Azharina kongsi cerita cintanya bersama Datuk Syukri"Sebelum ini saya memang tak tahu yang dia seorang ahli politik dan peguam . Dia menyamar jadi pemandu lori dan saya pula cakap tak bekerja."Selepas tu dia dapat nombor telefon saya melalui adiknya dan menghantar mesej yang ingin berjumpa dengan saya."Pada mulanya saya 'jual mahal' tetapi dia tetap tunggu untuk berjumpa saya selama dua jam."Sebab kesiankan dia, saya jumpa juga dan kami mula berkawan. Selepas tiga tahun baru saya tahu yang dia adalah seorang 'Datuk' melalui akhbar yang mengatakan dia menang kes," kata Nina yang bergelar isteri kepada Datuk Syukri Hj. Mohamad .
Bagi Nina, sikap ikhlas, lebih tua dan mempunyai 'grey hair' membuatkan beliau tertarik dengan lelaki yang berasal dari Kelantan itu."Sebab saya suka melihat warna rambut pelakon Richard Gere dan ahli politik Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah," ulas penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi dan Seandainya ini.
Menyentuh tentang anak, wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini akui teringin menimang cahayamata namun mereka belum dikurniakan rezeki."Lagipun kami jarang menghabiskan masa bersama. Saya ni seorang yang cepat bosan dan memang tak boleh jika terlalu kerap berjumpa."Banyak masasaya dihabiskan dengan kerja sebab saya seorang yang suka bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kualiti yang boleh memuaskan hati," terang Nina yang lebih senang membuat kerja di pejabat dengan usahanya sendiri walaupun mempunyai lapan orang staf yang boleh membantunya.
View technorati.com
View technorati.com
No comments:
Post a Comment