Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Awasi gula fruktosa dalam minuman ringan

Awasi gula fruktosa dalam minuman ringan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua pengguna terutama sekali penggemar minuman ringan supaya menghentikan segera tabiat itu kerana kajian mendapati gula fruktosa yang terdapat di dalam minuman ringan itu bertindak seperti lemak.

Menurut sesetengah saintis, fruktosa adalah gula yang mempunyai bahaya tersembunyi.Ia adalah jenis gula yang diperolehi daripada buah, tetapi menggunakannya sebagai pemanis dalam makanan lain adalah menimbulkan kontroversi semasa, dengan teori baru yang mengaitkannya dengan kegemukan dan isu kesihatan lain.

Fruktosa banyak digunakan di Amerika Syarikat, khususnya dalam bentuk sirap jagung yang banyak fruktosa untuk memaniskan minuman ringan. Ia mula terkenal apabila diperhatikan bahawa peningkatan dalam penggunaan sirap jagung yang banyak fruktosa oleh pengeluar makanan sama dengan peningkatan dalam kegemukan.

Tetapi fruktosa juga terdiri daripada 50 peratus sukrosa, jadi masalah itu bukan sahaja membabitkan sirap jagung tetapi juga sukrosa. Jus buah asli mengandungi banyak fruktosa, dan sungguhpun kita telah mengetahui sebiji buah adalah lebih baik dan gula serta asid dalam jus tidak baik untuk gigi kita, mungkin terdapat lebih banyak alasan untuk tidak meminumnya terlalu banyak.

Kajian telah menunjukkan fruktosa tidak bertindak seperti gula lain dalam tubuh, dan dimetabolismekan dalam cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia tidak menahan ghrelin, hormon kelaparan. Apabila perut kosong, paras ghrelin berada di paras tertinggi dan menyebabkan rasa lapar. Selepas anda makan, paras ghrelin menurun, menyebabkan anda rasa kenyang.

Tetapi disebabkan fruktosa tidak mempunyai kesan ke atas penahanan ghrelin, ia juga tidak menahan lapar. Jadi, bahayanya ialah anda akan makan lebih kilojoule kerana anda masih berasa lapar. Menurut sesetengah kajian, satu lagi masalah mengenai fruktosa ialah kesannya ke atas hati. Tidak seperti gula lain, yang dipecahkan oleh organ tubuh lain, fruktosa mengalir terus ke hati seperti lemak dalam perkataan lain, ia adalah karbohidrat yang bertindak seperti lemak.

Hasilnya ialah lemak dikumpulkan pada hati. Ia juga ditunjukkan menyebabkan tekanan darah tinggi, dan peningkatan kolesterol buruk (LDL). Walaupun fruktosa adalah gula buah, banyak lagi sumber yang boleh diperolehi selain fruktosa. Sebagai contoh, serat yang dikandungi buah untuk mengimbangi sebarang kesan berbahaya. Jadi jangan berhenti memakan buah.

Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang sewajarnya bagi mendidik pengguna dan pelajar sekolah agar tidak mengambil minuman ringan. - lanh

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Hukum Off Handphone Semasa Bersolat

Kadang-kadang manusia ni terlupa, masuk masjid ke surau ke tak off handset. Tiba-tiba tengah solat handset berbunyi. Apa nak buat?

Berhenti sekejap jawab telefon? Kita belajar sama-sama hukum off handset ni.



Bagaimana membina bajet?

Membuat bajet sendiri kadangkala bukanlah sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi bila diakhir-akhir pengiraan, wang anda lebih banyak dialirkan untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Akan tetapi realitinya inilah perkara yang anda harus lakukan dalam menentukan kewangan keluarga anda sentiasa dipantau dan keluar masuk kewangan anda dapat ditentukan oleh anda.

Disini saya berkongsi dengan anda bagaimana menentukan bajet anda:

1. Kumpulkan semua bil-bil bayaran anda. Ia termasuklah penyata bank, akaun pelaburan, bil utiliti dan semua bil-bil pembayaran mahupun pendapatan sampingan anda. Dengan cara ini anda dapat menentukan berapa purata pengeluaran kewangan anda setiap bulan.

2. Rekod semua sumber pendapatan anda. Jika anda bekerja sendiri dan mempunyai banyak pendapatan sampingan diluar, pastikan income anda itu dicatat dengan sebaiknya dan dengan teliti. Jika anda sedang bekerja, catatkan gaji yang anda terima setiap bulan.

3. Bina senarai perbelanjaan bulanan. Senaraikan perbelanjaan keluar wang anda yang sentiasa berulang-ulang. Contohnya bayaran kereta, insurans, utiliti, dan sebagainya. Ianya bolehlah dikatagorikan sebagai bayaran tetap setiap bulan yang perlu anda bayar.

4. Buat pecahan untuk bayaran tetap dan bayaran berubah. Tetapkan bayaran yang tetap setiap bulan, contohnya bayaran untuk kereta, rumah, pinjaman da sebagainya. Manakala bayaran berubah adalah seperti bayaran utiliti, termasuk wang dapur, bayaran persekolahan anak, topup dan minyak kereta.

5. Kira keseluruhan jumlah pendapatan dan jumlah pengeluaran.Adalah amat penting untuk anda mengira keseluruhan jumlah pendapatan dan pengeluaran dan sentiasa membuat perbandingan. Jika anda mendapati banyak perbelanjaan keluar, anda harus membuat pemantauan semula dan perbelanjaan besar ini perlu dikurangkan sedikit.

6. Pantau setiap bulan perbelanjaan anda. Perbelanjaan anda perlu dipantau setiap bulan. Jika anda perlu menyediakan buku log khas keluar masuk duit anda ia amat digalakkan.
Dalam penentuan bajet diri atau bajet keluarga anda, amat penting disiplin diri yang tinggi.

Kawallah nafsu anda untuk berbelanja besar dan lebih. Buat simpanan tetap setiap bulan, dan nikmatinya saat tiba masa.Selamat menyediakan bajet anda!

Kalau sijil SPM hilang

Soalan:
salam....
25hb nie ada interview jadi cikgu..sijil SPM original dah xde,dah hilang.ada sapa2 tau kat mana nak apply sijil baru? kat mana nak apply? ada sapa2 penah senasib dgn saya? tinggal 4 hari je sblm interview..sempat ke nie?? risaunya...saya area KL/sgor skrg....Jawapan:mm...naper baru nak apply...?? kalau 4 hari x sempat kecuali kalau buat rayuan..mungkin dapat, mungkin x... terpulang pada budi bicara.

Untuk pengetahuan, kalau sijil SPM hilang...pihak Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan sijil original dah...setiap warganegara malaysia hanya berpeluang memperolehi sekali sahaja sijil original tu...apa yang akan diberikan adalah salinan sijil...tapi salinan sijil tu masih valid untuk digunakan dimana2..

Berikut adalah maklumat berkaitan memohon salinan keputusan peperiksaan..

PANDUAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN

Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.

Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
-Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
-Nombor kad pengenalan lama dan baru
-Tarikh lahir
-Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
-Nama peperiksaan
-Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.

Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.

Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima.

Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

untuk muat turun borang boleh la layari laman web LPM di
http://www.moe.gov.my/lpm

pegi pada link muat turun then pilih menu sijil dan muat turun link PERMOHONAN MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.

Untuk pergi sendiri ke Lembaga Peperiksaan, dia bertempat di

Blok E11, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya...

Anyway, good luck.....
View technorati.com