Rezeki ada dua, rezeki batiniah dan rezeki zahiriah. Satu tak nampak dan satu lagi yang kita nampak.Rezeki batiniah adalah keseronokan yang kita dapat bila melakukan sesuatu. Ia lebih kepada rasa puas hati, suka dan gembira.
Rezeki zahiriah adalah rezeki dalam bentuk wang ringgit yang kita terima bila menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Tapi, bagaimana pula nak menarik kemurahan rezeki?
Rahsianya, Anda perlu cari rezeki batiniah dulu. Lakukan pekerjaan yang memberi Anda kepuasan, yang Anda sukai dan yang menjadi minat Anda.
Jika Anda tak merasa seronok dengan sumber rezeki Anda sekarang ini, cari cara bagaimana Anda boleh menjadi seronok melakukannya, seoleh-oleh Anda tak boleh hidup bila tak melakukannya dalam sehari. Cari dan gali keseronokan dalam apa jua pekerjaan yang Anda lakukan. Cara lain, Anda pindah kerja dan cari yang Anda minati walau sesusah manapun caranya.
Sebab, bila dah minat, duit menjadi perkara kedua. Duit yang banyak akan datang sendiri bila kemahiran Anda dah meningkat dan Anda rajin membantu orang lain dengan kemahiran Anda tu, bukan hanya mengharap bayaran yang tinggi. Di sinilah point di mana duit mengalir berterusan tanpa henti. Itulah rezeki zahiriah.
Seorang penulis menjana wang dengan kemahirannya menulis. Dia menulis bahan-bahan bacaan yang memberi kebaikan pada orang lain dan yang menjadi panduan pada orang lain. Lalu, orang lain membeli panduan yang ditulisnya untuk memperbaiki kehidupan mereka, diri mereka dan kewangan mereka. Sudah tentu seorang penulis seronok dengan pekerjaannya menulis.
Seorang technician komputer menjana wang dari pertolongannya membaiki komputer orang lain dan dia dibayar bila komputer rosak yang dibaikinya berfungsi semula seperti biasa. Lagi banyak komputer yang dia baiki, sudah tentu lagi banyak yang dia dapat. Semua duit mengalir tanpa henti. Sudah tentu juga bila makin banyak komputer yang dia baiki, makin seronok dia jadinya.
Rezeki tak mengalir berterusan kerana Anda meletak cari duit di tempat pertama dan cari keseronokan di tempat kedua. Duit akan datang berterusan bila ada keseronokan digabung dengan usaha, kualiti dan keikhlasan.
View technorati.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment