Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Malaysia Ada Hubungan Diplomatik Dengan Israel?

hari tu mmg di bangunan pwtc ada terpacak bendera israel bersama dgn bendera2 negara2 lain..lps harakah siarkan psl tu x lama bendera tu dh xda..
diaorg buang kot sbb dh jd isu...



GEMPAR! Yahudi & Malaysia dah ada hubungan diplomatik??!!


Terjemahan:
Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok Barat, Aras 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia
------------------------- ------------------------- ----------------------
SULIT No Ruj: PM/Pers/AHO/01/121 Jld 1
Tarikh : 16 Ogos 1999
Yang Dihormati Encik Ehud Barak,
Pertama-tamanya bagi pihak UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malayisa dan juga bagi seluruh Rakyat Malaysia, Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah dengan pemilihan tuan sebagai Perdana Menteri. Walaupun terlambat sedikit, kami mendoakan kejayaan tuan dalam kerjaya pada masa kini dan pada masa akan datang.
Sepertimana yang tuan sudah maklum, Menteri Luar saya, Encik Syed Abdul Hamid Albar akan menemani saya pada sessi yang seterusnya di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung di New York pada bulan September. Saya dengan tulus ikhlas berharap satu perjumpaan dapat diatur dengan Menteri sejawat dengannya iaitu Encik David Levy untuk membincangkan pengumpulan dana untuk parti saya bagi menghadapi pilihanraya umum di Malaysia. Saya percaya, melalui kecekapan dan kwibawaan pihak tuan, kita boleh berhubung dengan 'Tabung Clinton' untuk tujuan menghancurkan Perjuangan Para Pejuang Islam di Malaysia.
Adalah terlalu awal untuk menyatakan ini tetapi ingin saya menyatakan sekali lagi kesetiaan saya pada perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui pada tahun 1985 yakni pihak tentera US boleh menggunakan pengkalan tentera kami pada bila-bila masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini. Adalah diharap agar pihak tuan dapat menyampaikan mesej ini kepada Yang Dihormati Puan Madeleine Albright.
Adalah menjadi satu harapan saya jika dapat membentuk pendekatan baru dalam menubuhkan perhubungan diplomatik dengan Tel-Aviv walaupun saya terpaksa meyakinkan anggota-anggota kabinet dalam kerajaan dan juga rakyat untuk mengelakkan wujudnya penentangan yang tidak diingini.Dengan ini, saya menghargai kerjasama dan harapan yang diberikan oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat.
Sekali lagi saya bagi pihak parti, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan kejayaan tuan.
Yang benar
tt. mahathir
..................
s.k. Duta Malaysia ke USA

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY

IS IT GOLD !!!!NO

IS IT DIAMOND !!!!!! NO

IS IT MONEY !!! NO

IS IT OIL !!!!!! NO

CAN YOU GUESS ?????

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY


Tgk la penjajahan israel kepada bumi palestin, dari kawasan penjajahan yg kecil, sehingga menjadi sebuah wilayah takluk kan mereka, sungguh kurang ajar perbuatan israel ini kepada palestin, sungguh sedih sekali...

Keajaiban Tulisan Dlm Microsoft Word..Subhanallah..!!

Cuba buat n tgk...

1. Bukak Microsoft Word korang.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC 11 September tu..

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang korang nampak?

Allahuakbar!!!..sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ...

dah cube dan mmg btol.............

SUBHANALLAH....

Cubalah...dan sebarkan....

Olmert harap Oscar

CEDAR berdiri berhampiran poster filem arahannya Beaufort di Linwood Dunn Theater, Hollywood.


BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert (gambar) menamatkan mesyuarat Kabinet semalam dengan melakukan satu kenyataan yang jarang dilakukan.


Kenyataan itu adalah mengenai filem Beaufort dari Israel akan memenangi kategori filem asing terbaik dalam anugerah Akademi di Hollywood.


"Masa sudah tiba, bagi filem Israel memenangi Oscar," katanya kepada para menteri.
"Filem ini mewakili kewibawaan, kualiti dan wajar diberikan pengiktirafan.


"Saya berharap pengarah filem, Yossi Cedar dan semua pelakonnya menerima pengiktirafan dan perang mengenai Israel bakal menjadi topik untuk filem dan bukannya sekadar realiti harian," katanya.


Filem Beaufort diarahkan oleh Cedar yang mengisahkan sekumpulan askar Yahudi bertugas di sebuah pos pada hari-hari terakhir tentera Israel berundur selatan Lebanon pada 2000.


Kontroversi mengenai filem itu berlaku kerana pelakon-pelakon yang membintanginya tidak pernah menamatkan perkhidmatan ketenteraan selama tiga tahun. - AP

Ditekan Israel, Google Hapus Gambar Aboutrika “Sympathize With Ghaza”


Google akhirnya menghapuskan gambar Muhammad Aboutrika (Abu Turaikah) yang memperlihatkan T-Shirt nya bertuliskan "Sympathize with Ghaza" akibat tekanan Israel.
Israel ternyata tidak senang foto pemain bola sepak Mesir Muhammad Aboutrika (Abu Turaikah) yang memperlihatkan T-Shirt nya bertuliskan "Sympathize with Ghaza" beredar luas. Untuk itu rejim Zionis menekan Google supaya mesin pencari popular saat ini untuk menghapuskan gambar tersebut.

Surat kabar berbahasa Arab Al-Watan melaporkan, Google tak mampu menolak tekanan Zionis Israel dan akhirnya menghapus gambar Aboutreika yang mengenakan T-Shirt "Sympathize with Ghaza" dalam beberapa pose, dari mesin pencarinya.

Menurut Al-Watan, pencarian dengan menggunakan nama Aboutrika di Google memaparkan foto-foto pemain bola sepakMesir itu, tapi tidak foto Aboutrika yang sedang menunjukkan kaos putihnya bertuliskan "Sympathize with Ghaza." Padahal sebelumnya, foto-foto tersebut tampil di Google dengan berbagai pose.

Apa yang dilakukan Aboutrika saat bertanding melawan pasukan Sudan dalam Piala Afrika baru-baru ini memang telah membuat Israel berang. Rejim Zionis itu menuntut FIFA menjatuhkan hukuman berat pada Aboutrika kerana dianggap sudah melanggar tata tertib pertandingan.

Setelah berhasil menjaringkan gol, Aboutrika mengangkat bahagian depan jersinya dan terlihatlah tulisan di T-shirt putihnya "Sympathize with Ghaza." Ia melakukan itu sebagai bentuk solidaritasnya terhadap warga Jalur Ghaza, Palestina yang sedang diblok oleh rejim Zionis Israel.
View technorati.com

Uniknya Singapura, Israel

MEMANG sukar untuk menolak kenyataan bahawa Singapura tidak pernah sunyi daripada pelbagai masalah dengan negara jiran di sekelilingnya. Mungkin kerana Singapura adalah sebuah negara yang kecil keluasannya dikelilingi oleh negara yang lebih besar seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia membuatkan negara pulau tersebut sentiasa berwaspada dengan tingkah laku jiran mereka.

Barangkali juga Singapura berasa janggal dilingkungi oleh negara rumpun Melayu membuatkan mereka perlu sentiasa berada di hadapan dalam apa jua bidang. Jika timbul masalah antara Singapura dan jiran lain, perkara ini tidak menghairankan kerana ia dianggap sebagai satu kelaziman dan bukannya sesuatu yang pelik.Satu perkara yang menakjubkan ialah masalah yang berkisar di sekeliling Singapura jarang sekali mengeruhkan hubungan jangka panjang dengan jiran terdekat terutama sekali dengan Indonesia dan Malaysia.

Begitulah uniknya kedudukan Singapura, walaupun dikelilingi oleh negara rumpun Melayu tetapi masih mampu menjana persahabatan yang penuh bermakna.Walaupun tahap ekonomi Singapura jauh ketara berbeza dengan negara jiran lain, tetapi perkembangan ekonomi rantau Asia Tenggara ini masih mampu menampung perbezaan tersebut.Mungkin perbezaan perbelanjaan pertahanan di antara negara jiran di sesetengah rantau mampu mengeruhkan hubungan, tetapi faktor ini sebenarnya tidak mengganggu hubungan serantau Asia Tenggara.

Walaupun peruntukan pertahanan Singapura yang kadangkala mencecah sehingga enam peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka, faktor ini langsung tidak menggugat hubungan dua hala Singapura dengan jiran lain .Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mengikut asas perangkaan per kapita, Singapura memperuntukkan bajet pertahanan melebihi daripada apa yang diamalkan oleh Amerika Syarikat (AS), iaitu negara yang memberi peruntukan pertahanan paling besar.Mungkin ada sekali sekala negara jiran yang mempersoalkan keperluan Singapura memiliki aset ketenteraan yang dikatakan agak melampau, tetapi ia sama sekali tidak mengeruhkan hubungan jangka masa panjang.Seperkara lagi ialah hubungan akrab negara tersebut dengan beberapa negara di Asia Barat.

Bukan menjadi satu rahsia lagi hubungan akrab Singapura dan Israel adalah antara faktor terpenting yang telah membentuk Kota Singa tersebut hari ini. Keakraban bukan hanya terbatas dalam bidang pertahanan, tetapi menjangkau sehingga bidang lain seperti ekonomi, sosial dan politik.Singapura banyak belajar daripada pengalaman Israel kerana jika Singapura dikelilingi oleh negara rumpun Melayu, Israel pula dibayangi oleh negara Arab.Keakraban yang sudah terjalin buat sekian lama, diperkukuhkan lagi dengan lawatan Menteri Negara (Ehwal Luar) Singapura iaitu Zainul Abidin Rasheed ke Israel beberapa hari lepas.

Agenda pertemuan di antara Menteri Luar Israel Tzipi Livni dan Zainul di Baitulmaqdis dikatakan amat menarik jika diteliti dengan lebih halus. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah mengenai penyelesaian kemelut Palestin atau lebih khusus lagi inisiatif perdamaian yang dianjurkan oleh AS.Singapura mempunyai pendirian yang sama dengan Malaysia dan kebanyakan masyarakat antarabangsa untuk menyaksikan Israel dan Palestin sebagai negara yang merdeka hidup dalam suasana aman dan damai.Keunikan Singapura dalam konteks Asia Barat tidak terhenti dengan keakraban dengan Israel semata-mata, tetapi negara yang berkeluasan 643 kilometer persegi ini mempunyai hubungan yang begitu baik dengan negara Arab lain.

Memang benar, keakraban Singapura dengan negara Arab adalah kerana faktor ekonomi, tetapi ia sedikit sebanyak telah melampaui sehingga batasan geopolitik.Terbentuknya Dialog Asia-Timur Tengah (AMED) pada tahun 2005 yang dipelopori oleh Singapura adalah dalil yang jelas mempamerkan hubungan Singapura dengan negara Arab bukan hanya tertumpu kepada soal ekonomi semata-mata.Hubungan dengan negara Arab telah mula dijalinkan oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu Goh Chok Tong dan diteruskan sehingga ke hari ini. Malah Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew meneruskan dasar berbaik dengan negara Arab.Istimewanya kedudukan Singapura di Asia Barat terbukti apabila sebaik sahaja selesai melakukan lawatan ke Tel Aviv, Menteri Negara Singapura tersebut terus mengunjungi Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad di Ramallah, Tebing Barat.

Memang benar rundingan ulang-alik di antara Ramallah dan Tel Aviv sering dilakukan oleh Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice ataupun utusan khas Kuartet Timur Tengah Tony Blair, tetapi status kunjungan Zainul berbanding Rice dan Blair membawa makna yang jauh berbeza.Singapura sebenarnya mempunyai kedudukan yang begitu baik untuk menggunakan pengaruhnya dalam penyelesaian kemelut Palestin-Israel. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik dan jujur oleh pemimpin Singapura, maka masalah isu ini mungkin dapat dikendurkan sedikit sebanyak.

Washington umpamanya yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh bukan sahaja terhadap Israel tetapi negara Arab yang lain, masih gagal mencari penyelesaian kerana AS dikatakan mengambil sikap yang begitu berat sebelah.Persidangan damai Asia Barat yang dijangkakan diadakan pada hujung tahun ini di Annapolis, Maryland besar kemungkinan bakal menemui kegagalan kerana ada di kalangan negara Arab yang meragui kejujuran Washington.Singapura berjaya hidup dalam dunia rumpun Melayu kerana sejak dari dahulu pemimpin mereka agak pragmatik dalam menjalin hubungan dua hala di kalangan negara jiran.Sebab itu rantau Asia Tenggara jarang sekali melalui pergolakan walaupun terdapat perbezaan ketara dalam kebanyakan bidang sesama negara.

Israel pula yang dikelilingi oleh negara Arab sentiasa berhadapan dengan konflik kerana sikap Tel Aviv yang tidak mahu mengalah.Jika Singapura menerima banyak tunjuk ajar dan teladan dari Israel bagaimana untuk maju ke hadapan jika dikelilingi oleh jiran yang tidak boleh dipercayai, maka sudah tiba masanya pemimpin Singapura menggunakan pengalaman lebih dari empat dekad sebagai sebuah negara merdeka untuk memberi nasihat kepada Tel Aviv dan Washington bahawa pengamalan strategi berat sebelah tidak akan membawa penyelesaian.

Jika diandaikan pemimpin Singapura mengamalkan strategi seratus peratus bagaimana Israel berhadapan dengan negara Arab, maka sudah pasti rantau Asia Tenggara akan menjadi tidak ubah seperti rantau Asia Barat.Sebab itu pengalaman Singapura adalah begitu penting dan relevan untuk mengendurkan kemelut Asia Barat.

* PROF.MADYA SR DR. AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
View technorati.com

Boikot Israel!! Tapi Di Mana Kita??


Sekumpulan pegawai kanan S'pura ke Israel

SINGAPURA: Satu delegasi Singapura yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian, universiti dan juga para wartawan akan membuat kunjungan selama seminggu ke Israel mulai Sabtu ini.Mereka yang terdiri daripada pegawai Yayasan Kajian Kebangsaan (NRF), kementerian pelajaran, perdagangan dan industri dan kewangan akan diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri dan pengerusi NRF, Dr Tony Tan.

Menurut kenyataan NRF, delegasi itu akan melawat beberapa organisasi kajian penting Isreal.Dr Tan dan rombongannya antara lain akan bertemu para penyelidik dan pentadbir Institut Teknologi Technion, Universiti Hebrew di Baitulmaqdis, makmal kajian IBM dan Hewlett-Packard, pemodal dan ahli perniagaan Israel.

Lawatan itu bertujuan untuk memahami bagaimana minda keusahawan akademik dan persekitaran keusahawanan tekno dipromosi di Israel dan mengambil pengajaran daripadanya.Kunjungan juga akan melihat struktur dan sistem yang menyokong dan menggalakkan penyerapan kajian universiti ke dalam pasaran Israel, kata kenyataan itu.
- Bernama.
View technorati.com

YAHUDI amal perkauman di Hebron

BAITULMAQDIS: Lebih 40 peratus penduduk Palestin tinggal di Hebron, bandar di tengah Tebing Barat di bawah kawalan Israel, dipaksa meninggalkan rumah, manakala 75 peratus lagi terpaksa menutup perniagaan, lapor satu tinjauan dilakukan dua aktivis hak asasi Israel dan disiarkan semalam.

B’Tselem dan Persatuan bagi Hak Asasi di Israel berkata, perpindahan penduduk Palestin dari tengah Hebron berpunca daripada dasar pemisahan antara Yahudi dan Arab selain pelbagai sekatan dan kesengsaraan terpaksa dihadapi penduduk Palestin.

Orang Yahudi dan Islam percaya Hebron adalah kawasan pengebumian tokoh agama masing-masing dan pergolakan sering berlaku di kawasan itu.

Israel mengawal bahagian tengah bandar Hebron, manakala kira-kira 500 penduduk Yahudi tinggal di sebuah kawasan dikawal ketat, dikelilingi kira-kira 160,000 penduduk Palestin. Penduduk Palestin mengawal bahagian lain bandar itu.

Kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 1,014 unit rumah merangkumi 41.9 peratus daripada kawasan itu sudah kosong. Daripada jumlah ini, 65 peratus dikosongkan ketika kebangkitan kali kedua penduduk Palestin bermula pada 2000.

Jurucakap B’Tselem, Sarit Michaeli, berkata penduduk Palestin terpaksa berpindah berikutan tindakan tentera Israel mengawal ketat pergerakan dan kehidupan mereka. – AP
View technorati.com