Showing posts with label kebesaran allah. Show all posts
Showing posts with label kebesaran allah. Show all posts

Tiga Anak Pengsan Semasa Urus Jenazah Bapa

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan.

Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor.

Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.Allahyarham ini ada beberapa orang anak.

Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?""Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.Saya pun pergi ke rumahnya.

Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya.

Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.

Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejas hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.Allah jua yang menentukan.

Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anakAllahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu.

Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air!

Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat.

Kalau siang...Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya.

Saya kata mungkin...bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.

Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

Air masin vs air tawar

Below Shown Photos are of the two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa.

These rivers flow together and there nature came to know in the starting of 20th century where as ALLAH (SWT) mentioned the nature of these two rivers in Holy Quran around 1400 years Back.

These two river flow together and finally settle down in the Ocean,taste of one river is extreamly sweet whereas the taste of another river is extreamly opposite (that is bitter) but they never mix.There is nothing in between these rivers which stops them from mixing togther but its is the will & order of





Allah(SWT)


Genaplah dua tahun Ariel Sharon


8 Januari 2008 yang lepas genaplah dua tahun Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri negara haram Israel berada dalam keadaan Ghaibubah iaitu KOMA.
Dan sempena hari peringatannya ini, sebuah akhbar Israel hari ini telah membuka rahsia kepada umum mengenai hari-hari terakhirnya sebelum koma tersebut:Ariel Sharon telah menceritakan kepada setiausaha peribadinya bahawa dia telah diburu mimpi yang sangat mengerikannya iaitu: Dia nampak bahawa dirinya telah jatuh ke tangan rakyat Palestin, dan diheret dengan diikat dan dirantai dalam keadaan berbogel di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan memasuki jalan-jalan Ghaza, Palestin.
Dan seminggu terakhir sebelum dia akan dikomakan oleh Allah, dia mengalami pula mimpi ngeri yang dia telah dicampak ke dalam perigi yang dalam. Mimpi-mimpi ini sering mengganggunya sehingga akhirnya dia koma sehingga kini. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh baca kat sini, tapi ia ditulis dalam Bahasa Arab.
Nota: Jangan lupa bahawa penjenayah Ariel inilah yang telah terlibat secara langsung dalam penyembelihan penghuni2 Palestin di kem Pelarian di Syabra dan Syatila di Lubnan. Inilah pembalasan Allah yang tidak dapat kita jangkakan di dunia lagi. Dalam kita seronok atau tensen2 berforum, jangan lupakan saudara kita di Palestin.
Kalau ada duit lebih, salurkanlah kepada mereka selain berdoa sentiasa. Satu lagi, pesanan dari rakan-rakan Palestin, mereka mengharapkan kita tidak menyebut negara Israel semata2, kerana dengan sebutan itu seolah2 telah mengiktiraf penempatan mereka, tapi sebutlah negara haram Israel.
Sekadar menyampaikan.
Wassalam.

Keistimewaan lain Adi Putra

Keistimewaan lain Adi Putra
Oleh ZAMRI RAMBLI

Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.


--------------------------------------------------------------------------------


SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini - Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati. Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu.

Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan 'caranya'. Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.

Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis 'media' di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang. "Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui.

Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya. "Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik," cerita Abdul Ghani.

Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. "Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra," katanya. Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia.

Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra. Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya - sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

"KASIH ibu. Serihana Elias dan suami terus mencari formula terbaik untuk membesarkan anak genius mereka."


--------------------------------------------------------------------------------


Sepanjang temu bual itu, sambil mulutnya semakin lancar menjawab soalan saya (berbanding dua tahun lalu dia lebih pendiam), tangannya juga pantas menekan punat permainan video.

Dan sebelum saya pulang, Adi Putra sempat berpesan: "Untuk abang, Adi nasihatkan baca Alam Nasyrah (surah al-Insyirah) setiap hari.

" Saya tanya kenapa surah itu? Jawab Adi: "Untuk rezeki abang."

Dan untuk kesekian kalinya, saya melihat keistimewaan Adi Putra dan ia sukar diterangkan.

Selebihnya, Adi Putra seperti kanak-kanak sebayanya - makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.

EKSTRA!: Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?

ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?

Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik.

Kenapa surah Yasin dan matematik? Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik.

Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?

Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil'.

Sebab apa Adi kata macam tu?

Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi.

Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini? 200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang.

Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah. Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti? Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit.

Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran.

Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta. Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam? Ilham datang waktu itu.

Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?

Counter Strike, game tembak-tembak... Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?

Adi nak jadi profesor matematik Islam.

Adi tahu Adi terkenal sekarang?

Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la.

Yang tegur ada tua dan muda. Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan.

Adi tak takut jumpa mereka?

Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?

Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?

Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?

Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya.

Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa. Adi tahu di mana Sharlinie sekarang? (Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ? Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.

Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati? Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran.

Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi. Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca? Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

Doa apa?

Maaf, tak boleh Adi bagi tahu. Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang? Boleh juga.

Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.

Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

Adakah letih menjadi seorang genius?

Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang.

Tapi Adi syukur pada Allah. Apa ucapan untuk ibu dan ayah? Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?

Adi baru belajar tahfiz - Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah.

Hujan Batu............












BESAR NYE KEBESARAN ALLAH.....

"Agak - agak kemana air tu pergi ek!"






CeritaKu Buat RenunganMu

Jenazah Salmiah di bawa ke dalam bilik untuk di mandikan . Ahli keluarga arwah dan bilal jenazah wanita masuk mengiring. Saya berehat di ruang tamu, membaca ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi jirusan air mencurah, kemudian jatuh ke dalam bekas mandian kedengaran jelas.

Habis sekali Yasin, saya bersandar ke dinding ruang tamu banglo cantik itu untuk melegakan urat belakang yang tegang. Saya picit-picit tengkuk, belakang lutut dan pergelangan kaki yang terasa sengal dan kebas. Ahhh,…baru lega.

Saya pandang sekeliling, jiran-jiran yang duduk di sisi serta yang yang baru sampai. Tapi secara puratanya, kalau nak di bandingkan dengan kematian di tempat lain, saya dapati tidak ramai yang datang melawat ke sini. Mungkin kerana arwah dan suaminya, Pahamin, tidak bercampur sangat dengan masyarakat.

Arwah lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, tidak gemar menghadiri majlis-majlis dan kenduri kendara di tempat kediamannya manakala si suami jarang pulang ke rumah. Maklumlah, arwah adalah isteri mudanya.

Saya memerhati sekeliling, mencari kalau-kalau ada kenalan yang datang. Di ketika meninjau-ninjau itulah saya ternampak suami allahyarham, Pahamin sedang duduk di tepi tingkap sambil meriba anak bongsunya. Umur budak perempuan itu baru dua tahun. Abang dan kakaknya pula duduk dengan datuk mereka, bapa arwah Salmiah di dalam bilik.

Sudah lama saya kenal Pahamin, yang saya panggil Bang Min. Pahamin pernah meminta pertolongan saya untuk ‘memulihkan’ anak gadisnya yang di dakwa terkena buatan orang.

Menurut Pahamin, anak gadisnya dengan isteri tua beliau itu bekerja sebagai peramugari. Rupa parasnya menawan, potongan badan pun anggun. Masalah bermula apabila gadis berusia 20 tahun itu menghina seorang lelaki Indonesia yang mengusiknya ketika pulang dari bekerja. Kata gadis itu, dia lebih rela berkahwin dengan kambing daripada dengan lelaki Indonesia tersebut yang Cuma bekerja sebagai buruh binaan.

Namun seminggu kemudian, dia mula teringatkan lelaki itu. Rindu dendamnya makin menjadi-jadi menjelang senja. Kalau sehari tidak melihat lelaki berkenaan, anak gadis Pahamin akan meracau, menyebut-nyebut namanya. Alhamdulillah beberapa minggu selepas di rawat, gadis tersebut berjaya melupakan lelaki berkenaan. Nyata sekali, dia telah didengki dengan sihir.

Dari situlah saya mula kenal lebih rapat dengannya. Bila sudah kenal, Pahamin menceritakan pula latar belakang keluarganya, tentang isteri tua dan isteri muda. Saya pernah ke banglo itu, tapi tidak berbual sangat dengan arwah kerana saya lihat dia agak pendiam.

Saya tutup surah Yasin dan berjalan ke arah Pahamin yang sedang membelai rambut anaknya itu.

“ Assalamualikum, Bang Min.”
“ Waalaikumsalam. Oooo…ustaz, bila datang ?” dia bertanya.
“ Dah 10 minit. Saya duduk di sana, dekat tepi almari.”
“ Maaflah, tak perasan,” balas Pahamin.
“ Bila arwah meninggal, Bang Min ? “
“ Semalam, Maghrib. Di hospital,” kata Pahamin.

Menurut Pahamin, dia sendiri tidak menyangka Salmiah akan meninggal kerana menurut doktor, Cuma demam panas sahaja. Namun demamnya tidak pulih walaupun seminggu di tahan di wad, Salmiah meninggal dunia.

“ Kami bawa mayatnya malam tadi. Sampai sini pukul 9.00 malam,” kata Pahamin.
“ Tapi… umur dia belum masuk 40 lagi kan, Bang Min ?”
“ Belum, baru 37. Kira muda lagi. Saya kahwin dengan dia 12 tahun lepas, masa tu umur dia 25 tahun. Entahlah ustaz, patutnya saya yang pergi dulu…dah dekat 65 ni. Sakit jantung lagi…” kata Pahamin. Suaranya bergetar kerana terlalu sedih.
“ Sabarlah…redhakan dia pergi, Bang Min,”

Di sebabkan ada seorang saudara Pahamin datang, saya meminta diri. Saya kembali duduk di tepi almari dan membaca zikir serta ayat-ayat suci. Seorang demi seorang jiran datang. Sedang khusyuk membaca, tiba-tiba terdengar nama saya di panggil.

“ Hah…, awak. Kenapa Wan ?” saya bertanya kepada bilal jenazah wanita. Wan yang tiba-tiba muncul dan bertinggung di depan saya.

“ Ustaz…” bisiknya, “ ada hal sikitlah “ sambungnya sambil memberi isyarat mengajak saya ke tempat lain.

“ Kenapa ? Di sini kan boleh,” tanya saya. Surah Yasin saya tutup dan masukkan ke dalam poket.

Wan menggeleng. Dia memandang sekeliling saya, memberi isyarat bahawa ‘di sini ramai orang’ Dari raut wajah dan kerutan dahinya, saya pasti ada sesuatu yang tidak kena semasa dia menguruskan jenazah.

“ Ustaz…kita ke sana, ya,” bisik Wan.

Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke sudut rumah yang agak jauh sedikit daripada orang ramai yang menziarah. Saya bangun dan mengekorinya.

“ Kenapa ni ? Berkerut aja muka awak,” kata saya.

Anak murid saya tu menggaru kepala. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ada perkara yang hendak di luahkannya, tapi masih tak mampu di luahkannya.

“ Cakaplah…ada masalah apa ?” saya bertanya.

“ Macam ni ustaz,” kata Wan. “ Alaaa..ni …apa tu…” dia tergagap-gagap.

“ Tak apa…beritau saya, mungkin saya boleh Bantu,” kata saya.

Dengan suara berbisik Wan berkata; “Ustaz bahagian sulit arwah bengkak, keluar nanah tak henti-henti.”

Nanah ? Saya terkejut. Tadi, Pahamin tidak pula memberitahu saya apa-apa akan keadaan arwah. Malah penyakit arwah tiada kaitan dengan alat kelaminnya.

“ Bengkak macam mana ? Nanah macam mana ? “ tanya saya.

Menurut Wan, sewaktu meratakan air ke tubuh jenazah, dia menggosok bahagian alat sulit arwah, tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang pelik. Kemaluan jenazah bengkak seperti belon. Ia merening merah seperti jambu air yang sedang ranum. Seolah-olahnya bahagian itu baru di sengat binatang berbisa, hanya menunggu masa untuk pecah dan menyemburkan isinya.

Lebih mengejutkan Wan, bila gosok ke celahan bahagian alat sulit itu, mengalir pula nanah yang amat busuk baunya. Ia berwarna kuning kehijauan, seperti nanah atau darah yang bercampur-aduk dengan kotoran pekat. Likat, meleleh dari farajnya.

“ Baunya…ya Allah, busuk. Saya mencucinya dengan air dan kapas, tapi kemudian mengalir semula. Ia tak berhenti-henti meleleh walaupun puas di cuci,” tambah Wan.

Anak murid saya itu memberitahu, kawan-kawan yang menggantikannya untuk membersihkan bahagian sulit arwah juga merasa pelik melihat bengkak yang lebam merening serta nanah pekat yang terus-terusan mengalir. Hendak di bincangkan di situ, bimbang nanti tersinggung pula ahli keluarga arwah yang turut ada di dalam bilik.

“ Sebab tulah saya datang jumpa ustaz ni. Saya teringat ustaz ada di luar, mungkin boleh tolong sikit, beritau kami apa nak buat. Saya tak maulah benda ni jadi heboh. Aib jenazah, ustaz,” kata Wan.

Mendengar cerita itu, saya menasihatkan Wan supaya terus memandikan jenazah tersebut. Apabila di rasakan sudah cukup bersih, cepat-cepatlah di lap, kemudian letakkan kapas bahagian tersebut. Lekapkan agak tebal sedikit supaya nanah tidak menembusinya.

Kata saya, buat sepantas yang boleh supaya bau tersebut tidak tersebar, kelak akan memalukan jenazah. Kepada orang yang memandikannya, bukan rahsia, tapi kepada keluarga dan jiran-jiran, tentulah mereka nanti tertanya-tanya. Dari situ, timbul pula fitnah dan cakap-cakap yang tidak elok.

“ Terima kasih ustaz,” kata Wan.” Saya pergi dulu “

Dia bergegas masuk semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian , bunyi jirusan berhenti. Lebih setengah jam kemudian, Wan memberitahu saya, jenazah sudah pun di kapankan. Seperti lazimnya, ahli keluarga arwah merapati mayat untuk mencium dan membacakan ayat-ayat suci untuknya. Mayat di kebumikan tidak lama kemudian.

Selesai urusan, saya mendekati Wan, dan bertanya lebih lanjut kepadanya. Maklumlah, dia baru beberapa tahun terlibat dengan pengurusan jenazah dan tidak ada pengalaman menyempurnakan mayat yang sebegitu sifatnya. Nyata, Wan masih terkejut dengan apa yang di alaminya tadi.

“ Ustaz,” kata murid saya itu, “ bukan aja kemaluan arwah bengkak merening, bernanah, tapi buah dada dia pun jadi..jadi…macam mana saya nak cakap ya…” katanya tanpa menghabiskan kata-kata.

“ Jadi macam mana pulak, Wan ?” saya bertanya.

“ Hmmm…jadi kecut. Macam mana ustaz tengok buah pinang kering, kecut, berkedut, macam tu lah buah dada jenazah. Macam peria kecut. Saya bukan nak aibkan jenazah, tapi nak beritau ustaz aja. Saya tak pernah tengok benda-benda macam ni, jadi saya beritau supaya ustaz yang dah berpuluh tahun urs jenazah dapat membantu,” katanya.

Saya termenung. Aneh benar keadaan si mati. Bukannya hendak mengada-adakan sesuatu yang buruk, bukan….tapi terfikir saya, kenapa hanya di bahagian-bahagian sulitnya saja yang jadi jelik. Badannya macam biasa saja, tapi pelik sungguh…yang bawah merening, yang atas mengecut ?

Kalau dia sakit teruk, tak makan tak minum hingga badan tinggal tulang, mungkin juga. Itulah logiknya hingga buah dada arwah mengecut. Tapi arwah tidak macam tu. Dia Cuma terlantar seminggu di hospital. Makan minumnya terjaga.

“ Tak apalah, Wan. Serahkan lah sahaja pada Allah. Kita ni tak boleh nak syak wasangka tanpa bukti. Mungkin dia ada penyakit di bahagian itu, mana kita tau.

“ Anggaplah ini pengalaman yang baik, yang akan mengajar awak bagaimana untuk menguruskan jenazah-jenazah lain pada masa-masa akan datang.” Tambah saya lalu meminta diri.

Hendak di jadikan cerita, dua minggu kemudian Pahamin datang ke rumah saya. Dia mengadu tidak dapat tidur lena kerana selalu di ganggu bayangan arwah.

“ Kadang-kadang nampak kelibat dia dalam bilik tidur. Ada kalanya berbau wangi, macam perfume yang dia selalu guna. Anak-anak pula beritahu, pernah mereka terdengar bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik arwah. Tapi bila buka, tak ada,” katanya.

Lama juga kami berbual, hinggalah masuk kepada bab keluarga. Tanpa sedar , dan tanpa di minta Pahamin membuka rahsia hubungan beliau dengan arwah. Langsung, tersingkaplah rahsia mengapa bahagian-bahagian sulit arwah menjadi demikian jelik.

“ Ustaz,” kata Pahamin, “ saya rasa, mungkin ia berlaku sebab arwah nusyuk dan melanggar sumpah.”

“ Sumpah ? Saya tak faham, Bang Min.”

“ Ya, sumpah. Saya akui, saya ni bukan baik sangat. Arwah pula bila jiran-jiran beritahu saya ada perempuan lain, dia mula naik angin. Dia kata, tak cukup dua, nak menggatal lagi. Tua tak sedar diri, katanya.

“ Hubungan kami jadi renggang. Kami selalu berselisih faham. Saya makin jarang balik ke rumah arwah. Kalau balik pun, tak ada lain…. Bertengkar, bertengkar, bertengkar.

“ Dalam masa yang sama , saya di maklumkan oleh kawan-kawan, arwah ada buat hbungan sulit dengan lelaki lain. Saya tanya dia, betul ke ? Dia tak mengaku. Macam-macam dia berdalih. Tapi saya tak percaya. Bagi saya, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Hubungan kami makin hari makin teruk.

“ Kemuncaknya kami bertengkar hebat. Saya kata, ‘ Salmiah, cakap terus terang, awak ada buat hubungan dengan lelaki lain tak ? Awak ada buat benda tak senonoh tak ?

“ Dia tak mengaku. Saya kata, saya tak percaya. Lama kami bertengkar. Akhirnya dia kata, kalau suami boleh buat, boleh cari perempuan lain, kenapa isteri tidak ? Kata arwah dia masih muda, masih bergetah, bukannya susah sangat nak cari pasangan.

“ Bila saya kata, ‘ awak mesti dah buat benda terkutuk dengan lelaki lain’ arwah marah. Dia marah betul. Dia kata,’ saya bersumpah , kalau saya buat dengan orang lain, alat sulit saya ni akan di binasakan Tuhan.’

“ Lebih kurang tiga bulan lepas bersumpah, arwah sakit. Badan panas, tak boleh bangun, sampailah meninggal. Yang saya pelik, dan menyebabkan saya kata mayat dia jadi macam tu sebab derhaka dan melanggar sumpah ialah alat sulitnya merening manakala buah dada mengecut sebaik sampai ke rumah.

“ Kami perasan benda tu masa nak salin pakaiannya. Mula-mula nampak buah dadanya mengecut. Kemudian nampak pula bahagian alat sulitnya mengelembung, merening macam belon. Makin lama, makin besar dan keluar nanah,” kata Pahamin.

Saya termangu mendengarnya. “ Mungkin dia ada sakit di bahagian itu tak, Bang Min ?”

“ Tak …tak ada. Yang itu saya tau benar. Lagi pun saya tengok dia di hospital, buah dada dan alat kelaminnya normal,” tegas Pahamin.

Saya termenung. Ini sudah kes berat. Dalam hati saya berkata, mungkin ini lah balasan Tuhan pada isteri yang menderhaka, curang, nusyuk kepada suami.

Raja setuju projek kereta api Makkah, Madinah


JEDDAH: Raja Abdullah mengarahkan projek kereta api Makkah-Jeddah-Madinah dilaksanakan menggunakan tabungan negara.Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Dr Jabara Al-Seraisry, berkata arahan itu akan mempercepatkan pembinaan projek Lingkaran Kereta Api Makkah-Madinah (MMRL) yang dianggarkan menelan kos SR20 bilion (RM17 bilion) dan membawa perubahan dalam pengangkutan jemaah haji dan umrah di antara kedua-dua bandar raya itu.


Dr Jabara berkata, MMRL, yang diwujudkan untuk mengendalikan kereta api dengan kelajuan lebih 300 kilometer sejam, akan mengurangkan waktu perjalanan di antara Jeddah dan Makkah kepada 30 minit dan di antara Jeddah dan Madinah tidak sampai dua jam.Laporan Arab News menyebut, MMRL termasuk pembinaan landasan kereta api elektrik berkelajuan tinggi baru sepanjang 500 kilometer di antara Jeddah dan Makkah dan di antara Jeddah dan Madinah.


Landasan itu akan dilengkapi tanda isyarat moden dan sistem telekomunikasi."Kami sudah pun menyelesaikan laluan projek landasan ini dan mengenal pasti lokasi bagi stesen di Makkah, Jeddah dan Madinah," Agensi Akhbar Saudi memetik Dr Jabara sebagai berkata."Projek itu akan memperbaiki kualiti pengangkutan awam di Arab Saudi,Sumber memberitahu Arab News jawatankuasa khas kini memantau tanah di sepanjang laluan untuk melaksanakan projek itu.


Jawatankuasa terbabit juga menganggarkan pampasan untuk dibayar kepada pemilik tanah selepas aset mereka diambil.MMRL akan mempunyai stesen di Pelabuhan Islam Jeddah, Lapangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz dan Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh, kata sumber, sambil menambah ia akan melalui sempadan timur Jeddah.Enam konsortium iaitu Konsortium Al-Rajhi, Kumpulan Binladin, Saudi Oger, Konsortium Saudi Jepun, Konsortium Al-Sholah dan OHL International, berusaha mendapatkan kontrak. - Agensi

Al-Quran terkecil di dunia

SEREMBAN 18 Feb. - Seorang pemuda, Mohd. Syukri Mohd. Aris, 27, mendakwa memiliki senaskah al-Quran sebesar ibu jarinya dan dipercayai terkecil di dunia.

Naskhah tersebut juga empat ganda lebih kecil daripada naskhah al-Quran sebesar kotak mancis bernilai AS$9.6 juta yang ingin dijual oleh sekumpulan peniaga dari Australia kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah beberapa tahun lalu.

Peniaga-peniaga dari Australia itu pernah mencetuskan kontroversi apabila menyaman Sultan Brunei kerana tidak mahu membeli naskhah al-Quran milik mereka.

''Yang menariknya al-Quran berasal dari Mekah ini ditulis dengan tulisan emas dan lengkap kandungan juzuknya," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Syukri menambah, al-Quran berusia lebih kurang 200 tahun itu dimiliki arwah datuknya hasil pemberian seorang lelaki berketurunan Arab ketika menunaikan fardu haji di Mekah pada tahun 1960-an.

Beliau berkata, datuknya kemudian menyerahkan naskhah al-Quran tersebut kepada bapanya sebelum meninggal dunia pada 1994.

''Enam tahun lalu, ia jatuh ke tangan saya. Rasa bertuah kerana dapat mewarisi al-Quran ini yang mungkin terkecil di dunia," kata beliau yang merupakan juruteknik sebuah kilang di sini.
Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu berkata, beliau pernah melihat naskhah al-Quran yang sama pada satu pameran di Bukit Jalil di sini lima tahun lalu tetapi ia lebih besar daripada yang dimilikinya.

''Sejak memiliki naskhah al-Quran ini, saya tidak pernah menceritakan kepada umum apatah lagi dipinjamkan untuk tujuan pameran,' ujarnya.

Bagaimanapun beliau bersedia untuk meminjamkan naskhah tersebut kepada pihak-pihak tertentu yang mahu membuat pameran dengan menghubunginya melalui 019-6630605.
View technorati.com