Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Bakal isteri Ajai



Inilah bakal isteri komposer Ajai. Liza Ilyas namanya. Kini orang kuat bahagian promosi dan pemasaran Maestro Records. Dalam orang sibuk-sibuk bercerita pasal Ajai dan beberapa wanita, sebenarnya wanita inilah yang bertakhta di hati Ajai.
Mereka akan kahwin Julai depan.

"Tapi tarikhnya belum pasti lagi... kami dah bersetuju cari tarikh pada bulan Julai depan sebab saya dan Ajai masing-masing banyak komitmen kerja," kata Liza kepada ManggaOnline.

Liza, 35, sedar sejak gambar-gambar Ajai, 33, dan beberapa wanita tersebar di Internet, banyak juga yang bertanyakannya. Kata Liza dia tidak rasa tergugat kerana percayakan Ajai.
Malah Liza juga faham bidang kerja Ajai kerana dia sendiri seorang yang bekerja dalam dunia hiburan.

"Dalam urusan kerja Ajai bertemu dengan sesiapa sahaja. Kalau ada peminat yang bergambar dengannya macam itu tak boleh nak elak," kata Liza lagi.

Olmert harap Oscar

CEDAR berdiri berhampiran poster filem arahannya Beaufort di Linwood Dunn Theater, Hollywood.


BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert (gambar) menamatkan mesyuarat Kabinet semalam dengan melakukan satu kenyataan yang jarang dilakukan.


Kenyataan itu adalah mengenai filem Beaufort dari Israel akan memenangi kategori filem asing terbaik dalam anugerah Akademi di Hollywood.


"Masa sudah tiba, bagi filem Israel memenangi Oscar," katanya kepada para menteri.
"Filem ini mewakili kewibawaan, kualiti dan wajar diberikan pengiktirafan.


"Saya berharap pengarah filem, Yossi Cedar dan semua pelakonnya menerima pengiktirafan dan perang mengenai Israel bakal menjadi topik untuk filem dan bukannya sekadar realiti harian," katanya.


Filem Beaufort diarahkan oleh Cedar yang mengisahkan sekumpulan askar Yahudi bertugas di sebuah pos pada hari-hari terakhir tentera Israel berundur selatan Lebanon pada 2000.


Kontroversi mengenai filem itu berlaku kerana pelakon-pelakon yang membintanginya tidak pernah menamatkan perkhidmatan ketenteraan selama tiga tahun. - AP