Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Gadis melampau menerima padah

Sekadar renungan....
.........Subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baikdaripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapandengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapanmengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.

Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu,tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.

Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnahRasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akankembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini,anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
__________________

Jangan Jilat Pelekat Sampul Surat

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya.

Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa.Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari.

Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray.

keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.Andy Humes menulis:"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.""Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikantidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.Saya tidak pernah faham mengapa."Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

Genaplah dua tahun Ariel Sharon


8 Januari 2008 yang lepas genaplah dua tahun Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri negara haram Israel berada dalam keadaan Ghaibubah iaitu KOMA.
Dan sempena hari peringatannya ini, sebuah akhbar Israel hari ini telah membuka rahsia kepada umum mengenai hari-hari terakhirnya sebelum koma tersebut:Ariel Sharon telah menceritakan kepada setiausaha peribadinya bahawa dia telah diburu mimpi yang sangat mengerikannya iaitu: Dia nampak bahawa dirinya telah jatuh ke tangan rakyat Palestin, dan diheret dengan diikat dan dirantai dalam keadaan berbogel di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan memasuki jalan-jalan Ghaza, Palestin.
Dan seminggu terakhir sebelum dia akan dikomakan oleh Allah, dia mengalami pula mimpi ngeri yang dia telah dicampak ke dalam perigi yang dalam. Mimpi-mimpi ini sering mengganggunya sehingga akhirnya dia koma sehingga kini. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh baca kat sini, tapi ia ditulis dalam Bahasa Arab.
Nota: Jangan lupa bahawa penjenayah Ariel inilah yang telah terlibat secara langsung dalam penyembelihan penghuni2 Palestin di kem Pelarian di Syabra dan Syatila di Lubnan. Inilah pembalasan Allah yang tidak dapat kita jangkakan di dunia lagi. Dalam kita seronok atau tensen2 berforum, jangan lupakan saudara kita di Palestin.
Kalau ada duit lebih, salurkanlah kepada mereka selain berdoa sentiasa. Satu lagi, pesanan dari rakan-rakan Palestin, mereka mengharapkan kita tidak menyebut negara Israel semata2, kerana dengan sebutan itu seolah2 telah mengiktiraf penempatan mereka, tapi sebutlah negara haram Israel.
Sekadar menyampaikan.
Wassalam.

ADAKAH ATM MAGNETIK KAD ANDA SELAMAT ???

Benda ni aku terima dari sorang kawan....
sama2 kita renungkan di mana kebenarannya.

Modul pencurian ATM terbaru dengan menggunakan CARD MAGNETIK...Ketika anda melakukan transaksi di ATM, pastinya anda memasukkan PIN. secara dasarnya ketika kad anda tarik kembali, PIN tadi belumlah terpadam secara sempurna, ia masih berada di dalam TEMP atm, walaupun temp ini hanya mampu menyimpan 1 PIN saja, tetapi sangat berbahaya, bagaimana bila yang menunggu dibelakang anda adalah PEMEGANG CARD MAGNETIK.
habislah isi ATM anda...

Cara mengatasinya mudah sangat, ketika anda selesai melakukan transaksi ATM, masukkan kembali KAD ATM anda, kemudian masukkan sembarang password secara tipu, kemudian klik CANCEL. beres kan, kini TEMP ATM tadi sudah terisi dengan password tipu2an yg anda buat...

(sebarkan maklumat ini ke yg lain, krn di kelang dan petaling sudah 5 orang jd korban )
__________________