ini ke contoh ARTIS kita?

Subhanallah, saya baru lepas solat maghrib.. Selepas itu terpandang di TV3 yang membuat review pasal Anugerah Juara Lagu. Apa yang saya nak sampaikan disini ialah mengenai Penampilan Artis di dalam kaca TV, sungguh lah seksi.. ibarat kan saya menonton Grammy Awards bukannya Anugerah Juara Lagu. Memanglah benda ini dah lama berlaku… Tetapi pernah kah kita terpikir bahawa kita hidup di dalam negara Islam.
So, tak pandai-pandai lagi pihak yang terbabit untuk mengambil tindakan. Faizal Tahir telah di ambil tindakan tapi bagaimana pula, Artis wanita yang memang jelas salah dalam undang-undang islam…(saya saja cakap undang-undang pada zaman ni mana takut dengan hukum)… Saya pun tak paham kenapa wujudnya Jabatan Agama Islam <– takkan nak tangkap ajaran sesat aje kot. Saya pun tak paham kenapa wujudnya beberapa lagi Jabatan yang di beri tanggungjawab oleh kerajaan untuk memantau aktiviti-aktiviti artis.
Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan Pihak Kerajaan atau Pihak Agama sahaja, Kita sendiri perlu ambil tindakan.. dengan cara tidak memuja pada artis, mempertengahkan isu ini, dan macam-macam cara lagi. Tapi kita tidak melakukan perkara sebegini… Kenapa? Adakah kita takut kita pula yang mengambil tindakan? atau pun NANTI DAH TIADA TEMPAT UNTUK CUCI MATA.
Apa punya gila lah… kalau kita berfikiran sebegini….

p/s :- yang haram tetap haram… tidak boleh di halalkan.. ( Cari rezeki dengan cara elok tak boleh? )
View technorati.com

No comments: