempurna.9/10 rezeki datang melalui perniagaan jangan lepaskan peluang ini.Berminat sila e-mail di

ujangtrump@gmail.com

ataupun anda boleh terus sms atau hubungi saya di..

017-2744710/017-6021920-Ujang

Bagaimana membina bajet?

Membuat bajet sendiri kadangkala bukanlah sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi bila diakhir-akhir pengiraan, wang anda lebih banyak dialirkan untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Akan tetapi realitinya inilah perkara yang anda harus lakukan dalam menentukan kewangan keluarga anda sentiasa dipantau dan keluar masuk kewangan anda dapat ditentukan oleh anda.

Disini saya berkongsi dengan anda bagaimana menentukan bajet anda:

1. Kumpulkan semua bil-bil bayaran anda. Ia termasuklah penyata bank, akaun pelaburan, bil utiliti dan semua bil-bil pembayaran mahupun pendapatan sampingan anda. Dengan cara ini anda dapat menentukan berapa purata pengeluaran kewangan anda setiap bulan.

2. Rekod semua sumber pendapatan anda. Jika anda bekerja sendiri dan mempunyai banyak pendapatan sampingan diluar, pastikan income anda itu dicatat dengan sebaiknya dan dengan teliti. Jika anda sedang bekerja, catatkan gaji yang anda terima setiap bulan.

3. Bina senarai perbelanjaan bulanan. Senaraikan perbelanjaan keluar wang anda yang sentiasa berulang-ulang. Contohnya bayaran kereta, insurans, utiliti, dan sebagainya. Ianya bolehlah dikatagorikan sebagai bayaran tetap setiap bulan yang perlu anda bayar.

4. Buat pecahan untuk bayaran tetap dan bayaran berubah. Tetapkan bayaran yang tetap setiap bulan, contohnya bayaran untuk kereta, rumah, pinjaman da sebagainya. Manakala bayaran berubah adalah seperti bayaran utiliti, termasuk wang dapur, bayaran persekolahan anak, topup dan minyak kereta.

5. Kira keseluruhan jumlah pendapatan dan jumlah pengeluaran.Adalah amat penting untuk anda mengira keseluruhan jumlah pendapatan dan pengeluaran dan sentiasa membuat perbandingan. Jika anda mendapati banyak perbelanjaan keluar, anda harus membuat pemantauan semula dan perbelanjaan besar ini perlu dikurangkan sedikit.

6. Pantau setiap bulan perbelanjaan anda. Perbelanjaan anda perlu dipantau setiap bulan. Jika anda perlu menyediakan buku log khas keluar masuk duit anda ia amat digalakkan.
Dalam penentuan bajet diri atau bajet keluarga anda, amat penting disiplin diri yang tinggi.

Kawallah nafsu anda untuk berbelanja besar dan lebih. Buat simpanan tetap setiap bulan, dan nikmatinya saat tiba masa.Selamat menyediakan bajet anda!

10 bilionair bawah 35 tahun

Gambar :: Sergey Brin mempunyai kekayaan berjumlah RM59.5 bilion.

SEPULUH golongan muda sepatutnya berasa bertuah kerana mereka kini merupakan bilionair yang berumur di bawah 35 tahun. Menurut Forbes-New York Online yang disiarkan semalam, sebahagian mereka memperoleh kekayaan menerusi keringat manakala yang lain mewarisi kekayaan keluarga.

Menduduki tempat pertama dalam senarai itu adalah pengasas bersama enjin carian Google di internet, Sergey Brin yang berumur 34 tahun.Brin yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) memiliki kekayaan yang berjumlah AS$18.7 bilion (RM59.5 bilion) dan merupakan anak seorang profesor universiti.

Tempat kedua adalah rakan Brin yang juga membantunya mengasas Google iaitu Larry Page yang berumur 35 tahun tetapi memiliki kekayaan berjumlah AS$18.6 bilion (RM59.2 bilion).Page dan Brin bertemu di Universiti Stanford ketika mereka belajar untuk memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang sains komputer. Bagaimanapun, mereka keluar dari universiti itu untuk mencipta dan melancarkan enjin carian Google ketika berumur 25 tahun.Brin dan Page disenaraikan buat kali pertama sebagai bilionair ketika masing-masing berumur 30 dan 31 tahun.Pada tahun lalu, Page meminjam Pulau Necker milik bilionair Britain, Sir Richard Branson untuk melangsungkan perkahwinannya.

larry page

Sebanyak 600 tetamu menghadirinya termasuk penyanyi terkenal dari kumpulan U2, Bono dan bekas Presiden AS, Bill Clinton serta isterinya, Hillary.Menduduki tempat ketiga adalah seorang wanita dari China yang hanya berumur 26 tahun iaitu Yang Huiyan.Dia memiliki kekayaan berjumlah AS$7.4 bilion (RM23.5 bilion) menerusi warisan perniagaan keluarga daripada bapanya, Yeung Kwok Keung.Bapanya itu yang merupakan ketua syarikat hartanah Country Garden menyerahkan semua sahamnya kepada Kwok Keung pada 2005 iaitu tahun sama dia memperoleh ijazah dari Universiti Ohio State, AS.

Berada di tempat keempat adalah Kostyantin Zhevago dari Ukraine yang memiliki kekayaan berjumlah AS$3.4 bilion (RM10.8 bilion) dan kini berumur 34 tahun.Dia pernah menjadi pengarah kewangan di sebuah bank ketika berumur 19 tahun dan kemudian memperoleh saham majoriti dalam syarikatnya sendiri.Zhevago juga merupakan ahli parlimen di negaranya.

Menduduki tempat kelima adalah Xiaofeng Peng yang berumur 33 tahun yang memiliki jumlah kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM7.95 bilion).Dia menyertai perniagaan solar sejak tahun 2005 dengan mempunyai syarikat LDK Solar.

Berada di tangga keenam adalah Putera Albert von Thurn und Taxis dari Jerman yang hanya berumur 24 tahun tetapi mewarisi kekayaan berjumlah AS$2.3 bilion (RM7.32 bilion).Dia mewarisi kekayaan keluarganya sejak berumur 18 tahun dan tinggal di sebuah istana, memiliki tanah seluas 30,000 hektar dan menghabiskan masa lapangnya dengan memandu kereta lumba.

Menduduki tempat ketujuh adalah Xian Yang dari China yang berumur 34 tahun tetapi memiliki kekayaan berjumlah AS$1.6 bilion (RM5 bilion).Graduan dari Sekolah Polis Rakyat Sichuan dan bekas pegawai kastam itu memperoleh kekayaan menerusi perniagaan batu arang.Dia menyenaraikan syarikatnya Hidili Industry pada September 2007 di Hong Kong.

Berada di tempat kelapan adalah John Arnold dari AS yang berumur 34 tahun tetapi memiliki kekayaan berjumlah AS$1.5 bilion (AS$4.7 bilion).Arnold merupakan graduan pintar yang tamat belajar di Universiti Vanderbilt. Dia kemudian menjadi pedagang minyak untuk syarikat Enron. Selepas perniagaan syarikat itu runtuh, dia memulakan perniagaan dana lindung nilai, Centaurus Energy.Arnold merupakan senarai baru dalam bilionair muda Forbes.


Gambar :: Shivinder Singh

Menduduki tempat kesembilan adalah Shivinder Singh dari India yang berumur 32 tahun dan abangnya Malvinder Singh yang berusia 35 tahun. Kedua-duanya berkongsi kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM7.95 bilion) menerusi warisan perniagaan keluarganya.Shivinder dan adiknya, Malvinder mewarisi kawalan syarikat ubat Ranbaxy Laboratories. Ketika ini, Malvinder mengetuai Ranbaxy manakala Shivinder mengendalikan rangkaian hospital Fortis Healthcare.

Tempat terakhir adalah seorang wanita dari Lebanon, Hind Hariri yang berumur 24 tahun dan merupakan anak perempuan bekas Perdana Menteri Rafik Hariri. Hind merupakan lulusan Universiti America Lebanon di Beirut dengan memperoleh kekayaan berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.5 bilion) menerusi perniagaan keluarganya.


Gambar :: Hind Hariri

Dia kerap menyaksikan pertunjukan fesyen di Paris selain meminati ciptaan syarikat pakaian Chanel. – Agensi


Era emas bilionair muda Rusia

SEKUMPULAN generasi baru taikun Rusia bertambah dalam era pemerintahan Presiden Vladmimir Putin dengan bilangan bilionair kini berjumlah 101 orang.

Negara itu sekarang menduduki tempat kedua di belakang Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 415 bilionair manakala Jerman berada di tangga ketiga dengan 60 bilionair.

Taikun logam, menduduki tempat pertama dalam senarai bilionair Rusia dan bersaing hebat dengan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Oleg DeripaskaRoman Abramovich yang berada di tangga kedua pada tahun lalu.

Gambar : DERIPASKA (kanan) berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev di Krasnoyarsk baru-baru ini.

Deripaska yang hanya berumur 40 tahun dianggarkan memiliki aset berjumlah AS$40 bilion (RM128 bilion) manakala aset Abramovich, 41, hanya sebanyak AS$23 bilion (RM73.69 bilion).

Anggaran itu dilakukan oleh majalah Finans di Rusia yang menegaskan bahawa Deripaska merupakan ahli perniagaan paling aktif di negara berkenaan.Syarikat miliknya, Basic Element berkembang dengan meluas di luar negara menerusi pegangan saham dalam General Motors dan Magna International iaitu kumpulan alat ganti kereta Kanada.

Ia juga memiliki saham dalam Syarikat Hochtief dan Strabag yang merupakan kumpulan pembinaan Jerman serta Austria.

Sebagai perbandingan, akhbar Moskovsky Komsomolets membuat gurauan dengan menyatakan bahawa kekayaan Abramovich hanya bertambah sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) pada tahun lalu kerana dia menumpukan perhatian terhadap bisnes bola sepak."Chelsea dan lain-lain hobi seperti tidak membawa pulangan baik untuk perniagaan," komen akhbar itu yang merujuk pencapaian Abramovich.

Pencapaian Deripaska merupakan usaha berterusannya. Dia Deripaska dilahirkan pada tahun 1968 dan menjadi bilionair termuda Rusia ketika berumur 35 tahun.Ketika Kesatuan Soviet runtuh pada 1991, dia berumur 23 tahun dan merupakan pelajar di Universiti Soviet Union.

Gambar : ABRAMOVICH (kanan) berbual dengan kekasihnya, Daria Zhukova ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak di Stadium Bloomfield, Tel Aviv, Israel pada bulan lalu.

Deripaska kemudian memperoleh pekerjaan dalam industri pasaran logam dan pada tahun 1994, dia menjadi Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Aluminprodukt.Menerusi syarikat itu, dia mula membeli saham sebuah loji peleburan di Siberia.

Deripaska menjadi pengurus loji itu bagi mengelakkan ia diambil alih oleh bekas pemilik yang pernah mengancam untuk melancarkan bom grenad.Dia kemudian melancarkan satu siri pengambilalihan saham Transworld Group yang beribu pejabat di London sebelum menjalin usaha sama dengan Abramovich pada 2000 dengan menubuhkan Russian Aluminium (RUSAI).Ketika ini, RUSAI mempunyai jualan tahunan sebanyak AS$4 bilion (RM12.8 bilion) dan ia merupakan pengeluar kedua terbesar aluminium di dunia.

Perniagaannya yang lain adalah stesen tenaga, pemilik syarikat kereta dan kenderaan terbesar Rusia dan syarikat insurans.Gaya hidup Deripaska juga menarik kerana dia pernah menggunakan jet peribadi untuk pergi ke London pada setiap minggu untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Menurut tinjauan majalah Finans, Deripaska menyumbangkan ratusan juta dolar bagi membina sebuah kompleks sukan berhampiran bandar Sochi di mana Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan pada 2014.Rakan seperniagaannya, Abramovich menyumbangkan dana untuk pembinaan sebuah pusat latihan baru bagi pasukan bola sepak Rusia.

Ketika terdapat kebimbangan bahawa persaraan Putin sebagai Presiden akan mengurangkan aset bilioanir berkenaan, tinjauan Finans mendapati bahawa ia tidak akan berlaku.Para penganalisis berpendapat, kejayaan dalam perniagaan adalah mempelbagaikan aktiviti bisnes dalam industri yang mengalami pertumbuhan baru seperti pengeluaran kereta dan peruncitan. - Agensi


UAE Teratas Dalam Senarai Pelabur Arab Di Luar Negara, Kata PBB


DUBAI, 25 Feb. - Rentetan pengambilalihan besar-besaran di seberang laut menjadikan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pelabur Arab terbesar di seberang laut, dengan janji niaga keseluruhan berjumlah lebih AS$26 bilion dalam tempoh tujuh tahun, demikian menurut majalah Emirates Business.Memetik data-data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 2000 hingga 2006, Emirates Business berkata UAE sahaja menguasai lebih separuh daripada keseluruhan nilai pengambilalihan yang dilaksanakan oleh enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).


Menurut perangkaan Persidangan Perdagangan & Pembangunan PBB (Unctad), daripada jumlah yang tidak seberapa dalam tempoh 2000-2004, transaksi pengambilalihan UAE meningkat dengan mendadak kepada AS$4.7 bilion pada 2005 dan $21.6 bilion pada 2006 sekali gus melonjakkan nilai pengambilalihannya di luar negara kepada AS$26.5 bilion dalam tempoh 2000-2006.Peningkatan itu menjadikan UAE pembeli aset asing di luar negara terbesar di kalangan negara-negara Arab.


Mesir menduduki tempat kedua dengan pengambilalihan bernilai kira-kira AS$19.7 bilion dalam tempoh itu, diikuti Arab Saudi (AS$9.11 bilion) dan Kuwait (hampir AS$6.6 bilion).Meskipun saiz dan sumber minyaknya kecil, namun Bahrain muncul sebagai pelabur besar dalam pengambilalihan di luar negara dengan jumlah pelaburan bernilai AS$3.6 bilion dalam tempoh 2000-2006.


Lebanon juga merupakan pelabur penting dengan pengambilalihan bernilai kira-kira AS$$1.5 bilion.Emirates Business berkata laporan itu menunjukkan pengambilalihan GCC yang terdiri daripada UAE, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Qatar dan Oman, secara tergabung berjumlah kira-kira AS$46.7 bilion dalam tempoh 2000-2006.


Lebih setengah daripada urus niaga berkenaan dibuat pada 2006, melibatkan jumlah kira-kira AS$29.9 bilion.Kata Emirates Business, laporan PBB itu tidak memberikan perangkaan bagi 2007 tetapi memetik pegawai bank sebagai berkata jumlah keseluruhan transaksi pengambilalihan oleh GCC mungkin telah melebihi AS$70 bilion.

Lima Penduduk UAE Jadi Jutawan Setiap Bulan Melalui Skim Cepat Kaya


DUBAI, 22 Feb. - Sekurang-kurangnya lima penduduk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi jutawan setiap bulan melalui cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berjumlah sejuta dirham atau lebih (RM1=1.13 dirham).Akhbar Gulf News melaporkan bahawa sehingga kini, tidak kurang 905 juta dirham telah dibayar kepada sekurang-kurngnya 325 pemenang tujuh skim cepat kaya itu pada kadar lebih kurang 18.5 juta dirham sebulan.


Laporan itu menyebut bahawa sesetengah penduduk negara yang kaya raya ini berkongsi wang untuk melabur dalam skim itu setiap bulan dan berkongsi hadiahnya secara sama rata apabila menang.Ada antara mereka menggunakan wang yang dimenangi itu untuk menikmati kehidupan mewah dan ada juga yang menabungnya sebagai persiapan menghadapi masa susah, kata laporan itu.


Satu daripada skim berkenaan, "Mashreq Millionaire", yang dilancarkan pada 1995 dan merupakan skim cepat kaya yang paling awal diperkenalkan di UAE, telah melahirkan 159 jutawan setakat ini.Skim lain termasuk Dubai Duty Free, Abu Dhabi Duty Free, Postcard Millionaire, Citi Bank-Damas and RAK Bank Millionaire Programmes dan National Bonds.

PNB agih pendapatan lebih RM60b

SUNGAI PETANI 18 Feb. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) membayar lebih RM60 bilion dalam bentuk agihan pendapatan kepada kira-kira 8.8 juta pemegang unit amanahnya sejak skim dana pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) ditubuhkan pada 20 April 1981.
Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, keupayaan pihaknya membayar pulangan berdaya saing tersebut menunjukkan bahawa matlamat kerajaan untuk mengagihkan kekayaan secara sama rata di kalangan rakyat tercapai.

"Sehingga kini, PNB berjaya menggembleng lebih RM70 bilion daripada 8.8 juta pemegang unit amanah. Dengan sokongan dan keyakinan dari seluruh rakyat Malaysia, PNB berupaya berikan pulangan yang berdaya saing setiap tahun.

"Ini membuktikan bahawa unit amanah yang diwujudkan PNB menerusi anak syarikat iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah berjaya mengagihkan kekayaan negara secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pusat komuniti pintar PNB yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin di Kampung Hilir, Merbok, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

PNB kini mengendalikan lapan skim dana iaitu ASN, ASN2, ASN3, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD) dan Amanah Saham Gemilang (ASG).

Menurut Ahmad Sarji, sejak ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB), PNB sebagai jentera kerajaan juga telah menjalankan tugas dengan baik bagi menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Kita berjaya mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat melalui peningkatan pemilikan dan kepentingan dalam sektor korporat," katanya.
Sementara itu, Hamad Kama Piah berkata, pihaknya mengharapkan penyertaan lebih ramai pelabur dalam skim-skim amanahnya.

"Sekarang kita buka juga kepada pelaburan bukan bumiputera ini.''

"Pada masa yang sama, kita turut mengharapkan sokongan pengekalan pelaburan di kalangan pemegang unit bagi membolehkan PNB membayar pulangan kompetitif berterusan," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pusat komuniti pintar yang ditubuhkan oleh PNB di Kampung Hilir bernilai RM520,000 tersebut merupakan pusat kedua dibina selepas di Kampung Nenasi Pantai, Pekan, Pahang pada 7 April tahun lalu.

"Ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh PNB. Pusat komuniti pintar seumpama ini dilengkapi dengan 17 komputer, dua pencetak, sebuah pelayan (server) dan projektor bagi dimanfaatkan oleh 1,200 penduduk kampung ini," katanya.

Sementara itu, Zainuddin yang merupakan penyandang kerusi Ahli Parlimen Merbok berkata, kerajaan mengharapkan lebih banyak penyertaan badan-badan korporat menjalankan tanggungjawab sosialnya bagi membantu mengatasi masalah kemiskinan dan merapatkan jurang pengetahuan di kalangan rakyat.

''Saya rasa banyak masalah yang dihadapi masyarakat seperti kemiskinan, pelajaran dan sosial lain boleh diatasi sekiranya banyak korporat seperti PNB menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka,'' katanya.
View technorati.com