KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini. Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77. Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam. Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.
“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.
Showing posts with label tidak halal. Show all posts

Minuman Ringan Beralkohol??
PULAU PINANG 31 Jan. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati ketika membeli minuman ringan untuk anak mereka kerana ada antara minuman itu mengandungi alkohol.Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu, yang antara lainnya menggunakan label dan gambar buah-buahan, didapati mengandungi kadar alkohol sehingga 5.5 peratus.‘‘Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak.‘‘Kandungan alkohol 5.5 peratus itu tinggi, tetapi ia masih lagi bebas dijual kepada kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat CAP di sini hari ini.
Mohamed mendakwa, maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca yang membuatkan pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman ringan.Beliau menegaskan, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana undang-undang negara ini dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol dilarang sama sekali kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah.‘‘Tetapi kini ia dijual dengan bebas kepada pelajar sekolah dan mudah diperoleh di pasar raya besar serta kedai roti sekitar ibu kota,” jelas beliau.
Menurutnya, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan bahawa anak mereka sudah mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.‘‘Mereka bimbang anak mereka mungkin menjadi penagih alkohol disebabkan minuman ringan itu mengandungi kandungan alkohol yang tinggi,” ujarnya.Ekoran pendedahan itu, Mohamed berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menjual minuman itu kepada golongan muda.Antara minuman seperti itu yang banyak di pasaran ialah
Hoopers Hooch Apple, Pelican Pink Vodka, Pelican Tropical Fruit, Blackcurrent + Vodka dan Lemon Limonya yang dijual antara RM4 hingga RM10 sebotol.
View technorati.com

Berus bulu babi semasa penyediaan kek dan apam balik!
IPOH : Jawatankuasa Syariah Perak memutuskan berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek di negeri ini.Keputusan itu dibuat berikutan rampasan berus bulu babi yang kebanyakannya diimport dari kedua-dua negara berkenaan digunakan di kedai kek dan roti yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negaraberkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahuijenisnya.
Pengarah Jaip, Zainal Abidin Omar, berkata keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu dimaklumkan kepada pihaknya menerusi surat yang ditandatangani Mufti Perak, DatukSeri Harussani Zakaria, baru-baru ini.Beliau berkata, Jawatankuasa Syariah hanya membenarkan bulu jenis fibre dan plastik digunakan premis perniagaan makanan halal di negeri ini terutama yang mendapat SijilPengesahan Halal.
"Keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu berdasarkan pemeriksaan Jaip sebelum ini yang mendapati masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal ,tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam."Tahun lalu 18 premis makanan halal dikenal pasti menggunakan berus bulu babi dan bulu binatang yang tidak disembelih dalam pembuatan roti, kek dan pastri."Ini tidak termasuk tiga kes penggunaan arak dan lapan kes penggunaan ramuan dan perasa mengandungi alkohol tinggi dalam pembuatan roti, kek dan pastri di premis terbabit,"katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.Beliau berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual."Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang digunakan," katanya.Zainal Abidin berkata, pemeriksaan itu dijalankan di premis yang sudah mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dibuat setiap tiga bulan bagi memastikan premis berkenaanmenyediakan makanan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau berkata, pihaknya hanya mampu menarik balik Sijil Pengesahan Halal kerana tindakanundang-undang tertakluk di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
"Kita tarik balik lesen dan ambil logo halal, apabila dapati mereka tidak mengikut peraturan danberi semula apabila membuat permohonan. Kita pantau premis ini dan nasihatkan mereka dari semasa ke semasa," katanya.Katanya, segelintir pembuat roti dan kek degil kerana terus menggunakan berus bulu babi dengan alasan bulu itu sesuai dan lebih lembut untuk teknik penyapuan pada makanan yang lembut.

Subscribe to:
Posts (Atom)