Showing posts with label ulama. Show all posts
Showing posts with label ulama. Show all posts

Bila sifat TAQWA sudah hilang dari Ulama.

Bila Ulama tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai oleh nafsu nafsu:

1. sombong atau ego
2. ujub dan riak
3. hasad dengki
4. susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5. ingin berlawan terutama dengan sesama ulama
6. gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit.
7. pemarah
8. ingin dihormati (gila puji)
9. suka hidup bermewah mewah
10. tidak merendah diri
11. tidak mahu merasa dirinya kurang
12. tidak bersedia untuk di tegur
13. suka menunjuk nunjuk pandai dan kehebatan.
14. mengampu pemerintah

Ulama yang bertaqwa menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan di puji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, dan zuhud serta warak.

Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah olah ketiadaan lampu.Tinggallah dalam gelap gelita.Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke Barat, kadang ke Timur, terlanggar sana terlanggar sini, terjunam ke lembah lembah, tersungkur di jalan dan macam macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat. Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hidnu, Buddha, dan macam macam lagi. Budaya dan tammaddun Islam tidak ada dan tidak dapat di bangunkan dan di perjuangkan.Yang ada ialah budaya campur aduk dan kacau bilau.

DARI BLOG: Hembusan-Amal4u

Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja






Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja..

Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana.

Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!

Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa langkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor.

Langkah berani itu dikatakan kontroversi oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almarhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.






Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.
Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia.
Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agamaNya di dunia.
Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar"(bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan.
Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu."(Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)Dato Hj Ishak Baharom dalam kenangan..
Pada tanggal 16 Mac 1998,Harakah melalui “English Section” nya telah menerbitkan artikel saya yang berikut di muka depannya:
The Selangor Mufti – The Changing of the guards
Saya menulis berkenaan pengumuman Mufti baru oleh kerajaan negeri Selangor berikutan pemecatan ke atas Mufti sebelumnya iaitu Dato Ishak Baharom.
Saya menulis:The former soft spoken and friendly Mufti Dato Ishak Baharom is a legend that could not be easily forgotten nor replaced. He shall go down in the annals of Selangor and Malaysian history as the first and only Mufti who was terminated for upholding the true teachings of Islam.Dalam artikel tersebut juga saya menonjolkan beberapa contoh keberanian Dato Ishak dalam menegakkan kebenaran walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
Salah satunya adalah semasa keluar dalam program popular ketika itu Forum Perdana Ehwal Islam. Saya menulis:Once during a forum in Bangi the moderator, Dr Hasan Ali, posed a question to all the panelists on their views regarding those who belittle and make fun of the Hudud Laws. Dato Hj Ishak being one of the panelists without any hesitation applying the Quran and Sunnah, labelled these groups as murtad in the first instance.
Another panelist, Dr Harun Din later remarked that never in his personal experience has he heard a daring and straight forward remark ever been given by any Mufti in Malaysia.Dato Ishak ketika itu telah dipecat walaupun kerajaan negeri sebenarnya baru sahaja memperbaharui kontraknya untuk satu penggal yang baru.
Alasan yang diberikan kononnya faktor usia. Saya menulis:In one ceramah in Subang Airport Mosque he revealed that his contract did expire but it was renewed earlier on for another term and if age factor was the reason, then there are a few more Muftis who should also be asked to leave. A Mufti in one state is almost 80.Dan dipenghujung artikel itu saya menulis:Right now Selangor has lost the services of a noble and distinguished aleem.
Though Dato Hj Ishak might no longer be the Mufti officially, in the eyes of the rakyat in Selangor and dep in the hearts of many he shall always remain one.Siang tadi kira-kira jam 3.00 petang Dato Hj Ishak Baharom telah pulang ke rahmatullah pada usia 80 tahun akibat komplikasi tekanan darah.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh ulamak besar ini, Alfatihah.

Pemergian artis lebih berharga daripada mufti

Assalamualaikum,
Saya berasa terpanggil untuk menulis di ruangan ini kerana berasa sedih di atas perkara yang berlaku beberapa hari lalu.
-->
Pertamanya, takziah di atas pemergian Dato' Ishak Baharom ke rahmatullah. Beliau adalah seorang ulamak, rakyat dan pejuang Islam. Setelah dipecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau disebut-sebut. Malah, jika ditanya muda-mudi sekarang, berapa ramai sangat yang masih mengingati nama beliau?
Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, siapa yang peduli tentang beliau? Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan tokoh ini seolah-olah hanya satu laporan biasa mengenai kematian seorang ketua kampung yang pernah berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.
Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali mengadap Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling berprestij di Malaysia, iaitu AJL2007.
Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi disertai tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam bidang seni yang kononnya sukar dicari ganti.
Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia? Siapalah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita?

Ulamak dimatikan, ilmu berkurangan
Dalam nas hadis, banyak ditemukan petanda yang menyebut bahawa salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan meluas. Bagaimanakah ilmu boleh hilang? Antara cara ilmu itu hilang atau diangkat oleh Allah ialah dengan cara mematikan ulamak dan bijak pandai.
Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas kepandaian manusia tidak akan hilang. Yang akan hilang adalah ilmu agama. Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah, fardhu 'ain dan ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia yang menguasainya. Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini.
Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang dipelajarinya bersama jasadnya. Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak.
Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa. Hukum-hakam ditafsir secara membuta tuli dan sebagainya. Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para ulamak.
Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia? Siapa sedar akan hakikat ini? Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni?
Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja biodata artis pastinya mereka tahu. Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak? Kitab apa dan ilmu apa yang didalami ulamak tersebut?
Ketahuilah saudaraku, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila masyarakat mula memuja-muja artis. --- aba.
View technorati.com