Showing posts with label renungan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label renungan kehidupan. Show all posts

Doktor,Islam,dan Logik

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama....

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Pertama :Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan makanan dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam?Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Kedua :Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Ketiga :Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebatm 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah :Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

Kisah benar dari penjara Sg Buloh

Tak tau siapa penulis asal cerita ni..

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raiha & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati.Memang menarik kupasan ketiga2 ahli panel yg bijaksana tu. Tntg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku Utz Halim Din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara Sg. Buluh.Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana , Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supa dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat d jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. .........

mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung......

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

WALLAH HUALAM

Notis dlm Mulut Bayi

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat.

Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... Nak tahu ape dia ??Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi , "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut.

Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat.

Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknya.

Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini !

Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... untuk menanti ketibaan hari kiamat...Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur.

Waktu itu baru Turki dan Taiwan . Tup..tup.. Mexico di landa gempabumi yang dahsyat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Bila Paderi buka rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

** NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah.

Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi

Untuk renungan bersama. Sumber dari isuhangat.blogspot.com

Subject: Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi -Beautiful Ending

Assalamualaikum,
Saya dapat gambar ni dari rakan di Riyadh,
untuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain,
alangkah indahnya jika dapat mati dalam keadaan begini,
insyaallah.. Amin

Fwdkan kerakan2 yg lain agar manjadi teladan semua.
Wallahualam..Helmi Buhollia
Riyadh, KSA




Cerita Di Sebalik Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ......
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika ber sembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya?......

Setiap kita ada malaikat Malaikat
yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free",
Sekatan tol tiada,
Tiada "jem",
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga,
Tapi sekatannya MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi?

penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh
Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?.
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga Maka?

Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula..
Hilang duit,
Hati risau,
Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah...
Ampunkan kami kerana lalai...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu

Gawatkanlah / Gegar kanlah hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.

Amin...

Pendapat cendekiawan mengenai Nabi Muhammad SAW

Sebahagian dari apa yang dikatakan oleh cendekiawan bukan Islam mengenai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.

* Empat tahun selepas kematian Justanian, beliau (Rasulullah) telah dilahirkan di Mekah, seorang manusia yang akan membawa pengaruh terbesar kepada semua umat manusia
- John William Draper:A History of the Intellectual Development of Europe (1875)

* Cara beliau (Rasulullah) memberi layanan kepada musuhnya adalah contoh seorang manusia yang agung. Apabila mengalahkan musuhnya di Mekah, beliau adalah seorang yang paling berkuasa. Bandar yang pernah memekakkan telinga kepada seruannya, yang telah menghina dan menyeksanya sehingga terpaksa melarikan diri, kini berada dalam genggamannya. Menurut undang undang perang, beliau kini berkuasa untuk membalas apa yang pernah dilakukan kepada beliau dan pengikutnya. Tetapi apakah layanan yang beliau berikan kepada mereka? Hati beliau penuh dengan kasih sayang dan beliau mengumumkan bahawa, "dari hari ini anda semua adalah bebas." Beliau tidak membezakan sesama manusia begitu juga tiada sifat membenci antara manusia
- Prof K.S Ramakrishnan Rao

* Saya berpendapat bahawa wanita dalam Islam adalah jauh lebih bebas dari Kristian. Wanita dilindungi sepenuhnya dalam Islam berbanding dengan ugama (Kristian) yang menganjurkan monogami. Undang undang mengenai wanita dalam Al-Quran adalah adil dan saksama. Hanya dalam masa 20 tahun yang lepas di England, hak wanita terhadap harta diperkenalkan, sedangkan dalam Islam ianya telah wujud sekian lama. Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa dalam Islam wanita tidak mempunyai sebarang hak
- Annie Besant:The Life and Teachings Of Muhammad (1932)

* Undang Undang Muhammad (undang undang Islam) yang menguasai semua, dari yang berkedudukan paling tinggi sehingga yang rendah, adalah satu bentuk undang undang yang paling bijak, paling berkesan dan yang paling objektif dalam sejarah dunia
- Edmund Burke:Impeachment of Warren Hastings

* Sekiranya tujuan, kebolehan dan keputusan menjadi kriteria untuk mengatakan seorang itu adalah seorang yang bijaksana, maka tiada seorang pun manusia pun yang boleh menandingi Muhammad (S.A.W). Manusia yang paling agung hanya mampu mencipta senjata, undang undang dan empayar. Mereka hanya mampu mendapatkan kekuasaan sementara yang seringkali tumbang di depan mata mereka. Manusia ini (Rasulullah) bukan sahaja memberi kesan kepada tentera, empayar, manusia dan dinasti, tetapi juga memberi kesan kepada berjuta manusia di dunia ini. Berdasarkan sebuah kitab (Al-Quran) setiap ayat menjadi perundangan, beliau telah menyatukan semua manusia tanpa mengira bahasa mereka atau bangsa mereka
- Lamartine:Historie del la Turquie (1854)

* Penyebaran agama Islam adalah satu yang amat menakjubkan dalam sejarah peradaban manusia. Bermula dari sebuah negara yang tidak dikenali, Islam berkembang sehingga setengah dunia dalam hanya satu abad. Ianya telah menumbangkan banyak empayar agung, ugama lain yang telah lama bertapak, membina semula jiwa setiap bangsa dan membina sebuah dunia baru - dunia Islam
- A.M Lothrop Stoddard:The New World Of Islam (1932)

* Eropah bergelap semasa matahari terbenam, Cordova terang benderang dengan lampu jalanan; Eropah kotor, Cordova membina seribu rumah mandi; Eropah penuh dengan serangga pengotor, Cordova menukar pakaian mereka setiap hari; Eropah dipenuhi dengan lumpur, jalan di Cordova indah; istana Eropah mempunyai lubang di bumbungnya, istana di Cordova penuh kemewahan; kaum bangsawan Eropah tidak mampu menulis nama mereka sendiri, budak budak di Cordova pergi ke sekolah; paderi Eropah tidak boleh membaca tulisan mereka sendiri, guru guru di Cordova membina ratusan perpustakaan yang tiada bandingannya
- Victor Robinson:Islamic Contribution To Civilization

kisah dari iraq

Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya,dengan tujuan menangkap saudaranya.

Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar dari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS.

Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad , mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq .

/Mafkarat al-Islam /berhasil mendapatkan salinan surat tersebut./

Bismillahirrahmani r rahiim.

/*Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has Hefathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.*[ /Qur*an /, Surat 112 *al-Ikhlas*] /

/Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalambagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman. /

/Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu? /

/Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar. /

/Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak. /

/Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka!Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb. /

/Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. /

/Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.. /

/Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, danmembiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantarakami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentaramemukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya.Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembokpenjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuhdiri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya* /

/Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia MahaPengampun. /

/Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkankami bersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai. /

/Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami* /

/ Waa Mu*tasimah!. /

/Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan paramuslimah belum berakhir. /

*_Hatta mataa haadza s-sukuut !! _*

*Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi.. *

*Entah berapa lagi akan segera menyusul *

*Kelmarin, hari ini dan besok *

*Begitu seterusnya.. *

*Ya Rabb nasyku ilaika dafa quwwatina *

*Wa qillata hiilatina *

*Allahumma n-shurna nashran adziima *

*Allahuma alaika bil haaula l-kuffar *

*Allahuma alaika biman adzaa l-muslimin. *

Artist/industri Hiburan, memperlekehkah agama?

www.mstar.com.my

Kakak Tua: Awal dibuat, akhir diingat!

09-04-2008 11:50:41 AM

RASA termengkelan di hati dan bertambah keliru bila ramai orang seolah membiarkan saja kekeliruan tentang hukum agama berlaku.Kalau sudah keliru satu hal, dibuat pula interpretasi sendiri tentang hukum hakam, yang mana begitu jelas sekali definisinya, dari aspek betul atau salah.Setakat menjatuhkan bibir atas dan bawah memang mudah. Jangan pandai cakap saja kalau tidak diiringi dengan perbuatan kerana perlakuan itu tidak ubah seperti haiwan yang pandai berkata-kata.Ramai orang tahu kedudukan kaum khunsa, pondan dan Mak Nyah dalam Islam.

Seperti rekod rosak, apabila sering diingatkan jangan kita ikut jejak umat Nabi Luth kerana Allah melaknati kaum itu dan Nabi Muhammad SAW juga tidak mengaku umat.Namun, semakin ditasak ke telinga, semakin menjadi-jadi dan membiak kaum songsang ini di dalam industri kita.Begitu ketara sekali pertumbuhan umat ini terutama di dalam industri hiburan secara sedar atau tidak.

Tapi kita hanya membiarkan saja kemungkaran demi kemungkaran berlaku di depan mata kerana kita lemah dan tidak kisah.Biarpun, yang sesat dan mungkar itu orang Melayu dan artis Melayu. Malah bagaikan satu kebanggaan pula bila berada dalam kelompok 'ekslusif' begini. Ramai yang tahu ke ujudan kelab 'gay' tapi tidak perlulah jaga tepi kain orang, katanya. Nafsu nafsi. Nau'uzubillah.Ketika orang berseloroh menggunakan dialog 'Anak siapalah ni?' - Kakak Tua tidak rasa lucunya cuma akui kesan dialognya yang agak dalam kerana sesuai sangat ditujukan pada mereka yang tersesat jalan ini.Mana tidaknya, anak siapakah yang berani menodai agama sendiri dan membelakangkan hukum Islam.

Berapa kerat yang berhati walang mendengar cakap-cakap lepas kaum 'lembut' tentang agama?Baik program Melodi yang hangat dengan gosip murahan dalam kain dan fitnah sampai kepada bual bicara AC Di Sini ke program realiti Akademi Fantasia, 'juadah' tersaji ini adalah santapan enak untuk wartawan tapi jarang yang jadikannya modal.Mungkin juga takut dipulau nanti!

