Showing posts with label HOT Tech. Show all posts
Showing posts with label HOT Tech. Show all posts

SMS pecuma

aplikasi sms percuma..hanya di: http://www.freestuff4u.org/sms.php
SMS Banyak2.. xperlu bayar pun..

Download, Dengar Muzik/MP3 PERCUMA, hanya di:http://www.freestuff4u.org/music.php

Tengok video kat sini pula: http://www.freestuff4u.org/video.php

Melepasi website kena block di pejabat.

Anda online di pejabat? Tak boleh myspace,friendster,youtube dan lain-lain?

Lagi website untuk melepasi URL yang kena block oleh server intranet di pejabat.

Boleh melepasi Chat,Myspace,friendster,youtube dan lain-lain.
http://www.salesorent.com

Kongsi dengan kawan-kawan dan selamat bergumbira..

Large canyon they flooded on three days by the water

IN the USA famous large canyon (Grand Canyon) to the period became large lake. In order to restore the ecosystem of large canyon, the solution to temporarily fill with its water was accepted. Water will be given at a rate of 13 thousand cubimeters per second. It is sufficient for the comparison, this in order in 20 minutes to fill the highest skyscraper of New York — Empire State Building.

Large canyon (Grand Canyon) - the largest in the world canyon with depth about 1600 m. and length is more than 320 km in the average flow of Colorado river, that cuts through of Colorado plateau in the state of Arizona).Water along four pipes from the reservoir, located above the dam, which overlaps Colorado river enters.

In three days the water level in the canyon will rise to four meters, and then from the bottom of Colorado will rise the silt, necessary for restoring the sandy shores.










Thus far the artificial floods of canyon were conducted twice - into 1996 and in 2004. For restoring the ecosystem filled the canyon must be every one-two years, t to precisely during this period of time in the reservoir Powell (Lake powell) is accumulated sufficiently silt. (RIA “of the news”)


Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Takde kontrak 18 bulan
Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka pas gune Celcom broadband tu, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit kau. Kalau Maxis? Hurm…bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

Bandwitdh yang besar
Yang ni aku tak berapa sure sebab aku download macam-macam tapi tak kene block atau extra charge pun lagi. Mengikut seperti apa yang aku pernah baca, Celcom punye bandwitdh adalah 5Gb untuk setiap bulan. Maksudnye, korang boleh surf internet tanpa had masa sehinggalah size file yang korang surf selama sebulan tu mencapai 5Gb. Kalau dah sampai 5Gb, extra charge akan dikenakan. Kalau macam Maxis, ciput je die punye bandwitdh yang dibenarkan. Iaitu hanya sebanyak 3Gb. Kalau korang ni kaki download cerita series macam Prison Break, My Name is Earl, Heroes, Smallville dan sebagainya, usah la korang terbayang-bayang, termimpi-mimpi untuk mendownload cerita-cerita ni. Tak pasal-pasal je korang terlebih bandwidth dan kene bayar extra charge seperti Celcom. Tak ke leceh tu.

Lambat tapi tetap buat keje
Ha, even orang-orang Celcom ni lambat dalam support menyaport ni, tapi dorang tetap buat keje. Sebagai contoh, macam pasal HSDPA network kat UTM tu. Sebelum ni memang UTM gune network UMTS je. Tapi pas aku buat report cakap betapa slownye internet connection kat UTM tu, terus dalam 3 hari macam tu dorang call aku suruh aku test samada network dah laju ke belum. Bile aku test je, puff! Memang dah laju. Rupe-rupenye dorang memang dah set nak kenekan aku (perasan jek). Kunun-kununnya dorang nak bagitahu aku yang dorang dah upgrade network ke HSDPA, dats why suruh aku test and nak aku cakap “Waaa…..”.

Tapi…
Tapi ada satu je kelemahan Celcom nih. Kalau korang nak gune Celcom broadband, korang kene la beli device die yang mahal tu. Kalau yang laptop, murah la. Dalam RM300 ke atas je. Tapi kalau korang gune PC, memang RM1000 ke atas. Memang mahal. Kalau Maxis, die bagi sekali ngan device and tu sebab korang teringat ngan kontrak 18 bulan tu. Tapi 18 bulan tu bukan sekejap cik oi…

Kesimpulan
Kesimpulannya, korang gune la Celcom dan rasailah kehebatannya. Kita sebagai customer nak kan kualiti pada perkhidmatan dan bukan pada janji-janji manis yang diberikan. Orang dulu-dulu pernah berkata-kata, “Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang”. Korang dapat tak linkkan pepatah Melayu ni dengan entri kali ni? If tak dapat, bagus la. Memang takde kaitan pun.

ps: Kalau ada sesape yang nak membantah, nak menambah, nak menyokong, nak meluahkan perasaan, sila-sila sampaikan ia melalui ruang komen di bawah. Aku memang bukak komen ni untuk korang pun. Kalau korang tak guna, memang rugi la korang. Aku bagi free, tak nak pulak. Memilih!

Waspada virus telefon bimbit



SELAMA ini, kita sering mendengar tentang virus komputer, tetapi akhir-akhir ini istilah virus telefon bimbit mula kedengaran dan dijangka akan menjadi popular di pendengaran anda.

Sungguhpun serangan virus telefon bimbit masih jarang, namun bahaya ancamannya kian berkembang seiring dengan peningkatan bilangan pengguna yang mengakses internet dan memuat turun fail dengan telefon bimbit mereka, kata pakar.

Satu tinjauan yang dikeluarkan pada minggu ini di Kongres Industri Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa hanya 2.1 peratus pengguna telefon bimbit yang mengalami serangan virus.

Mereka juga mendapati hanya 11.6 peratus pengguna mengetahui jika ada telefon bimbit kepunyaan rakan mereka diserang virus.Kajian oleh pakar sekuriti teknologi maklumat (IT), McAfee, berasaskan 2,000 responden di Britain, Amerika Syarikat (A.S) dan Jepun itu juga menunjukkan bahawa 86.3 peratus daripada mereka tidak pernah berpengalaman diserang virus telefon bimbit.Tinjauan tersebut bagaimanapun mencadangkan bahawa semakin pasaran telefon bimbit berkembang dengan peningkatan penggunaan internet dan muat turun, semakin cenderung untuk virus atau pepijat menyerang telefon bimbit.

Sebagai contoh, serangan virus di Jepun iaitu negara pasaran telefon bimbit paling membangun di dunia adalah yang paling biasa berbanding tempat-tempat lain.

"Kita patut melihat di Jepun masa kini yang mana ia merupakan gambaran teknologi mudah alih masa depan dunia," kata Graham Cluley, seorang perunding di Sophos, sebuah lagi firma sekuriti IT."Saya tidak terkejut, jika kita melihat masalah ini berkembang kerana telefon kini berkembang menjadi komputer mudah alih," tambahnya.

Laman web www.mobilephoneviruses.com yang mengesan insiden jangkitan virus telefon bimbit, menyenaraikan beberapa virus seperti Skulls, Velasco dan Commwarrior.Sejenis virus juga telah menyerang kira-kira 110,000 telefon bimbit di Sepanyol tahun lalu, menyerang telefon bimbit yang dioperasikan dengan sistem operasi Symbian.

Ia tersebar menerusi mesej MMS atau teks mesej mengandungi audio, video atau fail gambar."Virus bukanlah isu besar sekarang tetapi ia mempunyai potensi untuk menjadi polemik pada masa depan apabila penggunaan internet lebih meluas," kata penganalisa di syarikat penyelidikan pasaran , Pete Nuthall.Industri telefon bimbit kian berkembang apabila pemilik telefon bimbit kini menggunakan telefon mereka lebih daripada sekadar membuat panggilan dan mengirim mesej.Sedangkan, dua fungsi ini kian dipinggirkan di negara-negara maju dengan memberi tumpuan kepada penawaran fungsi internet, video, game dan pemetaan.

"Ia merupakan satu risiko yang memerlukan kita untuk berwaspada tetapi seseorang itu tidak wajar menjadikannya dramatik dan membimbangkan pengguna," kata Emmanuel Forgues dari kumpulan sekuriti IT Rusia, Kaspersky.Menurutnya, ia adalah risiko yang wujud dan tentunya sedang berkembang.Cluley berkata, terdapat kira-kira 350,000 virus telah ditulis untuk menyerang komputer-komputer yang beroperasi dengan Microsoft Windows dan lebih kurang 200 virus untuk sistem operasi telefon bimbit.

"Virus-virus komputer biasa ditulis oleh geng-geng penjenayah untuk mencuri wang dan informasi peribadi, tetapi virus telefon bimbit menjadi gelanggang buat kanak-kanak menunjukkan kehebatan," katanya."Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah menulis sejenis virus untuk telefon iPhone Apple yang menghentikan operasinya dan 'menukarnya menjadi seperti batu'," kata Cluley, dan akibatnya, pengguna perlu ke laman internet kanak-kanak itu serta memuat turun perisian tertentu.

Menyorot sejarah, virus komputer telah mula dikenal pasti menjangkiti telefon bimbit pada tahun 2004, seperti mana yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat pembangun antivirus.Pembangun perisian sekuriti Russian dari Perancis, Kaspersky Labs berkata, virus tersebut yang dinamakan Cabir dipercayai dibangunkan oleh sebuah kumpulan penggodam antarabangsa yang digelar 29A.Cabir lazimnya menjangkiti telefon bimbit bersistem operasi Symbian.

Ia biasanya boleh berjangkit menerusi teknologi tanpa wayar bluetooth.Apabila cecacing itu memasuki komputer, ia akan secara berterusan mengesan peranti-peranti yang dilengkapi khidmat bluetooth sekali gus mengurangkan jangka hayat bateri kerana aktiviti pengimbasan yang berterusan.

RISIKO BLUETOOTH (DOWNLOAD LAGU) KAT KEDAI ???

Teknologi yang boleh membawa padah......Kebanyakkan telefon dilengkapi bluetooth/infrared atau pun kabel yg senang utk kita pindah turun lagu, gambar, video dan lain lain.Ada sebahagian org suka simpan koleksi gambar 'peribadi' & video 'peribadi' bersama pasangan menggunakan hphone yg 'canggih manggih' ini.Ada juga yg suka hantar phone ke kedai utk masukkan lagu kesukaan atau video kesukaan kat kedai tanpa menyedari padah yg bakal mengundang 'kemaluan' seumur hayat.So, bagi yang suka simpan koleksi gambar 'peribadi' & video 'peribadi', dan suka hantar phone ke kedai....sedari lah, anda mungkin ingat orang lain tidak tahu, tetapi satu Malaya sudah mengenali anda......... Sejenis peranti Bluetooth pada komputer.
Bluetooth 'menyambungkan' komputer & telefon dan berkomunikasi secara 'tanpa wayar'.
Komputer pula dapat menyelongkar segenap pelusuk & isi perut telefon anda tak kira lah dimana sahaja fail fail 'sulit' anda itu disimpan, selain memasukkan virus ke telefon anda agar perisian telefon ini menjadi 'gila' dan anda akan datang ke kedai lagi untuk 'repair'
( taukey dapat duit lagi laaaaa...)Segalanya dilakukan tanpa anda ketahui, lagu anda dapat, duit anda bayar, maruah anda mungkin juga 'diambil' bersama...... fikir fikirkanlah ye.... adios we know what you know...rmc

Jelmaan Concorde


SEKUMPULAN jurutera Britain mendedahkan rancangan untuk membina sebuah jet penumpang hypersonic yang mampu terbang dari Eropah ke Australia dalam tempoh kurang lima jam.Jet itu yang dikenali sebagai A2, direka oleh syarikat kejuruteraan Reaction Engines yang beribu pejabat di Oxfordshire selatan England.


LAKARAN artis ini menunjukkan jet hypersonic, A2 yang dijangka beroperasi dalam tempoh 15 tahun dan menggantikan jet Concorde yang menamatkan perkhidmatannya pada 24 Oktober 2003.Sebanyak 300 penumpang boleh menaiki jet itu yang mempunyai kelajuan hampir 6,400 kilometer sejam iaitu lima kali ganda daripada kelajuan bunyi.Jet itu juga dikenali sebagai anak lelaki Concorde.Sebelum ini jet Concorde yang dibina hasil kerjasama antara Perancis dengan Britain sudah menamatkan operasinya pada 24 Oktober 2003.


Jet Concorde pertama kali diterbangkan pada 1969 dan perkhidmatan komersial pertamanya bermula pada 1976 serta digunakan selama 27 tahun.Ia juga mencipta beberapa rekod penerbangan antaranya dari Heathrow, London ke Boston dengan masa selama 3 jam, lima minit dan 34 saat.Syarikat British Airways memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Concorde kerana ia tidak lagi mampu memberi keuntungan.


Menurut Ketua syarikat Reaction Engines, Alan Bond, projek A2 itu mendapat sokongan daripada Agensi Angkasa Eropah dan jet tersebut dijangka beroperasi dalam tempoh 15 tahun lagi.“The A2 direka untuk meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels, terbang dengan senyap,” katanya.Panjang jet itu adalah 143 meter dan ia adalah dua kali ganda daripada jet penumpang yang ada ketika ini serta mampu terbang tanpa henti untuk sejauh 20,000 kilometer.Jet itu beroperasi dengan menggunakan cecair hidrogen yang lebih mesra alam.Bagaimanapun, jet itu tidak dilengkapi dengan cermin tingkap di bahagian penumpang bagi mengelak masalah yang tercetus akibat haba berikutan kelajuan tinggi.Sebagai ganti tingkap itu, para pereka mungkin meletakkan skrin televisyen di tempat cermin tingkap bagi memberikan gambaran keadaan di luar.


Tiket yang bakal dikenakan kepada penumpang pada altitud 30,480 meter dari Eropah ke Australia dijangka berharga kira-kira £2,000 (RM12,698).Masa penerbangan dari Brussels ke Australia mungkin selama empat jam dan 40 minit.Ketika ini, penerbangan antara England ke Australia melibatkan masa selama 22 jam dan 50 minit.“Ia seperti sesuatu yang tidak munasabah jika berdasarkan kepada standard kelajuan pada masa kini tetapi saya tidak mendapati kenapa generasi masa depan tidak boleh melakukan perjalanan harian ke Australia,” kata Bond.


Pasukan kejuruteraan Bond itu disertai oleh mereka yang pernah memajukan enjin sebuah jet angkasa pada tahun 1980-an.Enjin itu dikenali sebagai Hotol dan ia dicipta untuk membolehkan jet berlepas ke orbit dan kemudian kembali ke Bumi. – Agensi
View technorati.com

Yahoo tolak tawaran Microsoft


SAN FRANCISCO 12 Feb. - Lembaga pengarah Yahoo menolak tawaran pembelian oleh Microsoft, sambil berkata bidaan bernilai AS$44.6 bilion (RM246.3 bilion) adalah terlalu rendah dan bukannya yang terbaik untuk pemegang saham syarikat Internet itu.Beberapa jam kemudian, Microsoft menggesa Yahoo untuk mengkaji semula bidaan itu kepada penggabungan dua syarikat teknologi besar dan berkata, ia menawarkan 'nilai yang besar' kepada pemegang saham Yahoo. - AFP

View technorati.com

Microsoft Nak Beli Yahoo?


SYARIKAT perisian komputer, Microsoft Corp membuat tawaran untuk membeli enjin carian internet, Yahoo pada harga AS$44.6 bilion (RM144.3 bilion) dalam bentuk wang tunai dan pegangan saham.Tawaran itu mungkin merupakan satu urus niaga internet yang terbesar pernah dilakukan sejak penggabungan Time Warner dan AOL.Syarikat Microsoft turut menawarkan AS$31 (RM100.29) untuk setiap satu unit saham Yahoo di mana sahamnya sebelum ini melonjak pada harga AS$30.75 (RM99.48) untuk satu unit.


Spekulasi berhubung tindakan Microsoft mahu membeli Yahoo sudah bertiup kencang setahun lalu ketika para pelabur memikirkan sama ada kedua-dua syarikat tersebut boleh bergabung bagi menentang satu lagi enjin carian gergasi, Google."Microsoft mahu melakukan usaha untuk meningkatkan perniagaan dalam talian," kata seorang penganalisis di Sekuriti Pacific Crest, Brendan Barnicle.Diketuai oleh Bill Gates iaitu individu terkaya di dunia, Microsoft kini sedang mempelbagaikan perniagaan terutamanya dalam pasaran iklan dalam talian di mana saingannya adalah Google.


Microsoft diasaskan oleh Gates yang pernah tercicir ketika belajar di Universiti Harvard bersama rakan rapatnya, Paul Allen pada 1975 di Redmond, Amerika Syarikat (AS).Syarikat itu kini mempunyai 80,000 pekerja di 104 buah negara di mana 60 peratusnya adalah di AS.Microsoft juga mempunyai enjin cariannya yang tersendiri iaitu MSN selain mengeluarkan alat permainan popular, Xbox.Dalam satu sidang akhbar, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer memberi petunjuk bahawa beliau enggan menerima jawapan 'tidak' daripada Yahoo."Ini adalah satu keputusan yang kami dan saya memikirkannya bagi tempoh yang lama. Kami percaya, ia merupakan laluan yang betul untuk Microsoft dan Yahoo," katanya.


Microsoft pernah mengemukakan tawaran untuk membeli Yahoo tetapi ditolak oleh Tery Semel yang meletakkan jawatan pada tahun lalu sebagai ketua pegawai eksekutif.Syarikat itu kemudian menghantar surat dengan membuat tawaran baru bagi membeli Yahoo kelmarin.Surat itu dialamatkan kepada pengganti Semel iaitu Pengerusi Yahoo, Roy Bostock dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama, Jerry Yang.Menurut pandangan Microsoft, Yahoo merupakan peluang terbaiknya untuk menghadapi ancaman Google yang sebelum ini melakukan usaha untuk mengukuhkan cengkamannya dalam bidang enjin carian dan pengiklanan.Google dianggap sebagai ancaman yang semakin serius terhadap pengaruh Microsoft.


Setakat ini, Google menguasai hampir 60 peratus pasaran AS di mana tempat kedua dibolot oleh Yahoo dan ketiga menjadi milik Microsoft.Setakat ini, tidak ada kata putus daripada pihak pengurusan Yahoo tetapi menurut satu kenyataan, syarikat itu akan menimbang dengan teliti tawaran berkenaan.Yahoo ditubuhkan pada 1994 oleh David Filo dan Yang di mana kedua-duanya adalah pelajar di Universiti Stanford, California.Ia bermula dengan menyediakan kemudahan seperti buku telefon di laman web.Bagaimanapun, Yahoo mula disenaraikan di pasaran saham pada 1996 dan berpangkalan di Sunnyvale, California dengan beberapa pejabatnya terdapat di Eropah, Asia, Amerika Latin, Australia dan Kanada. - Agensi


View technorati.com

Punca Bateri Laptop Cepat Habis

Mungkin anda mengalami masalah bateri yang cepat berkurangan kuasanya menurun setiap bulan sehingga 1 jam sahaja walaupun dicas penuh. Anda boleh memanjang masa penggunaan notebook jika menggunakan bateri jika anda boleh melakukan langkah di bawah.
Pertamanya, anda perlu faham bahawa kadar processor bekerja mengikut berapa banyak aplikasi yang anda jalankan. Banyak aplikasi dilancarkan lebih banyak kuasa yang digunakan. Kurangkan aplikasi tidak penting semasa menggunakan bateri. Malware juga boleh mengganggu aplikasi.
2) Elak menyambung alatan USB. Sambung alatan USB (seperti thumbdrive semasa perlu sahaja. Jika anda menggunakan removal harddisk, anda bayangkan berapa banyak kuasa yang diperlukan untuk memusingkan disk dan membaca data.
3)Intel Core (semua yang mempunyai cap Core) mempunyai bug di dalamnya yang akan menyebabkan bateri cepat habis jika alatan USB disambungkan. Dapatkan patch dari Microsoft. http://support.microsoft.com/?kbid=936357 . Tapi hanya untuk Windows original sahaja.Tidak semestinya mengikut langkah diatas bateri tahan lama.
Perlu diingat, bateri mempunyai hayat yang pendek. Mungkin selepas setahun, bateri tidak lagi boleh dicas. Maka, dapatkan bateri yang baru.Juga penggunaan bateri. Apabila bateri sudah penuh cabut wayar adaptor,jika dibiarkan sahaja kebarangkalaian bateri cepat rosak adalah besar. Macam bateri handphone juga,Langkah-langkah ini hanya untuk memanjang tempoh penggunaan bateri pada satu-satu masa sahaja.

View technorati.com