Dalam sejarah dunia, ada banyak rekod pemimpin-pemimpin dunia buat kenyataan yang mengagumkan, atau menggamamkan. Baik dan buruk. Pandai dan bodoh. Macam-macam ada.
Kalau dalam bahasa orang putih, dipanggil political catch phrase.
Antaranya, petikan klise kalimat Sukarno yang mahukan 10 pemuda untuk menggegarkan dunia.
Atau kata-kata mantan presiden Amerika Syarikat ketika kempen beliau pada 1988 George Bush Sr. “Read my lips: No new taxes.“
Atau suara Adolfo Suarez (presiden pertama Sepanyol dalam era demokrasi) dalam pilihanraya umum Sepanyol yang pertama pada 1978 - “Puedo prometer y prometo.” atau maksudnya dalam bahasa kita “Aku boleh berjanji, maka aku berjanji.”
Tapi aku bukan mahu singkap masa lampau. Bukan mahu mengajar sejarah.
Aku nak cerita tentang Perdana Menteri kecintaan semua, Pak Lah. Sempat juga aku tonton Buletin Utama semalam. Sudah lama juga tidak bertenggek di hadapan televisyen tepat jam 8 malam.
Macam biasa, musim orang sudah gatal tangan untuk memangkah sana sini, sudah tentu wartawan akan tanya soalan berkaitan dengan pilihanraya umum kepada pucuk pimpinan negara.
Apabila KWSP umum isytihar dividen 5.8% untuk tahun 2007, wartawan tanya sama ada ini langkah untuk pilihanraya. Pak Lah jawab:
“Biarlah. Dah ada duit lebih. Kita bagilah lebih. Ini masalah. Bila kita bagi lebih, depa kata election.”
Mudah saja analisa Pak Lah. Dekat di hati dan logik. Duit lebih, kita bagi lebih. Bukan untuk pilihanraya. Mungkin karakter jujur Pak Lah ini yang menambat hati kita semua pada tahun 2004. Hehe.
Wartawan tanya lagi adakah Barisan Nasional dapat mengulangi kejayaan bergaya pada tahun 2004 untuk pilihanraya kali ini. Pak Lah jawab:
“No. Tapi, kalau dapat, I would be thankful. I’m a realistic person.”
Bagus, Pak Lah. Kalau tak yakin, cakap saja. Biar semua tahu, ketua BN sendiri tidak yakin dengan prospek BN untuk kekalkan majoriti besar untuk pilihanraya kali ini.
Hidup mesti praktikal.
Aku rasa terhibur kerana telusnya Pak Lah boleh dilihat dalam dua soalan pada satu sidang media.
Cemerlang, Gemilang, Terbilang!
View technorati.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment