Awasi gula fruktosa dalam minuman ringan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua pengguna terutama sekali penggemar minuman ringan supaya menghentikan segera tabiat itu kerana kajian mendapati gula fruktosa yang terdapat di dalam minuman ringan itu bertindak seperti lemak.
Menurut sesetengah saintis, fruktosa adalah gula yang mempunyai bahaya tersembunyi.Ia adalah jenis gula yang diperolehi daripada buah, tetapi menggunakannya sebagai pemanis dalam makanan lain adalah menimbulkan kontroversi semasa, dengan teori baru yang mengaitkannya dengan kegemukan dan isu kesihatan lain.
Fruktosa banyak digunakan di Amerika Syarikat, khususnya dalam bentuk sirap jagung yang banyak fruktosa untuk memaniskan minuman ringan. Ia mula terkenal apabila diperhatikan bahawa peningkatan dalam penggunaan sirap jagung yang banyak fruktosa oleh pengeluar makanan sama dengan peningkatan dalam kegemukan.
Tetapi fruktosa juga terdiri daripada 50 peratus sukrosa, jadi masalah itu bukan sahaja membabitkan sirap jagung tetapi juga sukrosa. Jus buah asli mengandungi banyak fruktosa, dan sungguhpun kita telah mengetahui sebiji buah adalah lebih baik dan gula serta asid dalam jus tidak baik untuk gigi kita, mungkin terdapat lebih banyak alasan untuk tidak meminumnya terlalu banyak.
Kajian telah menunjukkan fruktosa tidak bertindak seperti gula lain dalam tubuh, dan dimetabolismekan dalam cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Ia tidak menahan ghrelin, hormon kelaparan. Apabila perut kosong, paras ghrelin berada di paras tertinggi dan menyebabkan rasa lapar. Selepas anda makan, paras ghrelin menurun, menyebabkan anda rasa kenyang.
Tetapi disebabkan fruktosa tidak mempunyai kesan ke atas penahanan ghrelin, ia juga tidak menahan lapar. Jadi, bahayanya ialah anda akan makan lebih kilojoule kerana anda masih berasa lapar. Menurut sesetengah kajian, satu lagi masalah mengenai fruktosa ialah kesannya ke atas hati. Tidak seperti gula lain, yang dipecahkan oleh organ tubuh lain, fruktosa mengalir terus ke hati seperti lemak dalam perkataan lain, ia adalah karbohidrat yang bertindak seperti lemak.
Hasilnya ialah lemak dikumpulkan pada hati. Ia juga ditunjukkan menyebabkan tekanan darah tinggi, dan peningkatan kolesterol buruk (LDL). Walaupun fruktosa adalah gula buah, banyak lagi sumber yang boleh diperolehi selain fruktosa. Sebagai contoh, serat yang dikandungi buah untuk mengimbangi sebarang kesan berbahaya. Jadi jangan berhenti memakan buah.
Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang sewajarnya bagi mendidik pengguna dan pelajar sekolah agar tidak mengambil minuman ringan. - lanh
Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Showing posts with label pengguna. Show all posts

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!
Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.
Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.Kemudian, sebuah motosikal memotongnya.
Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi.
Tipah pulak cemas je dalam kereta.Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya…Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat.
Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:
Jangan sesekali tarik spray wiper;
Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.
P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.
View technorati.com

Subscribe to:
Posts (Atom)