Jadi, bila pelawak Dee mempertahankan cara pakaian wanitanya betul dan berani pula memberi dalil...'Kalau tuhan marah, tentu tuhan telah melaknat saya' - berdesing telinga Kakak Tua.Tergamakkah kita mengheret Tuhan ke satu kancah yang kita sendiri cipta? Inilah yang Kakak Tua panggil defensive coping.Terang-terang dah bersalah, diam sajalah.Sudahlah pakai baju perempuan, peradapan dan kondisi menyerupai perempuan, jelas sekali salah dan berdosa. Kalau masih hendak pakai juga, sendiri tanggunglah. Jangan bagi dalil bodoh yang tidak masuk akal.

Hairan juga ya, bila 'udang tidak tahu di bongkoknya.' Mungkin iramanya tidak sama tapi genrenya tidak jauh beza, bila di luar sana genius Matematik Sufiah Yusof mengaku tidak menyesal memilih bidang pelacuran sebagai profesionnya.Kalau Sufiah sanggup meletakkan keadaannya seperti 'Sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum', siapalah kita untuk melarangnya?Bak kata orang, 'Awal dibuat, akhir diingat' dan begitulah 'bernas'nya fikiran mereka yang telah Tuhan sempitkan akalnya dan menzahirkan sesuatu dari dalam hati. Rasa pedih cuping telinga bila agama dipersendakan.

Spesies begini berada di mana-mana. Ibarat 'Ular bukan, ikan pun bukan', jadi kita sendiri susah hendak mengkategorikan mereka. Mungkin juga sekerat ular, sekerat belut. Bukan sahaja mereka keliru tetapi mereka mengelirukan orang ramai. Yang pasti apa yang telah diucapkan cukup 'menghiris' hati kita sebagai orang Islam.

Benarlah kata arwah ayah, 'Kalau jenis tebu, takkan pahit rasanya.'Lantas ingatan Kakak Tua terus pada filem Isi Neraka, tahun 1962 di mana hero watak jahat Almarhum Salleh Kamil berlakon sebagai Wira mengerang kesakitan ditelan bumi! Kalau tidak silap, dialog yang diucapkan setelah dia terajang ibunya yang sedang sembahyang ialah "Siapa Tuhan?"Kebencian yang dicetuskan setelah filem ini disiarkan cukup hebat. Dan arwah Salleh Kamil juga khabarnya berasakan derita dan penyakit angin ahmar yang dihadapinya merupakan bala yang didatangkan oleh Allah SWT selepas mengutarakan dialog 'mungkar' itu dalam filem Isi Neraka tersebut.Namun arwah bersyukur kerana diberi kesempatan bertaubat.

Kalau orang Melayu megah buat kesimpulan sendiri tentang hukum agama seperti tidak salah bersentuhan dengan bukan muhrim kalau sedang berlakon, misalnya. Lain pula halnya dengan beberapa personaliti bukan Melayu yang tiba-tiba mendapat 'hidayah' dan seolah-olah mentarbiyahkan diri mereka berjinak-jinak dengan dunia Islam.

'Sejuk hati' bila penerbit filem Baldev Singh beriya-iya mempertahankan moraliti filem 'Akhirat' yang didakwanya dapat menginsafkan umat Islam walaupun banyak terselit nahu lucah di dalamnya, Datuk Seri Samy Velu pula bercakap soal ikhlas dan penerbit filem jutawan David Teo pula berkata pasal niat, nawaitu dan konsep 'halal'. Begitu juga Hans yang tak lekang dengan 'Insya Allah' di bibirnya...Gambaran di atas tidak ubah seperti zaman jahiliyah sedang berulang di mana semua orang bebas melakukan dan melahirkan apa saja sesuka hati. Tidak ada sekatan dan larangan.

Maka diturunkan Al-Quran dan Nabi SAW kita.Itu dulu tapi sekarang setelah ada Al-Quran sebagai pedoman, ada lagi orang Islam yang masih 'sesat.'.Orang yang dilahirkan Islam memberi skop mudah tentang hukum hakam sementara orang bukan Islam pula berlembut hati untuk memenangi umat Islam atas sebab-sebab tertentu, yang mana mereka lebih arif kenapa dan mengapa mereka berbuat demikian.

KAKAK TUA: Janganlah bagai orang berjudi - menang mua, alah hendak berbela!

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Semoga Allah SWT menimpakan Azab Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju Terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon.

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Written by Ummu Raihanah

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan.Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata'ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.

Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan di sekujur tubuh.Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam.Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon. ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir.Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya.

Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah SubhanahuWata'ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup.

Demikianlah,mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.

Benarlah firman Allah SubhanahuWata'ala :"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur'an itu benar "(Fushilat:53)

Dipetik dari:Majalah Qiblati, vol.01/no. 09/Mei-Juni 2006 terbitan Jeddah, KSA.

* Tambahan dari penulis : Berdasarkan berita terbaru minggu ini sampai saat ini Sharon masih koma (tidak sedarkan diri) dalam ruang ICU.

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu.

Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan.

Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri.

Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Pengakuan Sufiah gembira jadi pelacur


GADIS yang pernah menggemparkan dunia kerana memasuki Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun pada 1997, Sufiah Yusof membuat pengakuan mengejutkan berhubung kerjayanya sebagai teman sosial dan jual tubuh.

Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

"Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

"Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka," kata Sufiah.

"Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman," tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307).

SUFIAH (tengah) bergambar bersama bapanya, Farooq dan kakaknya, Aisha pada tahun 1997 di Universiti Oxford.

Ganjaran besar yang dijanjikan oleh bos agensi itu cukup menggoda dirinya.

"Saya sudah belajar bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun saya mahukan kegembiraan," katanya.

Sufiah mengaitkan dirinya dengan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen, Belle De Jour yang dilakonkan oleh aktres Billie Piper.

"Saya pernah membaca diari De Jour iaitu seorang gadis teman sosial di London dan kisahnya mempesonakan.

"Ketika seorang wanita yang memakai sut bertanya jika saya menimbangkan untuk menjadi teman sosial, saya mendapati ia menarik.

"Saya kemudiannya pulang, melakukan penyelidikan agensi (teman sosial) di internet dan mendapati sebuah agensi yang saya anggap kelihatan seperti profesional.

"Saya menghantar gambar-gambar dan mereka (pekerja agensi teman sosial itu) meletakkan gambar saya di laman mereka," akui Sufiah.
Beberapa hari selepas gambar itu disiarkan di laman web, dia memperoleh pelanggan pertama.
"Saya berasa gementar tetapi teruja," katanya yang kini berumur 23 tahun.

Menurut Sufiah, pelanggan pertamanya berumur lewat 20-an, tinggi dan tampan.

"Saya berpendapat, saya tidak mempercayai saya memperoleh bayaran kerana tidur dengan lelaki tersebut," katanya.

Sejak itu, dia mula membina tapak untuk pelanggan-pelanggan kaya dan bertemu antara lima atau sepuluh lelaki pada setiap minggu.

Sugar dady Sufiah memberi layanan kepada dirinya dengan memberikan pakaian, beg, undangan menaiki kapal layar dan helikopter.

Menurutnya, dia boleh memperoleh lebih £1,000 (RM6,373) satu malam termasuk makan dengan seorang pelanggan dan bersamanya.

"Ia kelihatan seperti mereka mahu menyelamatkan saya. Seorang lelaki bertanya kepada saya berapa banyak saya peroleh setahun.

"Saya menyatakan £60,000 (RM382,412)." katanya.

Menurut Sufiah, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia akan membayar wang dalam jumlah itu dan masukkan ke dalam bank serta membeli sebuah flat di mana dirinya bakal menjadi perempuan simpanan.

"Namun, saya tidak mahukan semua itu kerana saya gembira apa yang lakukan sekarang," katanya.

"Kerja sebagai teman sosial memberikan saya satu kehidupan menakjubkan.

"Saya masih seronok belajar dan ia meletakkan saya dalam rangka pemikiran betul untuk perbualan bijaksana dengan pelanggan saya," jelasnya.
Bagaimanapun, dia mengakui tidak semua tugasnya itu berjaya.

"Pada akhir pertemuan, anda tidak perlu tidur dengan seorang pelanggan jika anda tidak mahu melakukannya.

"Saya sudah melakukannya dua kali. Dua lelaki yang saya tidak tidur bersama mereka adalah lelaki yang terlalu muda dan gementar. Saya meninggalkan mereka kemudiannya," kata Sufiah.

"Pelanggan paling membosankan yang saya pernah temui adalah seorang lelaki kaya yang bercakap mengenai kereta sepanjang malam," katanya.

Bercakap mengenai perpisahannya dengan ibu bapanya, Sufiah berkata: "Saya boleh menggambarkan hubungan kami sebagai renggang.

"Kadang-kadang, saya menghubungi mereka tetapi saya tidak dapat membuat spekulasi mengenai apa reaksi mereka mengenai hidup baru saya.

"Saya tidak berasa sebarang perasaan kesal. Saya berasa lebih berkeyakinan berhubung tubuh saya," jelasnya.

Ibunya, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Farooq Yusof ketika ini dipenjarakan 18 bulan kerana mencabul dua gadis ketika mereka mengikuti tuisyen matematik.

"Dan saya tidak percaya pendidikan saya membazir secara faktanya, pada kebiasaannya saya menyelesaikan masalah pembelajaran saya sebelum melakukan temu janji," katanya.

"Pelanggan saya menyukai fakta bahawa saya boleh merangsang pemikiran dan tubuh mereka," jelas Sufiah.

Ketika akhbar News of the World mendedahkan Sufiah bekerja menjual tubuh, gadis itu mendakwa dia sedang belajar sarjana ekonomi. Sufiah juga mendedahkan bahawa semakin membesar, dia bergaduh dengan bapanya kerana dia mendesaknya supaya berjaya dalam akademik.

"Dari umur 11 tahun, saya belajar matematik pada setiap masa. saya tidak mempunyai kawan-kawan," katanya. - Agensi

Sufiah Better Than 'bohsia'

DIKAU BELUM TERLEWAT SUFIAH YUSSUF.



SURAT TERBUKA UNTUK SUFIAH YUSSUF.

Assalamualaikum w.b.t

Wahai saudara seagama-ku Sufiah Bt. Yusof, aku adalah diantara jutaan rakyat Malaysia yang dikhabarkan mengenai 'Tragedi' yang menimpa mu.Sungguh memeranjatkan dan mengecewakan....namun kami tidak boleh menghukum mu dengan serta-merta.Sesungguhnya keadaan huru-hara dari dalam 'SYURGA' mu telah menyahkan engkau dari nikmat kebijaksanaan yang dipinjamkan oleh ALLAH S.W.T.

Aku tahu 'SYURGA' yang kita diami pasti bertukar menjadi 'NERAKA' andai penghulu dan pembantunya menghuru-harakan keadaan dan seakan merentap nikmat kebahagiaan yang dikecapi sebelumnya.Engkau masih muda walaupun pada usia yang terlalu muda juga engkau telah melalui satu proses kematangan yang luar biasa sehingga mengikat jodoh pada usia 19 tahun.Kini bala dari Allah telah menghampiri dengan terpampang 'POSE MAUT' mu di dada akhbar 'News Of The World'.

Sesuatu yang mengaibkan....namun kami tidak berasa apa-apa perasaan melaikan kejutan untuk Malaysia.Ingatlah, bahawa belum terlambat untuk mu menukar hala tuju kepada kedamaian hakiki.Percayalah, bahawa ALLAH S.W.T sahaja yang layak menghakimi kita.Jangan engkau risau dan takut dengan 'reaksi negatif' dari mahkluk ALLAH yang lain.

Kerana sesungguhnya, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang layak menilai kita.Yakinlah bahawa 'SEMULIA-MULAI INSAN ADALAH MEREKA YANG BANGKIT DARI KEJATUHAN DAN PENGAIBAN SEHINGGA DIANGKAT SEMULA OLEH MEREKA YANG PERNAH MEMALING DARI MU'.Semoga engkau, SUFIAH YUSOF akan kembali menyuci nista.Itu satu-satunya harapan kami rakyat Malaysia yang mengharapkan ilmu-mu untuk peradaban bangsa Malaysia dan dunia.

BANGKITLAH DARI KAMAR INDAH 'SYAITAN' KERANA SESUNGGUHNYA TUHAN-mu SENTIASA MENERIMA TAUBAT DARI HAMBANYA.

P/S: TOLONG PANJANGKAN SEHINGGA SUFIAH DAPAT MEMBACANYA.INSYAALLAH.

p/s Kepada Datuk Dr. Masitah Ibrahim yang ditugaskan oleh boss-nya Datuk Ahmad Zaid Hamidi untuk mengetuai proses pemulihan terhadap Sufiah, tolong jangan guna 'FATWA HADHARI' yang pernah Dr. nyatakan suatu ketika dulu yakni "Boleh Melacur Jika Dalam Keadaan Darurat" Percayalah, Dr. akan turut menerima 'SAHAM' andai ada yang mengguna-pakai 'FATWA' tersebut sebagai menjalani kehidupan ini.

Michael Majid Wolfe tertawan dengan ibadat solat


“AGAMA kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit dan susah untuk difahami.Agama itu tidak memerlukan manusia perantara. Malahan, ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.“Dalam agama itu juga perlu ada ritual atau amalan harian agar kesedaran diri dapat dipertajamkan dan minda dapat didisiplinkan.
Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu menggantikannya dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam, semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari,” tegas pendirian pemenang Anugerah Wilbur 2003, Michael Majid Wolfe.
Kenyataan itu dipahat pada buku berjudul Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith yang dikategorikan sebagai buku terbaik bertemakan keagamaan.Hakikatnya, penonjolan beliau dalam dunia penulisan sama ada di media cetak mahupun media elektronik adalah kerjaya yang tidak dapat disangkal lagi.
Antara buku-buku Majid Wolfe yang mendapat perhatian ialah The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca (1993) dan One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage (1997).Majid Wolfe sedang menyiapkan novel berjudul, Just Look At You Now dan baru menamatkan jilid keempat puisi bertajuk, Digging Up Russia.
Beliau sekali sekala menulis dalam sebuah laman web iaitu Beliefnet.Pada April 1997, beliau pernah ke udara dari Mekah melaporkan perkembangan ibadah haji di televisyen ABC. Program ini memenangi Anugerah Media daripada Majlis Perhubungan Awam Muslim. Pada Februari 2003, beliau berkhidmat dengan CNN International dan menerbitkan dokumentari setengah jam mengenai ibadat haji.Sementara pada 1999, Majid Wolfe membantu penubuhan sebuah institusi media pendidikan yang memfokus kepada usaha mempromosikan keamanan menerusi media Unity Productions Foundation (UPF).
Pada 2002, UPF berjaya menerbitkan filem pertama berjudul, Muhammad: Legacy of a Prophet, sebuah dokumentari televisyen selama dua jam mengenai sirah hidup baginda Rasulullah s.a.w.Filem di bawah tanggungjawab Majid Wolfe itu berjaya ditayangkan di siaran National Geographic International.
Kerja keras beliau berbaloi apabila usaha getir beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Juri bagi Dokumentari Profesional Terbaik.Pada tahun ini juga, Majid Wolfe berjaya menyiapkan pembikinan dua filem berjudul: Cities of Light: The Rise anda Fall of Islamic Spain yang ditayangkan pada Ogos lalu. Ia diikuti filem yang dipetik daripada sebuah kisah benar perjuangan pembebasan seorang putera dari Afrika yang diberi judul, Prince Among Slaves.
Majid Wolfe dilahirkan pada 3 April 1945 di Amerika Syarikat (AS). Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Natijah daripada perkahwinan campur itu, beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian.Pun begitu, kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya.
Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi) dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula baginya diselimuti pelbagai misteri.
Beliau bukan sahaja seorang penyajak dan penulis malah Presiden serta Penerbit Eksekutif UPF. Selain itu, Majid Wolfe juga ialah pensyarah tetap terutamanya dalam menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu Islam di beberapa buah universiti sekitar AS termasuk di Harvard, Georgetown, Stanford, SUNY Buffalo dan Princeton.
Beliau merupakan pemegang ijazah pengajian klasik dari Universiti Wesleyan.Pengetahuan beliau tentang agama Islam bermula selepas banyak melakukan pengembaraan dan menulis di utara dan barat Afrika. Itupun kerana menerima biasiswa daripada Amy Lowell Traveling Poets pada 1970. Sepanjang dua tahun itulah, Majid Wolfe melahirkan buku puisi How Love Gets Around and World your Own, buku fiksyen berjudul, Invisible Weapons dan buku kisah pengembaraannya, In Morocco.
Pada tahun 1980-an, beliau kembali beberapa kali ke utara Afrika dan selepas bergelar Muslim, beliau menunaikan ibadat haji pada 1990.“Di Afrika, sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam hidup saya dapat dilihat. Ia sekali gus mencelikkan hati dan minda saya tentang kecantikan Islam, iaitu dalam Islam tidak timbul soal perbezaan warna kulit dan bangsa. Saya boleh berlaga bahu dengan pelbagai puak meskipun kami berbeza warna kulit dan bangsa seperti orang Arab, Berbers dan juga orang Eropah yang beragama Islam.
“Mereka tidak seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat yang terlampau fanatik dengan hal-hal berkaitan ras, warna kulit dan status sosial. Namun tanggapan umat Islam dalam hal ini jauh berbeza, kepercayaan dan tingkah laku mereka lebih dipandang. Di dalam Islam, Allah tidak melihat seseorang itu menerusi kekayaan, penampilan atau faktor luaran tetapi ketakwaan dan keimanan kepada Pencipta itulah yang lebih dipandang,” katanya faktor inilah adalah sesuatu yang unggul dan baru bagi dirinya.
Malah akui Majid Wolfe, kata-kata Malcolm X suatu waktu dulu kembali segar dalam ingatannya iaitu yang berbunyi, “Amerika mestilah memahami Islam, kerana inilah satu-satunya agama yang tidak membezakan sesuatu bangsa itu. Manusia itu semuanya sama di sisi Allah. Mereka yang beriman dan bertakwalah yang lebih di pandang oleh-Nya”.
Lantaran itu, Majid Wolfe kembali ke Maghribi pada 1981 dan 1985 kerana merasakan berada di sana banyak mengembalikan memori indahnya sepanjang mengenali masyarakat Islam di Afrika. Apatah lagi, mempercayai agama Islam itu tidaklah bermakna beliau terpaksa melepaskan kebudayaan lamanya, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Selain itu, pengalaman menyaksikan umat Islam menunaikan solat meninggalkan kesan kerohanian di dalam dirinya. Sejak itu, lokasi kegemarannya bila bercuti ialah Maghribi dan kalau tiada berkemampuan, buku-buku tentang negara tersebut akan dibaca.
Akui Majid Wolfe, semakin beliau mempelajari tentang Islam, semakin beliau akur dengan dirinya sebelum ini.

Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.

Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.

Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.

Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Mega Projek Pembangunan Mekkah, sebuah tanda-tanda akhir zaman

14 Abad yang silam, Nabi Muhammad SAW telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam hadis yang diriwayatkannya. Salah satu diantara tanda-tanda Akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertamasya, bisnis, riya ( pamer ) atau mengemis.

Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertamasya, orang yang berpunya untuk kepentingan bisnis, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis.( Diriwayatkan oleh Anas r.a. ) Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangun.( Diriwayatkan oleh Abu Hurairoh r.a. )As-sa'ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba – hingga manusia berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi ( H.R. Bukhari )

Kita lihat kenyataannya berikut ini.

Pembangunan di area masjidil haram
Gedungnya lebih tinggi dari menara masjid, Semua gedung sedang berlumba-lumba meninggikan bangunannya
Mau kemana lagi ya ?
Wah…..ibadah hajinya bagaimana nih pak haji dan bu haji, semoga tidak terganggu pemandangan di luar……..
shopping aje, kalau punya banyak duit boleh tingal di hotel berbintang, berapa ya takrifnya………..
Dari padang pasir menjadi kota impian….makam rasul sebelah mana ya ?
Ini foto mekkah atau gedungnya
Bangunan pencakar langit..Semoga yang beribadah haji tidak terganggu dengan gemerlap malam kota mekkah..Pusat perniagaan yg akan segera dibangun
Anak cucu kita sanggup gak datang ke sini kelak……jual sawah berapa hektar ya datang ke sana ????!!!!!…….mana untanya ya??
Mekkah jadi pemandangan menarik. Semoga jamaahnya tidak sepi..AstagfirullahGemerlap kota mekkah di malam hari. Ini bukan Las Vegas !


Masjidil haram dan kabah, tempat yang diimpikan umat muslim diseluruh dunia untukMenunaikan rukun Islam ke - 5

Tahap demi tahap. Pilih aje hotel idaman kalbu..


Pulang dari mekkah serasa pulang dari singapura, LA, New York , London , Paris …..Las Vegas ……, mana lagi ya…….
Ya Allah, Ampunilah kami, penduduk akhir zaman ini atas dosa-dosa yang kami perbuat hingga kami melupakan-Mu.Katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya…"(Q.S. an-Naml:93)

Tidak Engkau Mengetahui bahwa Sesungguhnya Bertasbih kepada Allah Siapa Pun Yang Ada Di Langit Dan Bumi, Dan Burung Dengan Mengembangkan Sayapnya. Sungguh Setiap Sesuatu Mengatahui Cara Shalatny dan cara Tasbihnya Masing2. Dan Allah Maha Mengatahui Terhadap Apa Yang Mereka Kerjakan" (QS.An Nuur:41)



Ilmu Transfer Sakit

Askum semua.....

Realiti masyarakat sekarang,Mudah percaya dengan kata-kata,Walaupun hati tidak percaya.Tetapi.......... Kejadian dalam 2-3 hari nie.Sedang aku sibuk dengan kerja baru.

Aku terpanggil nak join ibubapa aku pergi berubat.Nie kira pegalaman mistik aku untuk kali kedua lah.Tambahan kekangan masa nak online disamping VIRUS gila kat komputer nie .

So aku nak cite la,Kisahnya begini, mak aku nie kena bisul dah nak dekat 3 tahun dah.Tapi tak la merana, bisul biasa je, tapi asal je salah makan skit,bisul tu akan timbul, first attack tu akan membuatkan mak aku dah lemah, dan akan beransur pulih kejap2 la.Dah jumpa doktor, hari tu mak aku dah kasi potong 1 bisul tapi, dalam beberapa minggu gitu or kalau salah makan, akan kuar balik.Then mak aku pun fikir semacam je, dia rasa macam kena buat².

Insting dia kuat berkata-kata dia kena buatan org. So kawan mak aku nie kata ada seorang dari Kalabakan pandai mengubat buatan org. So kita org pigi la. Then sampai je sana, org tu berbangsa Bajau, citer2 skit, banyak punya cite mmg kata org nie handal. Bukan handal apa, tapi kira bukan bomoh tipu la. Dia dah berjaya membantu banyak org yg ada penyakit ganjil2 atau penyakit disebabkan ilmu hitam, semuanya atas kehendak Allah SWT.

First day tu kita org datang sana just citer2, kira cam kenalan, macam bukan jumpa tok bomoh, macam jumpa kawan, dia just nak tengok muka dan tau nama je. Second day, kitaorg datang lagi, setiba je kat situ, kita org mula citer lagi, then dia buka citer, dia citerkan semua yg mmg diluar jangkaan, dia tau some personal of my family la. Tapi aku jenis yg tak yakin, aku rasa bomoh nie macam tipu je or just cakap main agak2 je.Bomoh tu kata, mak aku kena Kelulut dan juga Pamanas ( BM dia buatan yg boleh buat rumahtangga regang). yang aku nak cite nie Kelulut tu, Pamanas tu private so personalnya la.

Dia kata time kita org kat Kota Kinabalu, family dari sebelah bapak yg kenakan Mak aku kelulut nie, dia kata kelulut nie sihir yg digunakan pada minuman. So my mother terminum dah air tu. Dia kata air yg mak aku minum tu kopi, pada gelas Milo. Sihir nie yg buatkan bisul pada mak aku tu.And then, lepas tu dia suruh kitaorg from first day lagi beli 3 biji telur ayam kampung.

Telur tu telah dilenggangkan kat perut mak aku oleh isteri dia. So lepas mak aku dimandikan, dan telur dah dilenggangkan. Telur tu pun dia pecahkan, misterinya kedua2 telur itu kat tengah2 dia seperti ada bisul yg tumbuh dan bernana.Lepas je berubat, bomoh nie guna ilmu dia.

Nie ilmu yg aku nak citer nie.Ilmu Transfer Sakit, dia transfer sakit mak aku tu ke dalam badan dia. Lepas je berubat, tu esoknya kami datang lagi untuk perubatan yg seterusnya. Sampai2 je kami, bomoh tu dah kena bisul kat kaki dia. Mak aku plak bisul dia dah semakin reda.So apa pendapat korank tentang Ilmu nie, kalau aku dengar ayat dia baca time mandikan mak aku, Seperti surah Alif,Lam,Mim, tabadsyada, al-fatihah dan beberapa surah lagi aku tak brapa dengar sebab dia baca macam berbisik tu.

Tapi ilmu transfer sakit nie mmg aku terkejut beruk la .Dia kata, dia leh transfer sakit isteri yg sedang mengandung pergi kat suami. So suami yg rasa sakit time isteri nak beranak.Ada yg pernah mengalaminya

Misteri: Bayang pencuri dalam air

Saya ingin berkongsi satu pengalaman pelik dan aneh yang berlaku ketika saya pulang ke rumah mertua di Kelantan baru-baru ini.

Kebetulan pada suatu pagi, tok saudara yang rumahnya berada di sebelah rumah mertua mengalami kecurian wang tunai sebanyak RM 300.00.Saya yang mendengar mereka ingin pergi berjumpa seorang tok bomoh di Pengkalan Kubur rasa sangat teruja apabila mendengar cerita bahawa tok bomoh tersebut boleh membuatkan bayang pencuri muncul di dalam air dalam gelas.Kononnya jika kecurian itu berlaku pada waktu terdekat, bayangan tersebut menjadi lebih jelas.

Kejadian berlaku dalam lingkungan pukul 4 pagi hingga 5 pagi hari tersebut. Saya pun menawarkan diri untuk menghantar mereka ke rumah tok bomoh dan kami pergi ke sana jam 2.00 petang.Rumah tok bomoh hanya 3 minit dari Pekan Pangkalan Kubur dan terletak berhampiran jalan utama. Ketika kami datang seorang lelaki berusia 40an menyambut kami di muka pintu dengan berpakaian singlet dan seluar slack lusuh.

Saya merupakan seorang graduan dalam bidang sains teras di sebuah universiti tempatan.Berkemahiran serba sedikit dalam bidang komputer dan fotografi digital dan amat meminati Adobe Photoshop CS. Memikirkan kemungkinan boleh membantu jika gambar tersebut benar-benar wujud, saya membawa kamera digital fujifilm kesayangan bersama. Namun saya tidak menaruh apa-apa harapan tinggi pada asalnya kerana sebagai orang sains, biasalah kami dididik untuk berpegang pada prinsip dan hukum-hukum sains.

Kami berbual lama dengan tok bomoh yang agak mesra dan kelihatan seperti tipikal orang Melayu Kelantan. Sama-sama bercerita mengenai masalah kecurian dan keruntuhan akhlak muda-mudi serta kaedah pembasmian masalah tersebut secara perbandingan di Thailand dan di Kelantan. Seketika tiba-tiba dia bertanyakan nama tuan punya duit serta jumlah duit yang hilang lalu menuju ke sudut rumah sambil membelakangkan kami.Dia mengadap satu mangkuk bara api yang telah disediakan oleh isterinya dan mengambil segelas air dari bawah satu meja kecil serta sehelai kain putih.

Kami nampak perkara yang dilakukannya kerana jarak antara kami tak sampai dua meter walaupun dia membelakangkan kami. Saya perhatikan dia membakar kemenyan, mengusap gelas air tersebut dengan kain di atas bara api tersebut hampir 2-3 minit. Mula-mula dia menyatakan payah nak nampak..tetapi selepas beberapa minit kemudian dia mempelawa kami melihat bayang wajah di dalam air gelas tersebut.Kami bawa gelas tersebut berhampiran pintu rumahnya dan meletakkan di atas muka pintu di bawah sinaran matahari petang.

Saya mengambil kesempatan menangkap beberapa keping gambar close up sementara tok sedara turut cuba mengenalpasti. Pada mulanya saya agak hairan bagaimana gambar bayang orang boleh kelihatan (Lelaki) tetapi macam bayang sahajalah. Saya pun berbisik dengan isteri dan adik ipar untuk memproses gambar tersebut di rumah menggunakan photoshop.Mungkin kelihatan lebih jelas.

Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah. Saya tidak memanipulasikan sebarang objek menggunakan photoshop...saya cuma meningkatkan kesan zoom, ubahsuai lighting, auto levels, auto colors dan menggunakan kesan-kesan minimum. Perhatikan wajah aneh yang muncul..rupa-rupanya bayang itu bukan sekadar bayang sahaja..!

Terdapat 15 keping gambar asal..dan ini merupakan gambar-gambar yang terjelas.....Bersama-sama ini saya sertakan 3 keping gambar asal terbaik sebagai sisipan jika ada sesiapa yang boleh menolong menjelaskan lagi perkara ini. Sebagai orang yang berpendidikan sains, perkara ini benar-benar menghairankan saya.

sumber : isuhangat.blogspot.com

p/s: bukan saya







Tiga Anak Pengsan Semasa Urus Jenazah Bapa

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan.

Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor.

Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.Allahyarham ini ada beberapa orang anak.

Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?""Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.Saya pun pergi ke rumahnya.

Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya.

Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.

Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejas hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.Allah jua yang menentukan.

Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anakAllahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu.

Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air!

Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat.

Kalau siang...Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya.

Saya kata mungkin...bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.

Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.